Pindah Sekolah? Fikirlah Semasaknya...

Kepada sesiapa yang mahu pindah sekolah, ini adalah sedikit bingkisan dari conversation saya bersama seorang pelajar SM Imtiaz YT Kemaman. Mungkin boleh direnungkan sedikit bagi sesiapa yang ingin mengambil keputusan untuk pindah sekolah :-)

sains *****?pndgn boleh bg,p sumenye terserah atas awk..lau awk nk gi situ,sy x galakkan sgt..kalau awk dapat kisas,bru sy setuju..
1.sebab baiah di sana x sekuat di imtiaz..di sana tiada kawalan hbgn antra lelaki dan perempuan
2.pengisian agama yg rendah kerana hya menumpukan akademik dari agama..ye,akademik awk mgkin top tp pghayatan agma?
3.Quran..satu2 nye pembezaan sekolah awk skrg dgn sekolah harian lain..awk pon boleh fikir kn ape kpntgan Quran
4.status sekolah sains ***** yg sedikit unknown..sy sndri x pernah tau adanya sm sains *****..kalau sains k.trgnu,sains dgun,sains hulu trgnu mmg top jgk kat trgnu..
5.awk perlu ada di imt kmmn utk jge adik2 awk nnt..selama 4 tahun mendatang,adik2 akan bertambah dan siapa nk jaga mereka yg akan berjumlah ratusan kalau bkn awk dan kwn2 awk
5.***** lagi pedalaman nk banding ngan durian mas..ambs sdg membangun..*****,hard to say..jauh pon jauh
6.pikir knp mak ayah awk hntr awk ke imtiaz..must be something di sebalik semua tu

7.awk pye kwn2 yg baik..lau ade baloh ngan sesape,mmg bese la..sbb awk duk ngan dyeorg..buke mate,tgk org yg same smpai awk nk tutup mata pulak malamnye utk tdo..org yg sme je..awk akan kenal sgt rapat satu same lain..belive me,ble da bertahun gitu,awk akan tangisi perpisahan..mmg kat sains nnt pon gitu gop,tp i can say,kawan yg terbaik di imtiaz kmmn
8.prestij..nk dbandingkan sekolah awk skrg dgn sains *****,jauh sgt bezanya..mse form 1 dan awal form tu,mmg awk akan kata x seronok kat sekolah skrg sbb awk xbiase..awk dari sekolah rendah,mmg awk akan rindu ke sekolah rendah..sy pon kate mse form 1,sekolah rndh sy lg best..tp bila da biase,awk akan enjoy..mse awal2 awk darjah 1,awk pon xsuke g sekolah rendah..nangis,mungkin..ske tadika agi..sume tu lumrah..sy pon,da msuk ipt,still teringat sekolah mngh..sy skrg kate imt dgun best ag..sbb?sy xbiase ag ngan alam ipt..awk pon akan lalui mnde yg sme..nk lalui satu keadaan ke keadaan yg lain,mmg xseronok sbb x biase
9.no way to back..sekali awk keluar,awk xkn dpt blik ke imt kmmn awk tu..awk nyesal la gane pon,awk xkn dpt kmbali,.so,pikir dan buat la pilihan yg bjak supya x mysal di kemudian hari
10.jangan rampas peluang org lain..ade ramai ag org 5A upsr xdpt g mane2..ble awk g sains dungun,awk akan tutup peluang seorg pljr yg spatotnye lbh tggi..awk da dpt sekolah elit skrg,so ble awk x g sains tu,skolah tu akan amek sorg ag pelajar nk isi kekosongan yg awk tggalkan..contoh org tu name siti,ye akan ganti awk..tp ble awk g jugak,awk jd plajar sains,tp siti tu bleh ke g msuk imtiaz?x boleh!so,awk di imtiaz,siti tu dpt msuk sains..scra x lgsung,awk dpt tlg org dan awk akan dpt pahala..setiap kali dye wat kebajikan kat sains tu,awk pon akan dpt pahala sbb ruang yg awk berikan,xkire la sape pon yg gnti awk,laki ke puan
so,ni je sy leh kate..awk pkir la yek..lau sy,sy akan kata rugi sgt2 lau awk pindah sbb ramai ag yg mintak nk msuk tp Allah pilih awk..awk leh tgk mse temuduga ramai ane temuduga nk msuk imtiaz..tp ble dapat tp kuar,mgkin kte jd kufur nikmat,wallahua'lam la..xberani nk kate,cume tkot jd gitu


Begitulah sahaja. Yang penting, istikharah. Allah know the best. Selamat membuat pilihan :-)

Al-Fatihah buat Cikgu Kamaruddin

Allahuakbar, hari ini saya telah menerima satu perkhabaran yang agak mengejutkan, menyedihkan dan buat saya termenung sendiri.

Semasa menonton TV, saya cuba untuk online tetapi menghadapi kesukaran loading. Seperti tidak logik keadaan sedemikian berlaku kerana biasanya ruang itu tidak jauh dari modem wifi. Selepas menonton, saya masuk ke bilik dan hati saya tergerak untuk online walaupun jam baru pukul 1 tengah hari. Kebiasaannya dalam jam 3 petang baru saya akan membuka laptop tetapi hari ini, hati saya begitu teringin untuk online. Selepas membuka laman sosial, barulah saya faham akan sebabnya. Satu berita yang tidak begitu menyenangkan, begitu perit dan memilukan yang saya terima.

Tangan terus ligat mencari handphone dan menghubungi Sufian. Ya, memang benar berita tersebut. Allah, sekejapnya rasa hidup di dunia ni. Kali terakhir bertemu arwah tidak sampai tiga bulan yang lepas, arwah masih sihat dan seperti biasa. Memang, kalau dah memang janji Allah, tidak kira apa jua keadaan, walau di mana, walau bila pun, ajal akan tiba tepat pada waktunya tanpa mengenal makna 'tangguh'.

Mengenali arwah kira-kira 8/9 tahun yang lepas, saya mula mengenali beliau semasa tuisyen di Pusat Tuisyen Ayu berhampiran dengan rumah saya. Waktu itu, arwah mengajar di kelas saya dan banyak mencurahkan ilmu kepada saya. Sedikit sebanyak, beliau membantu saya dalam bersiap menghadapi peperiksaan UPSR. Walaupun berbayar, tetapi ilmu yang telah saya dapat dari arwah berganda lagi nilainya. Mana mungkin kita boleh membeli ilmu pengetahuan dengan duit, kecuali menggunakan duit untuk mencari ilmu. Sejak dari itu, arwah adalah seorang guru yang telah banyak berjasa kepada saya.

Apabila berakhir sekolah rendah dan memasuki sekolah menengah, ternyata rancangan Allah untuk mempertemukan lagi kami masih ada. Anak sulung beliau, Syahiran Ikhwan yang sudah saya kenali di pusat tuisyen, juga bersekolah di sekolah yang sama. Oleh itu, saban waktu apabila tiba minggu pulang ke rumah, saya akan berjumpa lagi dengan arwah. Sekalipun bukan minggu pulang ke rumah, kadang-kadang terlihat juga arwah datang ke sekolah bagi menjenguk sahabat saya itu dan adiknya Syahirah yang juga bersekolah di situ.

Memasuki tahun PMR iaitu 2008, beliau sering dijemput oleh pihak sekolah untuk membimbing, memberi ilmu dan tips-tips untuk menjawab soalan PMR kepada batch saya. Rasanya saban tahun arwah dijemput bagi tujuan yang sama di sekolah saya. Sekali lagi saya menuntut ilmu dari arwah dan tidak dinafikan banyak membantu saya dan rakan-rakan yang lain dalam subjek bahasa melayu. Kepakaran dan kemahiran arwah dalam subjek tersebut memang jelas dan bagi saya, tunjuk ajar arwah telah banyak memberi kefahaman serta menokok tambah yang sedia ada.

Tahun SPM pula, arwah masih lagi insan yang sama membantu saya dan rakan satu batch. Datang ke sekolah pada waktu malam untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan. Arwah tidak pernah lokek ilmu. Kadang-kadang apabila bercakap dengan arwah, kami bebas bertanya sebarang soalan berkaitan dengan bahasa melayu, kosa kata atau meminta sedikit nasihat. Begitu pemurahnya arwah yang begitu mudah didekati.

Mengenali arwah, arwah merupakan seorang yang amat peramah dan mudah mesra. Beberapa kali bertandang ke rumahnya, saya dan kawan-kawan yang lain sentiasa dilayan dengan baik. Jika dengan arwah, pasti ada sesuatu yang ingin dibualkan memandangkan arwah sendiri suka bertanya dan bercerita. Selain pakar bahasa melayu, arwah merupakan seorang bilal di Masjid Baru Rantau Abang. Alunan azan dari mulut beliau mungkin sudah dikenali penduduk setempat memandangkan sudah sekian lama arwah menjadi bilal di sana. Allahu Rabbi, betapa besarnya ganjaran di sisi Allah. Seruan agung, seruan mengajak manusia menunaikan kewajipan dan seruan yang diajar oleh Rasulullah sendiri kepada Bilal bin Rabah. Selepas ini, tiada lagi suara azan sebegitu, tiada lagi lunak suaranya menyelubungi Rantau Abang tiap kali masuk waktu solat.

Sudah janji Rabbul Izzati, setiap yang bernyawa pasti akan mati. Yang kekal hanyalah Dia. Mahu atau tidak, kita semua harus menerima ketentuan ini. Buat sahabatku Ikhwan, bersabarlah dengan ketentuan ini. Allah lebih sayangkan arwah. Arwah hanya seorang hamba, sama seperti kita semua. Apabila pemilik sudah memanggil dan mengambil kembali, kita harus lepaskan. Mungkin sekarang sudah tiba masanya untuk memikul tanggungjawab untuk menjaga keluarga, sesuai dengan status sebagai anak sulung. Jaga adik-adik dan ibu sepertimana dilakukan arwah. Yang masih belum kehilangan mungkin tidak merasa tetapi ku cuba jua untuk memahami. Ya Allah, ringankan beban sahabatku ini. Tabahkan hati dia sekeluarga.

Memoir yang akan ku kenang, dan akan ku ambil sebagai pengajaran. Mungkin selepas ini giliranku. Mungkin ku tidak akan bangkit lagi selepas tidur nanti, atau jua ketika online ini. Maut itu rahsia Allah dan sesiapa jua harus bersiap siaga untuk menghadapinya. Cikgu, semoga cikgu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan terima kasih atas jasa dan pengorbanan cikgu selama ini. Al-Fatihah :'(

p/s : Mohon didoakan juga kepada saudari Farah Aisyah Ahmad yang dikhabarkan sakit dan menjalani pembedahan di Jordan serta perjalanan pulang Ikhwan ke tanah air selamat, Insya-Allah.

Hujung Minggu Alumni Imtiaz Bersama Pelajar SM Imtiaz YT Kemaman 2012

Subhanallahwalhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar,,
Alhamdulillah, pada 30-31 Ogos yang lepas, telah berjaya dilangsungkan satu program, fully di bawah Majlis Alumni Imtiaz, di Sekolah Menengah Imtiaz YT Kemaman. Saya sendiri telah mengetuai program, memandangkan program ini sepenuhnya di bawah tanggungjawab saya. Program ini dijayakan dengan bantuan sahabat-sahabat yang majoritinya (<90%) belajar di luar negara, yang pulang bercuti di tanah air. Kronologi perjalanan program agak kelam kabut dan banyak keputusan yang dibuat adalah di luar dugaan.

Pertamanya, keputusan penganjuran program itu sendiri. Sukacita untuk saya ceritakan, bahawa sebelum kata putus terakhir untuk meneruskan juga program, telah dibuat keputusan sebanyak 3 kali untuk membatalkan program. Sehingga 29 Ogos, hampir sah program tersebut dibatalkan. Saya sendiri hampir akur dengan keputusan tersebut sehingga pada petang tarikh tersebut, saya mendapat mesej dari seorang pegawai di Yayasan Terengganu merangkap penyelaras MAIT-YT bahawa bajet telah diluluskan dan laporan bergambar perlu dihantar. Maka ketika itu, keputusan adalah membatalkan program dan hanya digantikan dengan forum. Namun dek kerana mesej tersebut, maka saya berkeras untuk meneruskan jua program tersebut dan sedia mengambil alih jawatan pengarah program. Maka pada pagi 30 Ogos, pergerakan untuk melaksanakan program telah bermula. Kerana kekangan masa, semuanya agak kelam kabut, sehingga Cg. Juzaili dan Us. Jihad agak pening dengan status program sama ada berjalan atau sebaliknya. Tetapi dengan kehadiran saya dan seorang sahabat sebagai kehadiran awal dari pihak program, semuanya jelas bahawa program akan diteruskan.

Slot-slot dirangka secara kasar dan keseluruhannya, hanya 6 slot yang ada, dari malam 30 Ogos sehingga malam 31 Ogos, seperti yang dinyatakan di dalam modul program yang dihantar. Namun pada petang 31 Ogos, saya terpaksa mengambil keputusan menutup program lebih awal dan membubarkan 2 slot. Keseluruhannya, 4 slot berjaya dijalankan memandangkan kami menghadapi masalah yang tidak dapat dielakkan. Dari segi sasaran pelajar, 2 slot adalah kepada semua pelajar dan 2 slot lagi hanya kepada pelajar terpilih. Perlu saya menegaskan di sini, penglibatan sebahagian pelajar tersebut, bukan dipilih oleh kami, tetapi dari pihak pelajar sendiri melalui satu badan penting di sekolah.

Berikut adalah sedikit rangkuman program :-

Slot 1 - Forum Kemerdekaan
(Semua pelajar, 9.30-11.00 malam)







Slot 2 - Riadhah
(Pelajar terpilih, 8.30-10.00 pagi)









Slot 3 - Debat Kedai Kopi
(Pelajar terpilih, 11-12.30 t/hari)






Slot 4 - Debat Formal
(Semua pelajar, 2.30-4.30 petang)




Maka berakhirlah program ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang menjayakan program ini. Program yang hanya ingin meletakkan alumni bersama pelajar, bukan melalui program formal, saya sifatkan kejayaan dalam 62%. Ini sudah memadai bagi saya kerana perancangan dibuat pada hari program. Terima kasih sekali lagi.

Sukacita untuk saya umumkan bahawa, kelendar program alumni melalui pihak kami sudah ditutup dengan rasminya buat tahun 2012. Saya mewakili Bahagian Pengurusan Imtiaz selaku pihak majikan,mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua alumni-alumni yang menjayakan perancangan-perancangan program dengan jayanya. Terutama kepada pihak ExSIM dan HIM, kerjasama dari pihak kalian amat dihargai. Ini tahun pertama kami dan sebarang kekurangan kami mohon ribuan kemaafan.InsyaAllah pada tahun hadapan, kami akan merangka sebaik mungkin perancangan bagi menghidupkan fungsi dan pergerakan alumni Imtiaz. Kami akan membantu pihak kalian semampu kami. Terima kasih sekali lagi :-)

Majlis Alumni Ulul-Albab Imtiaz YT Terengganu, badan Alumni di bawah Yayasan Terengganu melalui Bahagian Pengurusan Imtiaz, mengucapkan selamat maju jaya kepada semua Alumni

p/s: tahun ini merantau ke Imtiaz Besut, Imtiaz Kuala Berang dan Imtiaz Kemaman bagi melihat pelaksanaan dan perjalanan program. Alhamdulillah semuanya adalah yang terbaik dan semua memberikan seoptimum yang mungkin.

Selamat Tinggal 2012, Kami Akan Kembali Pada 2013!


Gambar Waktu Study MGT162 di Bilik Saya! :)

 Inilah Shahrul Shalikin. First person yang melelapkan mata~

Bilik vs Gym. Tu lah aku punya katil. Tapi ambil tilam, tidur kat bawah. Lagi sejuk dan tiada nyamuk. Ngee~

Badan Bad terpaksa dicensored kerana terlalu seksi. Btw, tu lah tilam kesayangan. Biru je kan? Memang orang kuat kerajaan ni. Haha

Naza tidur dengan bergaya. And that's my study table. Yang ada tuala tu. Laptop letak kat bawah je. Kalau terpijak, meraung la jawab nye~~~

Bumi Yang Ku Pijak Kini

Akhirnya, selepas beberapa bulan melanjutkan pengajian di IKIP, keputusan yang aku ambil, aku berhenti. Agak tragis sedikit ayat tersebut. Walaupun meninggalkan bidang yang amat aku minati, amat aku sukai dan aku boleh 'go on', namun keputusanku tetap sama. Pada hemahku, mungkin ada hikmah yang tersendiri. Teringat aku pada satu ayat di dalam Al-Quran,

Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ُ الْÙ‚ِتَالُ ÙˆَÙ‡ُÙˆَ ÙƒُرْÙ‡ٌ Ù„َّÙƒُÙ…ْ ÙˆَعَسَÙ‰ Ø£َÙ† تَÙƒْرَÙ‡ُواْ Ø´َÙŠْئاً ÙˆَÙ‡ُÙˆَ Ø®َÙŠْرٌ Ù„َّÙƒُÙ…ْ ÙˆَعَسَÙ‰ Ø£َÙ† تُØ­ِبُّواْ Ø´َÙŠْئاً ÙˆَÙ‡ُÙˆَ Ø´َرٌّ Ù„َّÙƒُÙ…ْ ÙˆَاللّÙ‡ُ ÙŠَعْÙ„َÙ…ُ ÙˆَØ£َنتُÙ…ْ لاَ تَعْÙ„َÙ…ُونَ
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu me-nyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." 

Maka bermula selepas Aidilfitri, aku langsung tidak kembali ke IKIP. Hanya kembali sekali, untuk mengambil saki-baki barang yang ada di sana. Allahuakbar, sedih sangat. Walaupun ia bukan IPTA, milik kerajaan Negeri Pahang namun aku merasakan kawan-kawanku di sana tidaklah terlalu bersosial lelaki dan wanita. Akhirnya datang jua aku ke sini,

Selamat Datang ke UiTM!

Heh, dah jadi warga UiTM aku ni rupanya. Aku ditempatkan di UiTM Terengganu (Kampus Dungun) dalam bidang diploma Pengurusan Bank (BM112). Masuk pada November 2011 dan telah menamatkan semester pertama pada Mac yang lepas. Yang lagi tragis, last paper final exam betul-betul jatuh pada tarikh kelahiran aku. Setelah bertungkus lumus pada semester 1, sedikit terganggu dengan masalah kesihatan, akhirnya dapat jua melalui semester 1 dengan kurang jayanya. Dengan hasil yang tidak seberapa pada semester 1, aku melangkah ke semester 2. Sejujurnya, aku meneruskan langkah dengan semangat yang lemah dan tidak bermaya. Dihantui dengan keputusan peperiksaan yang teruk ditambah lagi terpaksa mengheret satu subjek dari semester 1 bersama-sama ke semester 2, beban yang ada terasa amat berat. Dugaan demi dugaan. Aku pandai menasihatkan orang lain namun bila tiba giliran diri sendiri, seolah-olah tiada apa yang dapat difikirkan. Semuanya gelap. Terasa sangat masih sangat-sangat kerdil diri ini dengan Allah. Aku tahu semua ini hanya ujian Dia namun lumrah manusia, bukan selalu dapat menjadi waras dan rasional apabila dalam keadaan emosional.

Kini di semester dua, subjek-subjek yang ada bertambah berat. Dari 6 subjek yang ada, aku terpaksa mengambil 7 subjek. Letih dan tidak bermaya. Namun, mahu atau tidak, terpaksa untuk aku kuatkan semangat. Aku ingin berjaya. Ibu-bapa mengharapkan diriku. Adik-adik memerhatikan diriku. Si dia menyandarkan harapan padaku. Sering kali dia memberi semangat.

  "Terima kasih awak :-)" 

 Mungkin, kadang-kadang aku yang alpa. Kadang-kadang kita terhanyut dibuai dalam kesedihan sehingga kita lupa, kita ada yang sentiasa mahu mendengar. Yang akan memberi jika kita mahu. Yang akan menghilangkan kesedihan. Tidak semestinya dengan pakwe atau makwe. Tidak semestinya dengan keseronokan dunia. Tidak semestinya dengan melakukan apa-apa yang sia-sia. Tetapi dengan memohon dan mengadu kepada Allah. Lupakah kita Dia itu Maha Pengasih? Bukankah Dia telah menyebutnya dalam Al-Quran?

 “Dan apabila hamba-Ku bertanya mengenai Aku, maka (jawablah) sesungguhnya Aku dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia meminta kepada-Ku.”

Lihat, betapa dekatnya Allah dengan kita. Cuma kita yang sombong, sering melupakan Allah. Bukankah begitu?

Mungkin sampai di sini aku berceloteh kerana sudah begitu lama tidak mengupdate blog. Sejak masuk UiTM, haram la sentuh blog ni ;p
Apa-apa pun, doakan yang terbaik untuk aku dalam hidup ini. Sama-sama kita mengejar cinta Allah. Allah Didahulukan, Islam Diutamakan. Wassalam...

p/s : yang gambar tu, time dia nasihat. Kalau time dia membebel pot-pet pot-pet, alahaiiii, pecah telinga ni. Hehe. (Peace no war!)

 

Harry Potter - Golden Snitch