Apabila Rindu Bercambah,Ketika Cinta Bersemi (Part 2)


Dalam entri sebelumnya,disebut tentang akan keperluan berkenalan dengan baik sebelum menjadikan si dia pasangan hidup. Harap semua faham tentang maksud aku di situ. Ok,dah faham tentang tu,andaikan anda sudahpun menetapkan hati untuk memilih si dia ini . Pastikan si dia juga maklum tentang perasaan anda dan si dia juga ada perasaan terhadap anda untuk mengelakkan keterpaksaan agar perkara yang tak diingini berlaku seperti lari dari rumah mengikut teman lelaki,tekanan perasaan,perasaan benci terhadap anda dan keluarga sendiri mahupun sebagainya. Baiklah,anda sukakan dia dan si dia juga sukakan anda,bermakna bermulanya perasaan cinta di situ. Bila sudah begitu,apa yang perlu dibuat? Jawapannya,KAHWINLAH JIKA SUDAH BERKEMAMPUAN! Namun jika masih belum dapat berkahwin kerana beberapa halangan yang tidak dapat dielakkan,peliharalah rasa cinta itu dengan baik tanpa ada walau sedikit ruang untuk syaitan. Kerana jika ada ruang untuk laknatullah ini,cinta itu bukan lagi Lillahitaala kerana sudah tercemar. So,'point'nya,jika sudah bercinta itu,besedialah untuk ke gerbang pernikahan. Disnilah bermula sambungan perenggan terakhir entri kelmarin.



Lazimnya sekarang jika ditanya pasangan yang bercinta,inilah dialognya..'Saya bercinta dengan si dia tu sebab memang nak kahwin dengan dye la!'. Begitu pulak yek? Ok,tidak mengapa,kita terjah bab kahwin pulak. Kenapa nak kahwin dengan dia tu? Boleh jamin ke kekal hingga ke Jannah? 'Sebab saya sayang dan cintakan dia la! Sebab apa lagi?!'. Ouh,begitu pulak. Memang aku ada sebut jika bercinta,memang kena kahwin. Tapi bukan bermakna sewenang-wenangnya anda boleh membuat apa sahaja atas tiket 'bercinta untuk kahwin' itu. Sebelum tu,biar aku bentangkan sedikit persoalan. Persoalan yang jawapannya agak lucu.

-Kenapa pegang-pegang tangan ni? Kan haram tu?
-Asal pergi dating buat benda yang tak berfaedah dengan si dia tu? Kan tak kahwin lagi?
-Kenapa keluar dengan si dia sampai lewat malam? Bukan ke boleh datangkan fitnah?
-Wei,agak-agak la nak bermesra pon. Sampai boleh buat sesuka hati ni apasal?

Jawapan yang akan diberi oleh PASANGAN YANG BUTA MEMILIH PASANGAN ini, 'Salah ke kami nak bermesra macam ni? Kami memang nak kahwin pun. Dah jumpa pun mak bapak dia ni. Dyeorg ok je kami keluar-keluar ni.' Bodohnya soalan tu,memang la SALAH! Haram kejadah ape menghalalkan yang haram dan meninggalkan tatatertib budaya kita. Macam ni ke nak kahwin? Memang aku akui cara ni boleh meningkatkan kemesraan tapi bagi yang sudah berkahwin sahaja! Yang haram akan jadi halal. Sahabat-sahabat,jika kita sudah berjumpa pasangan yang sempurna,bukan ini caranya. Semua ini hanya mengangakan pintu neraka lebih luas untuk anda.

'Kata kena berkenalan dengan lebih rapat dan baik lagi?!'. Memang,tetapi caranya itu tidak kena. Bukan perkenalan sebegitu yang aku maksudkan. Kalau beginilah gayanya,disyorkan jangan kahwin walaupun ada pendapat yang mewajibkan kahwin dalam keadaan begitu. Sebab? Berubah dahulu sebelum kahwin. WAJIB BERUBAH! Jika sebelum kahwin lagi anda punyai sifat 'gatal' + ikut bisikan syaitan,besar kemungkinan anda akan ulangi perangai anda bersama orang lain atau bahasa kasarnya,CURANG. Anda ingat syaitan akan lepaskan anda begitu sahaja? Cuba fikirkan,kenapa kita dituntut untuk menjaga hati,mensucikan hati dan memelihara dari tipu daya syaitan? Salah satu sebabnya adalah untuk menghindari dari tersesat daripada jalan kebenaran. Ringkas katanya,TAUBAT. 'Alah,nanti kami taubat la lepas kahwin'.Ya,jika anda sempat. Jika tidak? Bagaimana? Ataupun bagaimana anda ingin membimbing pasangan anda jika anda sendiri belum bertaubat,hati yang belum suci dan dalam kemurkaan Allah? Ingatlah,jangan pada hari yang mulia,kita membuat sesuatu yang mulia tetapi kita dalam kemurkaan Tuhan, manalah tahu Allah membalasnya dengan membadaikan rumah tangga anda. Elaklah selagi mampu dengan tidak melakukan perkara yang dimurkai Allah dalam perhubungan agar tercapai niat Lillahitaala.

Dari aku sendiri,berpada-padalah dalam berkenalan. Tak perlu menjadi 'belangkas' 24 jam. Di mana ada kita,di situ ada si dia. Tak perlu mengusung anak orang sampai ke lewat malam. Yang penting,kenali hati budi si dia,kenali perangai si dia,kenali yang baik tentang dia agar dapat si dia memperbaiki diri kita jua,kenali keburukan si dia untuk kita tampung kekurangannya itu dan yang penting serasikan diri anda dengan si dia.

Yang cuba aku sampaikan dari entri pertama hingga entri ini,aku senaraikan di bawah:

-Tak perlu terlalu mencari pilihan hati jika masih belum ada bidadari hati
-Jika sudah ada,risiklah si dia secara ringkas dari teman rapatnya
-Cubalah berkenalan dahulu selepas sudah ada pilihan hati
-Kenali si dia sedalam mungkin dan cuba bentuk keserasian
-Jika sudah anda tetapkan dalam hati si dia lah pilihan hati anda dan si dia pun dah tetapkan dalam diri bahawa andalah pilihannya,kahwinlah jika tiada halangan dan perlu.
-Jika masih ada halangan,jangan patah semangat,teruskan perhubungan seperti biasa tetapi awas,jangan cemari dengan 'sunnah' Laknatullah
-Walaupun anda sudah hampir dengan gerbang perkahwinan,jangan sesekali menghalalkan yang haram dan melanggar syariat
-Jika ada kesalahan atau terlanjur membuat apa-apa yang tidak sepatutnya (contoh:berpeluk),taubatlah dahulu
-Pastikan hati anda suci dan bersih sebelum pernikahan.
  
p/s: Buang persepsi (kalau boleh la) bahawa kapel tu jahat. Ia hanya bermaksud pasangan. Dalam konteks entri aku ni,mereka yang saling mencintai dan ingin berkahwin juga disebut pasangan. Apabila dibawa kepada umum,pasangan ini juga bermaksud 'couple' atau kapel bagi masyarakat kita. Jadi,jahat jugalah mereka itu yek? Aku tetap dengan pendirian aku,kapel tak jahat. Yang anda lihat di bandar-bandar,yang buat benda tak senonoh tu,itu bukan kapel tapi PENGIKUT SYAITAN & IBLIS LAKNATULLAH!! Anda jawablah sendiri persoalan ini...

Sebenarnya,aku dah seperti hilang punca. Ayat pun tidak sekencang kelmarin. Aku sendiri akui aku pun tak tahu apa yang aku tulis ni. Maybe agak penat sampai tertidur atas kerusi rumah Luq..hehe..
Sampai di sini,wassalam..


Apabila Rindu Bercambah,Ketika Cinta Bersemi

Diulangi,ini adalah coretan peribadi!
 Bismillah,moga tulisanku ini terlindung dari kemurkaan-Mu..


Kadang-kadang hati berbisik,kenapa aku selalu teringatkan si dia?

Kadang-kadang hati berbisik,kenapa aku merindui si dia?

Kadang-kadang hati berbisik,kenapa aku bukan untuk si dia?

Kadang-kadang hati berbisik,kenapa begini nasib aku akhirnya?

Kadang-kadang hati berbisik,kenapa tuhan menjadikan aku begini?

Lihat dari bisikan pertama hingga bisikan terakhir,bahaya bukan? Sehingga menyalahkan takdir Rabbul Jalil kerana seorang wanita/lelaki. Apakah terlalu agung si dia itu melebihi agungnya Sang Pencipta?

Bisikan itu bukan sekadar rekaan,bukan sekadar ayat jenaka,bukan sekadar penyedap entri ,bahkan lebih dari itu. Itu yang dialami oleh aku sendiri penghujung tahun 2009 sehinggalah semester pertama tahun 2010. Apa yang dirasakan? Sakit? Pedih? Terluka? Sedih? Kecewa? Tapi ape gunanya merasakan semua itu kalau akhirnya membawa kepada menyalahkan takdir? Semuanya kerana satu hal,satu sebab,iaitu...ENGGAN MENERIMA HAKIKAT BAHAWA TIADA JODOH!

Satu iktibar buat diri dan dipanjangkan kepada semua sahabat-sahabat,jangan bercinta jika belum bersedia. Jangan menyiksa hati diri sendiri dan hati si dia dengan perpisahan. Memang perpisahan tidak dapat dielakkan,tetapi perpisahan mungkin juga dapat dielakkan dengan TIDAK BERCINTA JIKA BELUM BERSEDIA. Nak bercinta jugak? Go on la tapi betul-betul ke nak nikah dengan si dia tu? Jika tidak ikhlas becinta untuk berkahwin,lupakanlah sahaja. Lebih baik anda pergi menghabiskan masa lapang dengan kawan-kawan. Boleh mengeratkan ukhuwah sesama kawan-kawan dari mempermainkan hati dan perasaan seorang lelaki atau wanita. Kalau bercinta sebab nafsu je,sebab si dia tu cantik,seksi,menzahirkan anggota yang tersembunyi,sebab si dia tu berharta,pesanan aku,lebih baik hang pergi tidur dari pergi bercinta.

Pendapat peribadi aku,pada abad ini,bercintalah dahulu,berkenalanlah dengan rapat dahulu. Pada zaman dahulu mungkin relaven pergi meminang,masa itu tengok muka si dia,kalau setuju,tetapkan tarikh. Ramai yang menyokong cinta selepas perkahwinan tetapi adakah pemuda atau pemudi zaman sekarang ini boleh dipercayai? Zaman dahulu,kuatnya baiah Islam,suasana Islam,tatasusila remaja terjaga,pandai agama dan serba-serbi lengkap. Zaman sekarang,zaman ibu bapa 'melepaskan' anak-anak,zaman teknologi berkembang,zaman fesyen berkembang dan semuanya maju. Hendak dicari pasangan yang baik dari segenap aspek yang penting (ilmu,agama,tatasusila,adab dan lain-lain) amatlah sukar. Lihatlah sekarang,ramai mana orang bertudung labuh terlibat dengan seks? Kalau tak percaya,search la Google. Didedahkan baru-baru ini,seorang penuntut U**M,bertudung labuh,sangat manis,hand sock,berstokin,sangatlah sempurna dari segi penampilan tetapi siapa yang sangka gadis di dalam Klip Porno 3GP Melayu adalah si gadis ini??

Lagi fakta di zaman sekarang,perempuan/lelaki yang 'alim' dari segi luaran ini,cuba kita terjah Facebook,Twitter atau laman sosial lain milik si dia ini,sangatlah terbuka dari segi pergaulan. 'Kami kawan je lah!',tidak salah berkawan tetapi jika keterlaluan,apa cerita?? Ber'sayang-sayang' dengan sembarangan orang,bercakap hal yang mengarut,inikah dia orang yang ingin kita jadikan pasangan? Jujur aku cakap,aku pun susah nak percayakan remaja zaman sekarang. Kerana memang ramai yang 'malaikat' di depan kita tetapi 'syaitan' di belakang. Ditambah lagi dengan adanya handset,memudahkan si dia untuk berhubung dengan sesiapa yang dia kehendaki. Adakah perkara ini wujud pada zaman lampau? So,berkenalanlah,ketahui si dia dengan sebaiknya,ketahui latar belakang dan kadang-kadang,cubalah selidiki si dia itu untuk memantapkan hati kita untuk memilih si dia. Agar tidak menyesal di kemudian hari. Bayangkan kita sayangkan si dia,dia pun sayangkan kita tetapi bercinta sebab kita melihatnya sempurna. Tetapi apabila kita tahu si dia itu selalu lepak dengan rakan-rakan lelaki atau perempuan dengan alasan semua ahli kelas pergi (ini contoh) dan bersosial,kita ingin memutuskan hubungan walhal ketika itu kasih sedang mekar. Senang untuk bercinta tetapi susah untuk melupakan. Akibatnya,kedua-dua hati merana dan boleh menimbulkan dendam.Akhbar kelmarin,santau melalui gambar dalam Facebook,bukankah ngeri itu? Kita mungkin boleh berkata dan menerima tiadanya jodoh,tetapi si dia itu memang boleh berfikir begitukah ataupun kita sendiri yang tidak boleh terima? Fikirkan untuk kesenangan semua pihak.



Amaran! Jangan mencari pasangan sekarang. Cinta yang sejati ialah cinta yang tidak diminta dan tidak dicari,tetapi dimasukkan rasa cinta itu kepada Allah ke dalam hati. Bukan aku menggalakkan anda bercinta sekarang,mencari pasangan sekarang,tetapi berkenalan apabila anda sudah bertemu dengan seseorang yang ingin anda jadikan pasangan hidup. Apabila anda merasakan terlalu suka dan cinta kepada si dia itu,risiklah dia melalui teman-temannya adakah si dia itu sudah berpunya atau tidak. Kan tak pasal-pasal gaduh sebab anda sukakan isteri orang,menyesal tak sudah. Jika sudah ketemu,i'tikadkan dan istikharahlah. Tuhan tak akan mengecewakan anda jika anda tidak mengecewakan tuhan (macam balasanlah lebih kurang). Jika anda ini seorang yang jahat,jangan salahkan tuhan jika istikharah itu bukan menunjukkan si dia. Mana padan,si dia soleh/solehah,anda macam syaitan. Rosaklah keturunan. Ingat janji tuhan,perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya. So,berkenalanlah jika sudah pasti si dia itu orangnya. :)

'Saya bercinta dengan si dia tu sebab memang nak kahwin dengan dye la!'. Begitu pulak yek? Ok,tidak mengapa,kita terjah bab kahwin pulak. Kenapa nak kahwin dengan dia tu? Boleh jamin ke kekal hingga ke Jannah? 'Sebab saya sayang dan cintakan dia la! Sebab apa lagi?!'. Ouh,begitu pulak. Tidak mengapalah,aku akan sambung dalam entri seterusnya. Penat suda~haha~
Wassalam..


Kesungguhan Mendahului Kehandalan 0_0

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah,malam (awal pagi secara tepatnya) ni masih diberi kesempatan untuk menaip satu entri yang bertajuk seperti di atas. Tadi tengah chat dengan seorang sahabat (boleh dikatakan sifu),maka tiba-tiba keluarlah perkataan tersebut di skrin chat. Maka,mengapa tidak ia dijadikan tajuk dan bahan entri pada malam ini.
Snapshot Chat Facebook

Ya,KESUNGGUHAN MENDAHULUI KEHANDALAN. Bermakana,sehandal mana pun seseorang itu,hebat lagi bagi insan yang berusaha lebih gigih untuk mendapatkannya. Sesungguhnya,Allah memandang usaha yang kita telah lakukan. Bagi aku sendiri secara peribadinya,orang yang susah untuk menjadi handal dalam sesuatu hal tapi berusaha gigih bagi menggapainya,adalah lebih baik dari insan yang sudah sedia handal dalam hal tersebut.

Dalam hal ini,aku terimbas kembali cebisan memori yang hampir dilupakan dari ingatan. Satu peristiwa pada 2006,ketika aku di tingkatan 1. Guru tasmi' aku pada masa tersebut adalah Ustaz Nazri. Halaqah C,halaqah yang menempatkan mereka-mereka yang rendah dari segi hafazan Al-Quran. Satu nasihat beliau yang amat bermakna kepada ahli halaqah ialah,'tidak mengapa awak tidak laju menghafal asalkan awak berusaha untuk menghafal. Mereka yang susah nak menghafal ni tapi tetap berusaha untuk menghafal,pahalanya adalah berganda dari mereka yang laju menghafal.'

Relavennya di sini kerana,andai kata orang yang laju menghafal membaca sebanyak 10 kali untuk mengingati satu ayat tetapi yang agak lambat ini 30 kali,siapa yang lebih untung sebenarnya? Satu huruf jika dibaca ada pahalanya,kita ibaratkan satu baris tu ade 50 huruf dan 50 pahala. Jika dibaca 10 kali,500 pahala tetapi jika dibaca 30 kali,1500 pahala! Aku bukan memandai mengatakan sebanyak itu pahala,tetapi ingin memberitahu bergandanya pahala yang 'agak kurang handal ini'. Maka,kata-kata sahabatku ini amat-amatlah relaven dan logik.

Satu faktor yang lain mengapa kesungguhan ini mendahului kehandalan ialah,seperti kata sahabatku tadi,Istiqamah dapat dizahirkan. Bukan ingin mengatakan yang handal tidak Istiqamah,tidak sama sekali,tetapi yang berusaha itulah boleh dikatakan Istiqamah. Malah sifat yang lain seperti Sabar,Rajin dan lain-lain yang positif dapat dididik dalam diri. Tetapi banyak juga yang kurang handal ini malas berusaha. 'Alah,aku kan tak berapa pandai,kenapa aku kena buat'. Sesuatu yang biasa dalam diri kebanyakan manusia. Habis tu kalau begitu,kenapa ada kata-kata 'Man Jadda Wajada,Waman Zara'a Hasoda?

Ramai yang tahu ertinya tetapi ramai mana yang mengaplikasikannya? 'Ye,aku tahu la tapi...',adanya perkataan tapi itu kebiasaannya adalah ALASAN! Jangan gunakan tapi sebelum berusaha! Adakah anda tahu yang anda memang tidak akan berjaya sebelum berusaha terlebih dahulu? Hanya anda yang mengenal diri sendiri. So,terakhir dari aku,yang aku fikir sesuai untuk mereka yang kurang handal ni (pendapat aku la,maaf kalau silap):
-Berusaha bersungguh-sungguh
-Buang sifat malas (aku ni pon malas jugak,hehe)
-Jangan cari alasan
-Mencari jalan dan cara untuk mencapai kehendak kita
-Cuba kita lengkapi diri kita dari apa-apa kekurangan. Bukan menjadi sempurna sangat-sangat (nobody perfect k!) tapi cuba tampung kekurangan diri.

Akhir kata,apa kata jika bermula hari ini,kita cuba suburkan dalam diri sifat berusaha walaupun dalam bidang yang kita kurang atau tak handal langsung. Manalah tahu,kita akan berjaya jika berusaha. 'Belakang Parang Diasah Lagikan Tajam'. Fikir-fikirkanlah yek. Selamat menjadi orang yang lebih berusaha selepas ini yek..Insya-Allah..

-TQ sahabat atas kata-kata yang bermakna dan memberi peringatan itu. 



Revolusi,Komuniti SPM 2010 SMIYTD,Kronologi Group dan Kahwin/Jodoh


Assalamualaikum..
Ni entri khas yang aku tulis berdasarkan fenomena yang aku perhatikan di laman sosial Faceebook sejak akhir-akhir ini. Sebelum tu nak cakap pasal group tu (Komuniti SPM 2010 SMIYTD). Maaf,bukan berniat berbangga diri mahupun riak,tetapi selaku 'creator' group tu pada akhir tahun 2010,sejurus seketika selepas berakhirnya peperiksaan SPM 2010. So,perkembangan dalam group tu memang aku ambil tahu dan perhatikan selalu.


Fasa satu,iaitu pada awal penubuhan group,skop perbincangan dan interaksi banyak pada kemudahan chatting. Setiap malam chatting dan setiap malam juga,mencatatkan sangat ramai yang online. Banyak sembang-sembang kosong dan interaksi yang minimum. Pada fasa ini juga,banyak gambar diupload oleh para pelajar SPM 2010 ni dan juga Abg Sofwan,yang banyak mengupload gambar-gambar aktiviti kami dahulu,gambar-gambar guru,gambar-gambar sekolah dan video-video yang amat bermakna sebenarnya buat kami.


Fasa dua pula,interaksi tentang keputusan SPM 2010 dan kemasukan ke IPTA/IPTS. Status terkini IPT/IPTS,Matrikulasi serta PLKN dipostkan dari semasa ke semasa. Amat rancak ketika itu,minta pendapat,info kos yang ditawarkan,tak kurang juga dilema sesetengah antara kami untuk memilih tempat pengajian seterusnya. Terima kasih diucapkan kepada Cg. Arida Suhana a.k.a Kak Ida kerana banyak memberikan pendapat,pandangan dan cadangan kepada kami dalam menentukan arah tuju kami sehingga satu tahap,diadakan satu majlis perjumpaan antara kami dan kaunselor-kaunselor Imtiaz Dungun dan Kemaman di SM Imtiaz Dungun (Bawah). Tak kurang rancaknya juga,isu tarikh kemasukan ke IPT. Yang ni memang banyak diperkatakan kerana banyak pendapat sewaktu itu.


Fasa tiga,apabila semua memasuki IPT,melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi,pada awalnya banyak post tentang pengalaman awal masing-masing di IPT dan suasana di sana. Memang banyak perkongsian yang dikongsi oleh sahabat-sahabat di group ini. Secara tidak langsung,gambaran suasana di tempat belajar masing-masing dapat dilakar di benak fikiran. Yang kedua,banyak post berkisar tentang nasihat,tazkirah dan jenaka. Lambakannya masih dapat dilihat sehingga sekarang. Terima kasih atas dedikasi semua dalam menasihati dan memberi peringatan kepada sahabat-sahabat,tak kira banin atau banat. Diharapkan trend ini berkekalan kerana hanya medium ini untuk perkongsian sesama kita,untuk mengikuti perkembangan sesama kita,berinteraksi sesama kita kerana polisi group itu adalah 'Closed',tidak boleh dilihat oleh orang luar kecuali sahabat-sahabat kita di sekolah dan medium untuk guru-guru mengikuti perkembangan anak didik,


Dalam kerancakan sahabat-sahabat post tazkirah,nasihat dan jenaka,muncul bibit-bibit fasa yang baru,yang merevolusi dengan cepat,yang 'virus'nya berjangkit kepada bukan seorang termasuk la aku sekali. 10 bulan meninggalkan sekolah,kepantasan revolusi ini merebak amatlah cepat. Jika diperhatikan pola-pola di atas,sentiasa ada fasa yang baru dalam group ini,dan mungkinkah ini Fasa yang ke-4,iaitu PERKAHWINAN?ikuti snapshot yang aku ambil dari group (termasuk aku punye post) dan sedikit dari luar group..


 snapshot 1

 snapshot 2

 snapshot 3

 snapshot 4

 snapshot 5
snapshot 6

snapshot 7


Inilah di antara yang sempat aku kutip di Facebook. Nak snapshot banyak-banyak,berat la jadinya page entri ni. Sesuatu yang nak dikongsi di sini,memang kebanyakan sahabat-sahabat banin da ade pilihan tersendiri. Cume jodohnye sahaja yang tidak diketahui ada atau tidak. Insya-Allah ade :)
Dalam hati,ada terselit 'aku nak si fulanah ni la,moga dia jodoh aku'. Jangan nak mengelat yek!hehe. Tapi tak salah pun rasanya kalau dah ada pon (walaupun kebanyakan dah ada). Asalkan tak ganggu hubungan dengan tuhan dan cinta tu tak lebih dari cinta kepada Allah,go ahead. Bercintalah sampai ke syurga tapi kene la jemput datang ke majlis kahwin hangpa tu. Sedap makan nasi minyak ni. So,sahabat-sahabat sekalian,banin dan banat,semoga cepat kahwin dan dapat jodoh yang terbaik agar dapat melengkapi ke arah Redha-Nya,Insya-Allah..
p/s:nak makan nasi minyak ni,cepat sket kawen tu ^_^


WARNING::Fakta Kesan Pornografi Terhadap Otak

Sangat penat sebenarnya hari ni..boleh dikatakan lebih 24 dah blog ni dalam proses 'modified'..da nampak hasilnya tapi effect yang ada masih kurang dan perlukan pembaharuan dan penambahbaikan,,so,sampai di sini je la sedikit luahan dan aku tinggalkan satu artikel untuk tatapan semua..artikel yang menarik :)

Mungkin selama ini kita hanya di ajar kesan melihat filem pornografi akan menyebabkan gelap hati, dan lemah daya ingatan tetapi dalam seminar mengenai kesan pornografi terhadap kerosakan otak di Jakarta, ahli bedah saraf dari Hospital San Antonio, Amerika Syarikat, Donald L. Hilton Jr MD mengatakan bahawa ketagihan pornografi mengakibatkan otak bahagian tengah depan yang disebut Ventral Tegmental Area (VTA) secara fizikalnya mengecil.
Hilton berkata,
“Pornografi menimbulkan perubahan tetap pada neorotransmiter dan melemahkan fungsi kawalan. Ini yang membuat orang-orang yang sudah kecanduan tidak dapat lagi mengawal perilakunya,  serta ketagihan pornografi juga menimbulkan gangguan memori. Keadaan itu, tidak terjadi secara cepat dalam waktu singkat namun melalui beberapa tahap yakni ketagihan yang diikuti dengan tindakan impulsif, ekskalasi ketagihan, desensitisasi dan akhirnya penurunan perilaku.”
“Dan kerosakan otak akibat kecanduan pornografi adalah yang paling serius, lebih serius dari ketagihan kokain (dadah).”
PORNOGRAFI luarswitched 12 Fakta Kesan Pornografi Terhadap Otak!
Berikut merupakan 12 fatamorgana tentang pornografi yang tercipta secara tidak sengaja oleh otak kita:
1. Pornografi memberi makan pada ‘keinginan mata’ dan ‘keinginan daging’ yang tidak akan pernah dapat dipuaskan. Pornografi hanya akan membuat ‘penontonnya’ minta tambah, tambah, dan tambah lagi. Secara mudah, pornografi memperbodohkan orang dengan nafsunya dan membuka pintu terhadap segala jenis kejahatan seperti kemarahan, penyiksaaan, kekerasan, kepahitan, kebohongan, iri hati, pemaksaan, dan keegoan.

2. Pornografi membuat cara berfikir seseorang dipengaruhi dengan seks semata. Fikiran seks akan menguasai alam luar sedar mereka. Gambar berbau seks akan melekat pada otak mereka, sehingga pada ketika seseorang memutuskan untuk berhenti melihat pornografi pun, gambar-gambar yang pernah dia lihat dimasa lalu akan bertahan sampai beberapa tahun bahkan selama-lamanya.

3. Pornografi menjadi medan promosi terhadap praktik seksual yang menyimpang. Contohnya, laman porno internet biasanya terhubung dengan laman porno yang lebih progresif seperti homoseks, pornografi kanak-kanak, seks dengan haiwan (bestiality), perkosaan dan lain-lain yang  membuatkan orang-orang tertentu terganggu secara mental dan tercabar untuk mencubanya. Dengan demikian, makin banyaklah perilaku seks menyimpang dalam masyarakat.

4. Pornografi membuat seseorang terpicu untuk lebih suka melayani diri sendiri dibanding orang lain. Masturbasi / onani adalah contohnya. Ini adalah tindakan pemenuhan nafsu peribadi yang dapat membuat seseorang sulit menerima dan memberi cinta yang sebenarnya pada orang lain. Pornografi biasanya membuat orang kecanduan masturbasi / onani.

5. Pornografi akan membawa seseorang terhadap penggunaan waktu dan wang dengan sangat buruk. Sedikit ada waktu terluang atau wang lebih, akan dihabiskan untuk memuaskan hawa nafsunya.
6. Dengan sering melihat laman porno atau membeli filem / majalah porno, orang-orang tersebut mendukung perkembangan industri pornografi yang biasanya dikelola oleh ‘kejahatan terorganisasi’ yang mencari wang dengan cara haram.

7. Terbiasa melihat pornografi akan merosakkan hubungan orang tersebut dengan sekelilingnya, dalam hal ini keluarga atau orang-orang terdekatnya.
Pada hubungan kekasih, hubungan yang berkembang menjadi tidak sihat. Orang yang terlibat pornografi akan menyalahkan kekasihnya pada tindakan-tindakan seksual yang mereka lakukan. Padahal masalah itu terdapat pada peribadinya sendiri, dan pasangannya adalah si ‘mangsa’. Pada pasangan yang telah menikah, ini akan memicu ketidakpuasan seksual dan praktik seksual yang menyimpang sehingga mengarah ke arah ketidakharmonian keluarga, bahkan perceraian.

8. Dalam banyak kes, pornografi membuat seseorang kehilangan daya kerjanya. Yang sebelumnya aktif dan kreatif boleh menjadi tidak fokus dalam pekerjaan.

9. Pornografi dapat merosak hubungan seksual dengan pasangan kerana terbiasa membayangkan orang lain dalam hubungan seksual. Imaginasi adalah salah satu kesan pornografi yang sangat kuat. Nilai dan kemurnian seksual sesungguhnya menjadi rosak.

10. Melihat pornografi akan membuat seseorang menjadi sering berbohong. Orang yang terikat dengan pornografi akan menyimpan kebiasaannya ini sebagai rahsia, sehingga dengan berbohong dia dapat menyembunyikan rasa malunya dan menghindari kritik dari lingkungannya. Ke mana pun dia pergi, dia akan cenderung memakai ‘topeng’.

11. Pornografi akan membawa seseorang pada konsekuensi spiritual yang serius. Tekanan dan kebingungan akan memenuhi hidupnya. Pornografi membawa kekuatan jahat yang akan mengawal dan mendominasi penontonnya. Sekali saja seseorang melihat pornografi, itu akan membawanya semakin dalam. Nilai moral yang benar makin lama makin pudar, sehingga timbul standard ganda yang membingungkan.

12. Pornografi akan membuat seseorang mempercayai semua kebohongan yang ditawarkan oleh pornografi sendiri.

Mungkin pornografi kini dah jadi kebiasaan, tetapi ianya perlulah di bendung kerana banyak keburukan yang ditawarkan daripada kebaikan.

Harry Potter - Golden Snitch