Gambar Waktu Study MGT162 di Bilik Saya! :)

 Inilah Shahrul Shalikin. First person yang melelapkan mata~

Bilik vs Gym. Tu lah aku punya katil. Tapi ambil tilam, tidur kat bawah. Lagi sejuk dan tiada nyamuk. Ngee~

Badan Bad terpaksa dicensored kerana terlalu seksi. Btw, tu lah tilam kesayangan. Biru je kan? Memang orang kuat kerajaan ni. Haha

Naza tidur dengan bergaya. And that's my study table. Yang ada tuala tu. Laptop letak kat bawah je. Kalau terpijak, meraung la jawab nye~~~

Bumi Yang Ku Pijak Kini

Akhirnya, selepas beberapa bulan melanjutkan pengajian di IKIP, keputusan yang aku ambil, aku berhenti. Agak tragis sedikit ayat tersebut. Walaupun meninggalkan bidang yang amat aku minati, amat aku sukai dan aku boleh 'go on', namun keputusanku tetap sama. Pada hemahku, mungkin ada hikmah yang tersendiri. Teringat aku pada satu ayat di dalam Al-Quran,

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu me-nyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." 

Maka bermula selepas Aidilfitri, aku langsung tidak kembali ke IKIP. Hanya kembali sekali, untuk mengambil saki-baki barang yang ada di sana. Allahuakbar, sedih sangat. Walaupun ia bukan IPTA, milik kerajaan Negeri Pahang namun aku merasakan kawan-kawanku di sana tidaklah terlalu bersosial lelaki dan wanita. Akhirnya datang jua aku ke sini,

Selamat Datang ke UiTM!

Heh, dah jadi warga UiTM aku ni rupanya. Aku ditempatkan di UiTM Terengganu (Kampus Dungun) dalam bidang diploma Pengurusan Bank (BM112). Masuk pada November 2011 dan telah menamatkan semester pertama pada Mac yang lepas. Yang lagi tragis, last paper final exam betul-betul jatuh pada tarikh kelahiran aku. Setelah bertungkus lumus pada semester 1, sedikit terganggu dengan masalah kesihatan, akhirnya dapat jua melalui semester 1 dengan kurang jayanya. Dengan hasil yang tidak seberapa pada semester 1, aku melangkah ke semester 2. Sejujurnya, aku meneruskan langkah dengan semangat yang lemah dan tidak bermaya. Dihantui dengan keputusan peperiksaan yang teruk ditambah lagi terpaksa mengheret satu subjek dari semester 1 bersama-sama ke semester 2, beban yang ada terasa amat berat. Dugaan demi dugaan. Aku pandai menasihatkan orang lain namun bila tiba giliran diri sendiri, seolah-olah tiada apa yang dapat difikirkan. Semuanya gelap. Terasa sangat masih sangat-sangat kerdil diri ini dengan Allah. Aku tahu semua ini hanya ujian Dia namun lumrah manusia, bukan selalu dapat menjadi waras dan rasional apabila dalam keadaan emosional.

Kini di semester dua, subjek-subjek yang ada bertambah berat. Dari 6 subjek yang ada, aku terpaksa mengambil 7 subjek. Letih dan tidak bermaya. Namun, mahu atau tidak, terpaksa untuk aku kuatkan semangat. Aku ingin berjaya. Ibu-bapa mengharapkan diriku. Adik-adik memerhatikan diriku. Si dia menyandarkan harapan padaku. Sering kali dia memberi semangat.

  "Terima kasih awak :-)" 

 Mungkin, kadang-kadang aku yang alpa. Kadang-kadang kita terhanyut dibuai dalam kesedihan sehingga kita lupa, kita ada yang sentiasa mahu mendengar. Yang akan memberi jika kita mahu. Yang akan menghilangkan kesedihan. Tidak semestinya dengan pakwe atau makwe. Tidak semestinya dengan keseronokan dunia. Tidak semestinya dengan melakukan apa-apa yang sia-sia. Tetapi dengan memohon dan mengadu kepada Allah. Lupakah kita Dia itu Maha Pengasih? Bukankah Dia telah menyebutnya dalam Al-Quran?

 “Dan apabila hamba-Ku bertanya mengenai Aku, maka (jawablah) sesungguhnya Aku dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia meminta kepada-Ku.”

Lihat, betapa dekatnya Allah dengan kita. Cuma kita yang sombong, sering melupakan Allah. Bukankah begitu?

Mungkin sampai di sini aku berceloteh kerana sudah begitu lama tidak mengupdate blog. Sejak masuk UiTM, haram la sentuh blog ni ;p
Apa-apa pun, doakan yang terbaik untuk aku dalam hidup ini. Sama-sama kita mengejar cinta Allah. Allah Didahulukan, Islam Diutamakan. Wassalam...

p/s : yang gambar tu, time dia nasihat. Kalau time dia membebel pot-pet pot-pet, alahaiiii, pecah telinga ni. Hehe. (Peace no war!)

 

Harry Potter - Golden Snitch