Muhasabah 1432H-Banyak Amalan Atau Kemungkaran?


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, segala puji dipanjatkan kepada Allah kerana dengan RahmatNya, kita semua dapat melangkah ke tahun baru, waktu pengharapan baru, sebagai wadah ujian turun naiknya iman kita dan sebagai medan peperangan menentang nafsu dan bisikan syaitan.

Selamat tinggal 1432 Hijrah, Ahlan Wasahlan 1433H. Berlalu sudah satu tahun yang penuh cabaran, yang getir dalam memantapkan iman dan tahun yang memberi seribu satu makna kepada kita semua. Aku pasti dalam setahun itu, pasti ada pengalaman pahit dan manis dalam hidup semua orang. Tipu jika ada yang manis sahaja. Tipu juga jika semuanya pahit sahaja. Pahit mana pun hidup kita dalam setahun itu, pasti ada manisnya walaupun sedikit. Begitu juga dengan manisnya iman, manisnya menjadi seorang muslim dan manisnya beribadah. Dapatkah kita menggapainya? Dapatkah kita merasainya? Dapatkah kita mengalaminya?

Tidak perlu pergi jauh. Cukup diri aku sendiri dijadikan subjek. Aku sendiri tidak tahu adakah aku mendapat semua itu. Dengan iman yang tenggelam timbul, maka aku merasakan tahun yang sudah berlalu pergi ini adalah satu kegagalan mencapai objektif yang aku tetapkan pada minit-minit terakhir tahun 1431H di Surau At-Taqwa, SM Imtiaz YT Dungun (Bawah) pada ketika itu kerana masih dalam bulan peperiksaan SPM 2010. Maka, muhasabah ini adalah perlu bagi menilai diri sendiri. Tak perlu kita menilai diri orang lain seburuk mana pun seseorang itu. Nilailah diri kita, apa yang sudah kita perbuat sepanjang setahun itu, satu tempoh yang agak lama pada pandangan aku.

“Aku rasa aku OK je tahun ni, takde apa-apa yang salah kot”. Ayat yang biasa didengari apabila diminta muhasabah. Jangan disalahkan mereka ini. Mungkin mereka tidak tahu untuk muhasabah diri dari aspek yang mana. Pada pandangan aku, korang muhasabahlah diri dari aspek ni..

RUKUN ISLAM
Adakah kita ini mengucap syahadah?
Adakah kita ini solat 5 waktu sehari semalam?
Adakah cukup puasa kita di bulan Ramadhan?
Adakah kita mengeluarkan zakat jika berhak?
Adakah kita kita menunaikan Haji jika kita berkemampuan?

Mungkin ramai yang lulus di situ tetapi itu hanyalah asasnya. Jika sebuah rumah ada asasnya, iaitu tiang, tingkap, dapur dan sebagainya, namun kita tetap ingin menambah benda lain seperti frame gambar, cat dinding, kipas dan apa-apa tambahan lain yang melengkapkan lagi rumah kita. Sama seperti Islam, sudah ada tapak atau asasnya dalam diri kita namun untuk menaik taraf lagi yang sedia ada, perlukan penambahan aksesori lain. Lihat aspek yang aku tekankan di bawah...

WAATIULLAHAWAATIURRASUL
Ya, asas kita lengkap tapi bagaimana dengan aspek ini?
Adakah kita menurut segala larangan Allah dan Rasulallah?
Adakah kita menghindari segala larangan yang ditetapkan?
Disini ramainya yang terkandas. Islam melarang kita membuka aurat tetapi kita membuka aurat. Islam melarang kita berhias untuk mereka yang bukan muhrim, ada yang pakai cantik dan bersolek, ambik gambar dan upload dalam Facebook. Aku lah paling cantik. Bangganya aku orang dapat tengok muka aku ni cantik. Cantik la sangat kau tu yek. Nanti bila muka kau dah kena bakar dengan api neraka, agak-agak kau nak jaja tak lagi kat orang yang kau ni cantik??! Islam suruh kita pelajari ilmu, tuntut ilmu sebanyak mungkin tapi ada yang pergi belajar dengan artis Korea. Fanatik sangatlah kan? Habis semua pasal artis tu kau tahu tapi kalau ditanya tentang biodata sahabat Nabi, aku tak rasa semua boleh jawab. Artis dipuja-puja tapi sahabat Nabi dipandang sepi. Apa manfaatnya dari tuntutan Islam supaya engkau wahai orang Islam untuk menunutut Ilmu?? Kalau dikatakan engkau mempelajari bahasa Korea mungkin aku faham lagi tapi bahasa Korea yang kau dapat belajar tak sebanyak lirik lagu Korea yang kau hafal! Tafsir Quran tak nak hafal, lagu jugak yang dihafal. Agaknya artis tu bagi syafaat kat engkau kat akhirat kelak yek? Untung lah kau~
Next, Islam melarang bersentuhan antara mereka yang bukan muhrim. Selamba je kau pergi pegang-pegang. “Ni makwe aku kot, lantak la”. Hotak kau. Dah tak boleh tu, tak boleh la. Tak payah la degil sangat. Tapi ada jugak yang haram ni jadi ‘halal’. Berlakon contohnya, dibolehkan bersentuhan. Ini berlaku di mana-mana termasuk IPT dan sekolah-sekolah. Bila dah bersentuhan tu, korang ikut ke suruhan Allah dan Rasulallah? Korang boleh jawab sendiri persoalan ini. Kalau nak bagi contoh lain, memang terlalu panjang senarainya. Korang semua boleh fikir dan tahu apa yang kita disuruh dan apa yang kita dilarang. Semua ni ada kawalan kerana ada sebabnya. Betapa cantiknya Islam itu kerana aturannya telah dibuat sendiri oleh Allah tanpa perlu kita mencari sendiri apakah perkara yang disuruh dan perkara apa yang dilarang.

Usai di situ, aku teruskan dengan aspek yang terakhir iaitu...

AMAR MA’RUF NAHI MUNKAR
Kalau tadi korang rasa dah lulus kat aspek rukun Islam dan taat perintah Allah dan Rasulallah, bagaimana dengan yang ini? Adakah kita menyuruh dan mengajak ke arah kebaikan serta mencegah kemungkaran? Adilkah jika diri kita sahaja yang baik tetapi membiarkan orang lain terus hanyut? Di mana sifat persaudaraan sesama Islam kita? Jika kita sayang saudara-saudara kita, maka ajaklah mereka ke arah kebaikan dan cegahlah mereka jika melakukan kemungkaran. Jika mereka enggan, tidak mengapa kerana kita hanya menjalankan tugas kita sebagai Muslim dan tanggungjawab kita sesama saudara kita. Jika ada di antara korang yang lulus semua ini, aku memang tabik dengan korang.

Akhirnya, muhasabahlah diri sempena tahun baru ini. Tanamkan azam agar tahun baru yang telah memunculkan dirinya ini adalah lebih baik dari tahun yang baru sahaja berlalu pergi. Ketahui tahap iman kita dengan kita memuhasabah diri kita. Bukan orang lain, tetapi diri kita sendiri. Akhir kata, aku mengambil kesempatan ini bagi memohon ribuan kemaafan dan keampunan jika aku ada melakukan kesilapan kepada korang sama ada sengaja atau tidak sengaja. Aku hanya insan biasa, memang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Jaga Iman, Tingkatkan Taqwa, Tingkatkan prestasi Iman di tahun baru ini. SELAMAT TAHUN BARU 1433 HIJRAH!! Wassalam~

~tahun ni sambut tahun baru dengan orang tersayang. Terima kasih kerana jadi makmum saya. Ngee~

Buat Sahabat Yang Jauh Di Sana

Selamat Malam dan Salam Kebahagiaan buat semua.

Mungkin ini adalah entri terakhir buat minggu ini dan minggu depan. Menjelang pagi esok, aku akan berangkat untuk mendaftarkan diri di salah sebuah IPTA yang berhampiran dengan rumahku. Buat teman-teman IKIP, mungkin ini pilihan terbaik aku. Bob, Malik, Shah, Shafiq, Iwan, Sham, korang semua memang terbaik. Tiada gantinya.
Tumpuan aku malam ini kepada sahabat-sahabat Imtiaz Dungun yang telah berada di Jordan dan Mesir. Tak tahulah mereka masih ingat kepada kami di Tanah Air namun kami di sini sentiasa mengingati mereka. Kenapa tiba-tiba je aku ni? Dah dua bulan aku 'menganggur' di rumah sebaik berhenti di IKIP dan menunggu tarikh pendaftaran esok. Nobody in Dungun except Mubin, Syedi dan Luq. Tu je yang sempat aku jumpa sepanjang 'percutian' aku tu. Yang lain? Ikhwan dan Ahnaf dah ke Jordan, Sufian dah ke Mesir. Kadang-kadang Daus datang ke Dungun bersama Aiman tapi sekarang kedua-duanya dah ke Mesir. Azim pulak, tak cuti. No more gathering.
Berbuka Puasa Bersama Buat Kali Terakhir

Arsyad dan Nadzim

Aiman dan Daus (memandu) sewaktu ke Mesra Mall

Inilah di antara gambar-gambar terakhir yang sempat diambil sebelum mereka berangkat ke luar negara. Masih ingatkah saat ini? Bolehkah saat ini berulang kembali? Maaf, aku banyak khilaf dan kesilapan dahulu. Aku tidak menghargai kalian semua. Aku banyak menyakitkan hati, aku banyak berbuat dosa dengan kalian. Adakah lagi kemaafan untuk aku? Selautan kemaafan pun yang diberikan, apa yang sudah berlaku tak mungkin dapat dipadam lagi. Walau ditangisi hingga kering air mata, lipatan masa tetap mencatatkan perilaku tersebut. Mungkin amat terlewat aku menyedari khilafku. Mungkin ada suara kebencian namun apa yang terdaya, hanya hamparan kemaafan dariku.

Lembayung rahmat sentiasa terbuka untuk kalian. Perbetulkan niat kalian ke sana, teguklah seberapa mampu ilmu yang ada dan aplikasikan dalam kehidupan. Kami di sini tidak berpeluang seperti kalian di sana. Tuhan tidak mengizinkan kami bersama kalian diluar sana. Jagalah diri kalian di sana. Bertahun lamanya kita melihat antara satu sama lain di sekolah. Tinggal pula di asrama. Dari awal pagi waktu membuka mata, kita berjumpa antara satu sama lain di surau, dewan makan, kelas, prep, kamar, padang dan lain-lain tempat sehinggalah waktu untuk menutup kembali mata di malam harinya.
 Ada di antara mereka yang sudah 'tiada' bersama kita
 Bila lagikah mereka akan ada bersama-sama semula? Pulang dari oversea, mungkin sudah disibukkan dengan karier. Makanya, buat semua sahabat-sahabat sekalian, di waktu masih ada kesempatan, pergunakanlah ia sebaiknya. Biarpun tidak seramai gambar di atas seperti zaman persekolahan dahulu, memadailah beberapa orang sahaja dari tiada langsung. Buat yang masih bersama rakan-rakan di bangku sekolah, hargailah saat itu kerana perpisahan adalah tidak terduga dan berlaku dengan pantas. Masing-masing akan bawa haluan sendiri apabila tiba masanya. Best friend, BFF atau apa-apa yang bersamaan dengannya, kemungkinan untuk bersama lagi amatlah kecil. Yang penting, adalah menghargai.

Mungkin sekarang kami yang ada di tanah air dapat berkumpul sesama kami dan kalian yang jauh di sana dapat berkumpul sesama kalian, namun perpisahan akan tiba jua. Haluan sendiri akan dibawa untuk karier. Selepas berkahwin, tumpuan kepada rumah tangga pula. Memang kita boleh berkumpul sesama kita lagi namun sekerap dahulukah? Selama dahulukah? Boleh bersama-sama ke sana sini seperti dahulukah? Buat yang jauh di sana, kami telah kehilangan kalian dan kalian telah kehilangan kami. Mungkin ada antara kalian akan pulang ke tanah air sewaktu cuti namun jadual kita semua samakah? Tiada jaminan kami dapat menyambut kalian dan menghabiskan masa bersama kalian.

Jangan dilupakan pada tanah air. Tempat yang akan kembali sejurus tamat pengajian nanti. Tempat lahirnya kalian, tempat tinggalnya ayahanda dan bonda kalian sekarang. Apa khabar mereka sekarang? Rindukah mereka pada kalian? Seseronok manapun kalian di sana, jangan pernah dilupa pada tanah air. Kalian telah menyambut Hari Raya Aidiladha 1432H di sana baru-baru ini, tidak sama bukan dengan kami di sini? Tahun lepas kalian bersama keluarga dan sanak-saudara di pagi raya, menziarahi kubur, bersalam-salaman namun bukankah sekarang kalian sudah kehilangannya buat sementara? Hanya yang ingin aku sampaikan, hargaialah detik yang ada bersama-sama kami di tanah air, tidak kira bersama keluarga, saudara-mara mahupun sahabat handai. Detik yang datang akan pergi dan tidak akan kembali sekalipun ditangisi.

Kami di sini, amat merasai 'kehilangan' kalian. Tidak kisahlah kami di sini merujuk kepada keluarga atau sahabat, namun yang pasti hidup kami tidak akan sama seperti sebelumnya dan akan terus berubah dari hari ke hari. Mungkin sewaktu kalian di sana, tiba-tiba pada suatu hari kalian mendengar berita kematian salah seorang dari kami di sini, termasuklah aku sendiri, kalian tidak akan berjumpa dengan si dia itu lagi. Hanya kenangan yang mampu diingati. Begitu juga kami, jika salah seorang dari kalian pergi dengan tiba-tiba, kami tidak akan berjumpa dengan si dia itu lagi. Maka, saling memaafkanlah dan buanglah sifat benci antara kita sebelum ia menjadi realiti. Di saat itu, kita takkan berjumpa lagi dan menyesallah kita kerana tidak pernah menghargai detik bersama.
Suatu kisah yang aku tinggalkan sebelum aku mengundur diri. Ambillah pengajaran dan iktibar yang ada dari kisah ini.
Di tanah Kurdistan, ada seorang raja yang adil dan shalih. Dia memiliki putra, seorang anak lelaki yang rupawan, pemberani, cerdas dan patuh. Detik-detik yang paling membahagiakan raja adalah, ketika dia mengajari anaknya itu membaca kalam ilahi Al-Qur’an Al-Karim. Sang raja juga menceritakan kepadanya kisah-kisah kepahlawanan para panglima dan tentaranya di medan pertempuran. Anak raja yang bernama Said itu, sangat gembira mendengar penuturan kisah ayahnya. Said merasa sangat jengkel jika di tengah- tengah ayahnya bercerita, tiba-tiba ada saja yang mengganggunya atau memutuskannya.
Tidak jarang, ketika sedang asyik menghayati cerita ayahnya, dengan tiba-tiba pengawal memberitahukan bahwa ada tamu penting yang harus ditemui oleh raja. Sang raja paham apa yang dirasakan anaknya.
Dengan bijak, ayahnya memberi nasihat kepada putranya, “Anakku Said, sudah waktunya kau mencari sahabat sejati yang setia dalam suka dan duka serta menjadi ubat bagimu. Seorang sahabat yang baik, yang akan rela membantumu untuk menjadi  orang baik dan berguna. Sahabat sejati yang kau ajak saling mencintai untuk surga.”
Said terkejut dan penuh tanya mendengar perkataan ayahnya yang bijak itu.
“Apa maksud Ayahanda dengan sahabat yang boleh diajak saling mencintai untuk surga?” tanya Said penuh penasaran.
“Dia adalah sahabat sejati yang benar-benar mahu bersahabat dengan dirimu, bukan karena derajatmu, akan tetapi karena kemurnian cinta itu sendiri, yang terbentuk dari keikhlasan hati. Dia mencintaimu kerana Allah. Dengan dasar itu, kau pun mencintainya dengan penuh keikhlasan; kerana Allah. Kekuatan cinta kalian akan melahirkan kekuatan yang luar biasa yang membawa manfaat dan kebaikan. Kekuatan cinta itu pula akan bersinar dan membawa kalian masuk ke dalam jannah atau surga.”
“Bagaimana cara mencari sahabat sejati itu, wahai Ayahanda?” tanya Said.
Sang raja menjawab, “Kamu harus menguji orang yang hendak kau jadikan sahabat sejati. Ada sebuah cara menarik untuk menguji mereka. Undanglah sesiapa pun yang kau anggap sesuai, untuk menjadi sahabatmu saat makan pagi di sini, di istana. Jika sudah sampai di sini, hulurkanlah dan pelawalah dia ketika di waktu penyajian makanan.  Biarlah mereka semakin lapar. Lihatlah apa-apa yang kemudian mereka perbuat. Saat itu, rebuslah tiga butir telur. Jika ia tetap bersabar, hidangkanlah tiga telur itu kepadanya. Lihatlah, apa yang kemudian yang mereka perbuat! Itulah cara yang paling sederhana bagimu. Syukur, jika kau boleh mengetahui perilakunya lebih dari itu.”
Said sangat gembira mendengar nasihat dari ayahandanya seorang raja yang shalih. Dia pun mulai melakukan apa yang dikatakan ayahandanya,d ia mempraktikkan cara mencari sabahat sejati yang cukup langka itu. Mula-mula, ia mengundang anak-anak para pembesar kerajaan satu persatu. Sebahagian besar dari mereka marah-marah karena hidangan tidak keluar-keluar. Bahkan, ada yang pulang tanpa izin dengan hati kesal, ada yang memukul meja, ada yang melontarkan kata-kata kesat dan mencaci maki karena terpaksa terlalu lama menunggu hidangan.
Di antara teman anak raja itu, ada seorang yang bernama Adil. Dia anak seorang menteri. Said melihat, sepertinya Adil anak yang baik hati dan setia. Maka, dia ingin mengujinya. Diundanglah Adil untuk sarapan pagi. Adil memang lebih sabar dibandingkan anak-anak pembesar sebelumnya. Dia menunggu keluarnya hidangan dengan setia. Setelah dirasakan cukup, said mengeluarkan sebuah piring berisi tiga telur rebus.
Melihat itu, Adil berkata keras, “Hanya ini sarapan kita? Itu tidak cukup mengisi perutku.”
Adil tidak mau menyentuh telur itu. Dia pergi begitu saja meninggalkan Said sendirian. Said terdiam. Tidak perlu meminta maaf pada Adil karena telah meremehkan hidangan itu yang telah direbus oleh Said. Dia mengerti Adil tidak lapang dada dan tidak cocok menjadi sahabat sejatinya.
Hari berikutnya, dia mengundang anak seorang saudagar terkaya. Tentu saja, anak saudagar itu sangat senang mendapat undangan makan pagi dari seorang pangeran. Pada malam harinya, sengaja dia tidak makan agar paginya bisa makan sebanyak mungkin. Dia membayangkan, makanan anak raja pasti enak dan lezat.
Pagi-pagi hari, anak saudagar kaya itu telah datang menemui said. Seperti anak-anak sebelumnya, dia harus menunggu waktu yang lama sampai makanan dihidangkan. Akhirnya Said membawa piring dengan tiga piring berisis tiga butir telur.
“Ini makanannya, saya ke dapur dulu mengambil air minum,” kata Said seraya meletakkan piring itu di atas meja.
Lalau, Said masuk ke dalam. Tanpa menunggu lagi, anak saudagar itu langsung melahap satu persatu telur itu. Tidak lama kemudian, Said keluar membawa dua gelas air putih. Dia melihat ternayata tiga telur itu telah lenyap.
“Mana telurnya?” tanya Said pada anak saudagar.
“Telah aku makan.”
“Semua?”
“Ya, habis aku lapar sekali.”
Melihat itu Said langsung tahu bahwa anak saudagar itu juga tidak bisa dijadikan sahabat setia. Dia tidak setia. Tidak bisa merasakan suka duka bersama. Sesungguhnya, Said belum makan apa-apa.
Said merasa jengkel kepada anak-anak di sekitar istana. Mereka semua mementingkan diri sendiri. Tidak setia kawan. Mereka tidak pantas menjadi sahabat sejatinya. Akhirnya ia meminta izin kepada ayahnya untuk pergi mencari sahabat sejati.
***
Akhirnya, Said berpikir mencari sahabat di luar istana. Kemudian, mulailah Said mengembara melewati hutan ladang, sawah, dan kampung-kampung untuk mencari seorang sahabat yang baik.
Sampai akhirnya, pada suatu hari yang cerah, dia bertemu dengan anak seorang pencari kayu yang berpakaian sederhana. Anak itu sedang memanggul kayu bakar. Said mengikutinya diam-diam sampai anak itu tiba di pondoknya. Rumah dan pondok anak itu menunjukkan bahwa ia sangat miskin. Namun, wajah dan sinar matanya memancarkan tanda kecerdasan dan kebaikan hati. Anak itu mengambil air wudhu’, lalu shalat dua raka’at. Said memerhatikannya dari balik pohon.
Selesai shalat, Said datang dan menyapa, ”Kawan, kenalkan aku Said. Kalau boleh tahu, namamu siapa? Kau tadi shalat apa?”
“Namaku Abdullah. Tadi itu shalat dhuha.”
Lalu, Said meminta anak itu agar bersedia bermain dengannya, dan menjadi temannya.
Namun, Abdullah menjawab, “Kukira kita tidak cocok menjadi sahabat. Kau anak seorang kaya, malah mungkin anak bangsawan. Sedang aku, anak miskin. Anak seorang pencari kayu bakar.”
Said menyahut, “Tidak baik kau mengatakan begitu. Mengapa kau membeza-bezakan orang? Kita semua adalah hamba Allah. Semuanya sama, hanya takwa yang membuat orang mulia di sisi Allah. Apakah aku kelihatan seperti anak yang jahat sehingga kau tidak mahu berkawan denganku? Mengapa tidak kita cuba untuk beberapa waktu dulu? Kemudian, kau boleh menilai, apakah aku sesuai atau tidak menjadi sahabatmu.”
“Baiklah kalau begitu, kita bersahabat. Akan tetapi, dengan syarat, hak dan kewajiban kita sama, sebagai sahabat seia dan sekata.”
Said menyertai syarat yang diajukan oleh anak pencari kayu itu. Sejak hari itu, mereka bermain bersama ; pergi ke hutan bersama, memancing bersama, dan berburu binatang bersama.  Anak tukang kayu itu mengajarkannya berenang di sungai, menggunakan panah, dan memanjat pokok di hutan. Said sangat gembira sekali berteman dengan anak yang cerdas, rendah hati, dan setia. Akhirnya, dia kembali ke istana dengan hati gembira.
Hari berikutnya, anak raja itu berjumpa lagi dengan teman barunya. Anak pencari kayu itu langsung mengajaknya makan di pondoknya. Dalam hati, Said merasa kalah, sebab sebelum dia mengundang makan, dia telah diundang makan.
Di pondok itu, mereka makan seadanya. Sepotong roti, garam, dan air putih. Namun, Said makan dengan sangat lahap. Ingin sekali rasanya dia minta tambah kalau tidak mengingat, siapa tahu anak pencari kayu ini sedang mengujinya. Oleh karena itu, Said merasa cukup dengan yang diberikan kepadanya.
Selesai makan, Said mengucapkan hamdallah dan tersenyum. Setelah itu, mereka kembali bermain. Said banyak menemukan hal-hal baru di hutan, yang tidak ia dapatkan di istana. Oleh sahabatnya itu, dia diajarkan untuk mengenali dan membezakan jenis daun dan buah-buahan di hutan; antara daun dan buah yang boleh dimakan, yang boleh dijadikan obat.
“Dengan mengenal jenis buah dan daun di hutan secara baik, kita tidak risau jika suatu ketika tersesat. Persediaan makanan ada di sekitar kita. Inilah keagungan Allah!” kata anak pencari kayu.
Seketika itu, Said bahwa ilmu tidak hanya boleh didapat di madrasah seperti di ibu kota kerajaan. Ilmu ada di mana-mana. Bahkan di hutan sekalipun. Hari itu Said banyak mendapatkan pengalaman berharga.
Ketika matahari sudah condong ke Barat, Said meminta izin kepada sahabatnya itu untuk pulang. Tidak lupa, Said mengundangnya makan di rumahnya pagi esok. Lalu, dia memberikan secarik kertas pada temannya.
“Pergilah ke ibu kota, berikan kertas ini kepada tentera yang kau temui di sana. Dia akan menghantarkanmu ke rumahku, “ kata Said sambil tersenyum.
Insya Allah aku akan datang,” jawab anak pencari kayu itu.
Pagi harinya, anak pencari kayu itu sampai juga ke istana. Dia sama sekali tidak menyangka kalau Said adalah anak raja. Mulanya dia ragu untuk masuk ke istana. Akan tetapi, apabila mengingatkan kebaikan dan kerendahan hati Said selama ini, dia berani masuk juga.
***
Said menyambutnya dengan dengan hangat, penuh rasa persahabatan dan senyum gembira. Seperti anak-anak sebelumnya yang telah diundang makan di ruang makan itu, Said pun menguji temannya ini. Dia membiarkannya menunggu lama sekali. Namun, anak pencari kayu itu sudah biasa lapar. Bahkan, dia pernah tidak makan selama beberapa hari. Atau, terkadang makan daun-daun mentah saja. Dia hanya berpikir, seandainya semua anak bangsawan boleh sebaik anak raja ini, tentu dunia akan tenteram.
Selama ini, dia mendengar bahwa anak-anak pembesar kerajaan, senang berfoya-foya. Namun, dia menemukan seorang anak raja yang santun dan shalih.
Akhirnya, tiga butir telur telah dimasak pun dihidangkan. Said mempersilakan sahabatnya untuk  makan. Anak pencari kayu itu mengambil satu. Lalu, dia mengupas kulitnya perlahan-lahan. Sementara Said mengupas dengan cepat dan menyantapnya. Kemudian, dengan senagaja Said mengambil telur yang ketiga. Dia mengupasnya dengan cepat, dan melahapnya. Sahabatnya selesai mengupas telur. Said ingin melihat apa yang akan dilakukan sahabatnya dengan sebutir telur itu, apakah ia akan memakannya sendiri atau…?
Anak pencari kayu itu mengambil pisau yang ada di dekatnya. Lalu, dia membelah telur itu menjadi dua; yang satu ditangannya, dan yang satunya lagi, dia berikan kepada Said. Tidak syak lagi, Said pun menangis dengan terharu.
Lalu Said pun memeluk anak pencari kayu bakar itu erat-erat seraya berkata, “Engkau sahabat sejatiku! Engkau sahabat sejatiku! Engkau sahabatku masuk surga.”
Sejak saat itu, keduanya bersahabat dengan sangat akrab. Persahabatan mereka melebihi saudara kandung. Mereka saling mencintai dan saling menghormati karena Allah Swt.
Karena kekuatan cinta itu, mereka bahkan sempat bertahun-tahun mengembara bersama untuk belajar dan berguru kepada ulama yang tersebar di Turki, Syiria, Irak, Mesir dan Yaman.
Bulan berganti bulan dan tahun, akhirnya keduanya menjadi dewasa. Raja yang adil; ayahanda Said, meninggal dunia. Akhirnya Said diangkat menjadi raja untuk menggantikan ayahandanya. Menteri yang pertama kali dia pilih ialah Abdullah, anak pencari kayu itu. Abdullah pun benar-benar menjadi sahabat seperjuangan dan penasihat raja.
Meskipun telah menjadi raja dan menteri, keduanya masih sering melakukan shalat tahajjud dan membaca Al-Qur’an bersama. Kecerdasan dan kematangan jiwa keduanya mampu membawa kerajaan itu menjadi maju, makmur, dan jaya; baldatun thayyibatun wa Rabbun Ghafur (Dipetik dari cerita sahabat syuga.)

Akhir kata, jangan lupakan kami di sini dan kami tidak akan sesekali melupakan kalian. Selamat hari jadi yang ke 18 buat Arif Arsyad Bin Suhaili yang kini jauh di Jordan. Semoga panjang umul dan maintain 'katang'. Jauh sambut birthday tahun ni. Hehe.. Buat semua, doakan aku yang akan berhijrah ke medan ilmu yang baru pagi esok. Assalamualaikum.

~tak berkemas apa lagi ni. Budak gemuk, thanks for care. Maaf neh, saya tak kemas lagi masa awak call tadi. Jangan marah tau! wish me good luck~

Hidup Atas Pilihan

Salam Aidiladha (terlambat ucap) dan selamat malam.


Dah lama agaknya tidak mengirim entri baru ke blog ini. Sibuk? Mungkin. Malas? Pun mungkin. Apa jua kemungkinan boleh berlaku kan? ^^,


Perasan atau tidak, lagu Pokok nyanyian M.U.H bersama Hazama sering kedengaran di corong radio kebelakangan ini. Lagu pun sedap. Slow dan gaya bahasa yang mudah. Eh, ada jugak ke yang belum mendengar lagi? Kalau begitu,luangkan masa sebentar untuk mendengar lagu ini (tolong 'pause' lagu yang dah ada dalam blog ini).





Meet Uncle Hussain Feat. Hazama - Pokok



Macam mana? Best tak? Terserahlah bagaimana anda menilainya. Mesti ramai yang fikir apa yang aku merapu ni kan? Macam sembang kosong je. Ok lah, perasan tak dalam satu rangkap tu, ada lirik ni:
''Tak Mudah Namun Tak Susah,
Terserah Atas Pilihan.''

Kalau tak jumpa, tengok minit 01:24. Lagu yang menjadi siulan anak muda tetapi fahamkah erti tersirat dalam liriknya? Bahkan mungkin ada yang hanya mengungkap tanpa menyedari. Apa maksud aku di sini? Hanya ingin mengatakan, sebenarnya dalam apa jua yang kita lakukan, apa yang kita terima, apa yang kita mahukan adalah terserah atas pilihan (kebanyakan perkara adalah begitu).

Sesuatu perkara yang kita hadapi, senang atau susah, juga terserah kepada pilihan kita. Perkara senang, jika pilihan kita untuk tidak menghadapinya, maka tiada hasil buat kita. Jika kita memilih untuk menghadapi, mungkin akan ada hasilnya walaupun tidak seberapa. Itu adalah lebih baik sebenarnya dari langsung tiada apa-apa.

Jikalau kita diberi satu tugasan, yang pada pengamatan kita adalah sukar, maka kita ada dua pilihan di situ. Membuatnya atau meninggalkannya. Hidup ini sentiasa ada pilihan kecuali perkara yang dalam ketentuan Tuhan seperti mati, syurga neraka, zuriat dan lain-lain seumpamanya. Berbalik kepada persoalan tadi, jika kita berbalik kepada lirik tadi dengan situasi yang aku berikan, memang tak mudah untuk melakukannya tetapi siapa tahu ianya adalah mudah. Pelik bukan? Kita mengatakan susah kerana belum mencuba. Telah membuat pilihan untuk tidak meneruskannya kerana pada pandangan kita ia adalah sukar namun siapa tahu jika ianya mudah bukan?

Persepsi yang pelbagai sering mempengaruhi kita membuat pilihan yang tidak tepat dan menjadikan kita dalam keadaan sukar untuk membuat pilihan. Selagi ia tidak melampaui batas kemampuan manusia, selagi itulah segala kemungkinan adalh tidak mustahil. Maka, mengapa sering berkata dan memberi jawapan TIDAK kepada pilihan kita? Semuanya atas pilihan kita sebenarnya. Sesuatu perkara, walaupun tidak mudah namun akan menjadi tidak susah jika sudah biasa.

Kita hanya membataskan kemampuan dan keupayaan diri dengan membuat pilihan yang tidak tepat. Contoh, kita belajar dengan tahap pembelajaran di aras 3. Aras 4 amatlah susah dan berisiko untuk gagal. Namun haruskah kita membuat pilihan, 'Oh, susahnya pembelajaran aras 4. Kalau begitu, aku tak nak lah ke aras 4.' Jika demikianlah pilihan yang kita buat, aras pembelajaran kita hanya statik di aras 3 tanpa ada kemajuan. Kita tidak akan maju ke hadapan dan hanya terperuk di sesuatu tahap sahaja. Bukankah rugi pilihan kita itu? Kita belum lagi mengalami dan melalui aras 4. Kita takkan pernah tahu adakah kita mampu menghadapi aras 4 itu kerana pilihan salah yang kita buat. Rugi bukan?

Hidup ini sebenarnya penuh dengan pilihan. Dari awal kita membuka mata sehinggalah menutupnya kembali. Bermula dengan pilihan untuk kita bangkit dari tidur atau meneruskan kembara mimpi sehinggalah pilihan untuk tidur ataupun berjaga malam. Kita selalu membuat keputusan sebenarnya, tetapi yang kita sering tidak sedari adalah tepatkah keputusan kita itu. Itu sahaja. Itulah kelemahan manusia sebenarnya. Bukan sering tepat membuat keputusan. Namun itu jugalah yang harus kita perbaiki dan mengurangkan kesilapan.

Dalam satu lagi contoh, kita ada pilihan untuk berpuasa atau tidak. Boleh sahaja kita tidak berpuasa atau sebaliknya. Namun pilihan kita itu juga harus rasional dan mempunyai sebab yang munasabah. Kita boleh membuat membuat pilihan untuk tidak berpuasa namun mengapa kita membuat pilihan itu? Apakah akibat dan kesan pilihan kita itu? Jika kita memilih untuk berpuasa, persoalan yang sama juga. Pilihan manakah yang sebaiknya? Tidak berpuasa kerana tak mahu menahan lapar dan berpuasa kerana menurut perintah Allah, menunaikan rukun Islam dan kewjipan seorang hamba Allah. Makanya, apabila sudah ada sebab-sebab untuk pilihan kita itu, maka kita bolehlah membuat pilihan sebenarnya.

Lihat, kita sentiasa ada pilihan. Setiap detik, pilihan sentiasa datang kepada kita untuk dipilih. Yang tinggal hanyalah diri kita. Kita yang memilih, maka bersedialah jua menerima kesan dan akibat dari pilihan kita itu. Sama ada baik atau sebaliknya. Kita yang membuat, kita harus menerima. Insya-Allah kebaikan dan manfaat akan selalu kita terima apabila membuat pilihan yang tepat. Mungkin setakat ini sahaja entri aku, dah tak tahu nak menaip apa. ^_^

Selamat malam semua dan doakan aku untuk 16 Oktober ni. Aduh, gabra lah pulak. Si gemuk, saya akan pergi! :) Tq for everything yek. Assalamualaikum....

~Memilih Si Gemuk adalah pilihan sukar yang pernah aku buat. Moga keputusan aku ini tepat dan dipermudahkan segala urusan. Bukan senang membuat pilihan melibatkan pasangan hidup~

Harry Potter - Golden Snitch