Muhasabah 1432H-Banyak Amalan Atau Kemungkaran?


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, segala puji dipanjatkan kepada Allah kerana dengan RahmatNya, kita semua dapat melangkah ke tahun baru, waktu pengharapan baru, sebagai wadah ujian turun naiknya iman kita dan sebagai medan peperangan menentang nafsu dan bisikan syaitan.

Selamat tinggal 1432 Hijrah, Ahlan Wasahlan 1433H. Berlalu sudah satu tahun yang penuh cabaran, yang getir dalam memantapkan iman dan tahun yang memberi seribu satu makna kepada kita semua. Aku pasti dalam setahun itu, pasti ada pengalaman pahit dan manis dalam hidup semua orang. Tipu jika ada yang manis sahaja. Tipu juga jika semuanya pahit sahaja. Pahit mana pun hidup kita dalam setahun itu, pasti ada manisnya walaupun sedikit. Begitu juga dengan manisnya iman, manisnya menjadi seorang muslim dan manisnya beribadah. Dapatkah kita menggapainya? Dapatkah kita merasainya? Dapatkah kita mengalaminya?

Tidak perlu pergi jauh. Cukup diri aku sendiri dijadikan subjek. Aku sendiri tidak tahu adakah aku mendapat semua itu. Dengan iman yang tenggelam timbul, maka aku merasakan tahun yang sudah berlalu pergi ini adalah satu kegagalan mencapai objektif yang aku tetapkan pada minit-minit terakhir tahun 1431H di Surau At-Taqwa, SM Imtiaz YT Dungun (Bawah) pada ketika itu kerana masih dalam bulan peperiksaan SPM 2010. Maka, muhasabah ini adalah perlu bagi menilai diri sendiri. Tak perlu kita menilai diri orang lain seburuk mana pun seseorang itu. Nilailah diri kita, apa yang sudah kita perbuat sepanjang setahun itu, satu tempoh yang agak lama pada pandangan aku.

“Aku rasa aku OK je tahun ni, takde apa-apa yang salah kot”. Ayat yang biasa didengari apabila diminta muhasabah. Jangan disalahkan mereka ini. Mungkin mereka tidak tahu untuk muhasabah diri dari aspek yang mana. Pada pandangan aku, korang muhasabahlah diri dari aspek ni..

RUKUN ISLAM
Adakah kita ini mengucap syahadah?
Adakah kita ini solat 5 waktu sehari semalam?
Adakah cukup puasa kita di bulan Ramadhan?
Adakah kita mengeluarkan zakat jika berhak?
Adakah kita kita menunaikan Haji jika kita berkemampuan?

Mungkin ramai yang lulus di situ tetapi itu hanyalah asasnya. Jika sebuah rumah ada asasnya, iaitu tiang, tingkap, dapur dan sebagainya, namun kita tetap ingin menambah benda lain seperti frame gambar, cat dinding, kipas dan apa-apa tambahan lain yang melengkapkan lagi rumah kita. Sama seperti Islam, sudah ada tapak atau asasnya dalam diri kita namun untuk menaik taraf lagi yang sedia ada, perlukan penambahan aksesori lain. Lihat aspek yang aku tekankan di bawah...

WAATIULLAHAWAATIURRASUL
Ya, asas kita lengkap tapi bagaimana dengan aspek ini?
Adakah kita menurut segala larangan Allah dan Rasulallah?
Adakah kita menghindari segala larangan yang ditetapkan?
Disini ramainya yang terkandas. Islam melarang kita membuka aurat tetapi kita membuka aurat. Islam melarang kita berhias untuk mereka yang bukan muhrim, ada yang pakai cantik dan bersolek, ambik gambar dan upload dalam Facebook. Aku lah paling cantik. Bangganya aku orang dapat tengok muka aku ni cantik. Cantik la sangat kau tu yek. Nanti bila muka kau dah kena bakar dengan api neraka, agak-agak kau nak jaja tak lagi kat orang yang kau ni cantik??! Islam suruh kita pelajari ilmu, tuntut ilmu sebanyak mungkin tapi ada yang pergi belajar dengan artis Korea. Fanatik sangatlah kan? Habis semua pasal artis tu kau tahu tapi kalau ditanya tentang biodata sahabat Nabi, aku tak rasa semua boleh jawab. Artis dipuja-puja tapi sahabat Nabi dipandang sepi. Apa manfaatnya dari tuntutan Islam supaya engkau wahai orang Islam untuk menunutut Ilmu?? Kalau dikatakan engkau mempelajari bahasa Korea mungkin aku faham lagi tapi bahasa Korea yang kau dapat belajar tak sebanyak lirik lagu Korea yang kau hafal! Tafsir Quran tak nak hafal, lagu jugak yang dihafal. Agaknya artis tu bagi syafaat kat engkau kat akhirat kelak yek? Untung lah kau~
Next, Islam melarang bersentuhan antara mereka yang bukan muhrim. Selamba je kau pergi pegang-pegang. “Ni makwe aku kot, lantak la”. Hotak kau. Dah tak boleh tu, tak boleh la. Tak payah la degil sangat. Tapi ada jugak yang haram ni jadi ‘halal’. Berlakon contohnya, dibolehkan bersentuhan. Ini berlaku di mana-mana termasuk IPT dan sekolah-sekolah. Bila dah bersentuhan tu, korang ikut ke suruhan Allah dan Rasulallah? Korang boleh jawab sendiri persoalan ini. Kalau nak bagi contoh lain, memang terlalu panjang senarainya. Korang semua boleh fikir dan tahu apa yang kita disuruh dan apa yang kita dilarang. Semua ni ada kawalan kerana ada sebabnya. Betapa cantiknya Islam itu kerana aturannya telah dibuat sendiri oleh Allah tanpa perlu kita mencari sendiri apakah perkara yang disuruh dan perkara apa yang dilarang.

Usai di situ, aku teruskan dengan aspek yang terakhir iaitu...

AMAR MA’RUF NAHI MUNKAR
Kalau tadi korang rasa dah lulus kat aspek rukun Islam dan taat perintah Allah dan Rasulallah, bagaimana dengan yang ini? Adakah kita menyuruh dan mengajak ke arah kebaikan serta mencegah kemungkaran? Adilkah jika diri kita sahaja yang baik tetapi membiarkan orang lain terus hanyut? Di mana sifat persaudaraan sesama Islam kita? Jika kita sayang saudara-saudara kita, maka ajaklah mereka ke arah kebaikan dan cegahlah mereka jika melakukan kemungkaran. Jika mereka enggan, tidak mengapa kerana kita hanya menjalankan tugas kita sebagai Muslim dan tanggungjawab kita sesama saudara kita. Jika ada di antara korang yang lulus semua ini, aku memang tabik dengan korang.

Akhirnya, muhasabahlah diri sempena tahun baru ini. Tanamkan azam agar tahun baru yang telah memunculkan dirinya ini adalah lebih baik dari tahun yang baru sahaja berlalu pergi. Ketahui tahap iman kita dengan kita memuhasabah diri kita. Bukan orang lain, tetapi diri kita sendiri. Akhir kata, aku mengambil kesempatan ini bagi memohon ribuan kemaafan dan keampunan jika aku ada melakukan kesilapan kepada korang sama ada sengaja atau tidak sengaja. Aku hanya insan biasa, memang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Jaga Iman, Tingkatkan Taqwa, Tingkatkan prestasi Iman di tahun baru ini. SELAMAT TAHUN BARU 1433 HIJRAH!! Wassalam~

~tahun ni sambut tahun baru dengan orang tersayang. Terima kasih kerana jadi makmum saya. Ngee~

Buat Sahabat Yang Jauh Di Sana

Selamat Malam dan Salam Kebahagiaan buat semua.

Mungkin ini adalah entri terakhir buat minggu ini dan minggu depan. Menjelang pagi esok, aku akan berangkat untuk mendaftarkan diri di salah sebuah IPTA yang berhampiran dengan rumahku. Buat teman-teman IKIP, mungkin ini pilihan terbaik aku. Bob, Malik, Shah, Shafiq, Iwan, Sham, korang semua memang terbaik. Tiada gantinya.
Tumpuan aku malam ini kepada sahabat-sahabat Imtiaz Dungun yang telah berada di Jordan dan Mesir. Tak tahulah mereka masih ingat kepada kami di Tanah Air namun kami di sini sentiasa mengingati mereka. Kenapa tiba-tiba je aku ni? Dah dua bulan aku 'menganggur' di rumah sebaik berhenti di IKIP dan menunggu tarikh pendaftaran esok. Nobody in Dungun except Mubin, Syedi dan Luq. Tu je yang sempat aku jumpa sepanjang 'percutian' aku tu. Yang lain? Ikhwan dan Ahnaf dah ke Jordan, Sufian dah ke Mesir. Kadang-kadang Daus datang ke Dungun bersama Aiman tapi sekarang kedua-duanya dah ke Mesir. Azim pulak, tak cuti. No more gathering.
Berbuka Puasa Bersama Buat Kali Terakhir

Arsyad dan Nadzim

Aiman dan Daus (memandu) sewaktu ke Mesra Mall

Inilah di antara gambar-gambar terakhir yang sempat diambil sebelum mereka berangkat ke luar negara. Masih ingatkah saat ini? Bolehkah saat ini berulang kembali? Maaf, aku banyak khilaf dan kesilapan dahulu. Aku tidak menghargai kalian semua. Aku banyak menyakitkan hati, aku banyak berbuat dosa dengan kalian. Adakah lagi kemaafan untuk aku? Selautan kemaafan pun yang diberikan, apa yang sudah berlaku tak mungkin dapat dipadam lagi. Walau ditangisi hingga kering air mata, lipatan masa tetap mencatatkan perilaku tersebut. Mungkin amat terlewat aku menyedari khilafku. Mungkin ada suara kebencian namun apa yang terdaya, hanya hamparan kemaafan dariku.

Lembayung rahmat sentiasa terbuka untuk kalian. Perbetulkan niat kalian ke sana, teguklah seberapa mampu ilmu yang ada dan aplikasikan dalam kehidupan. Kami di sini tidak berpeluang seperti kalian di sana. Tuhan tidak mengizinkan kami bersama kalian diluar sana. Jagalah diri kalian di sana. Bertahun lamanya kita melihat antara satu sama lain di sekolah. Tinggal pula di asrama. Dari awal pagi waktu membuka mata, kita berjumpa antara satu sama lain di surau, dewan makan, kelas, prep, kamar, padang dan lain-lain tempat sehinggalah waktu untuk menutup kembali mata di malam harinya.
 Ada di antara mereka yang sudah 'tiada' bersama kita
 Bila lagikah mereka akan ada bersama-sama semula? Pulang dari oversea, mungkin sudah disibukkan dengan karier. Makanya, buat semua sahabat-sahabat sekalian, di waktu masih ada kesempatan, pergunakanlah ia sebaiknya. Biarpun tidak seramai gambar di atas seperti zaman persekolahan dahulu, memadailah beberapa orang sahaja dari tiada langsung. Buat yang masih bersama rakan-rakan di bangku sekolah, hargailah saat itu kerana perpisahan adalah tidak terduga dan berlaku dengan pantas. Masing-masing akan bawa haluan sendiri apabila tiba masanya. Best friend, BFF atau apa-apa yang bersamaan dengannya, kemungkinan untuk bersama lagi amatlah kecil. Yang penting, adalah menghargai.

Mungkin sekarang kami yang ada di tanah air dapat berkumpul sesama kami dan kalian yang jauh di sana dapat berkumpul sesama kalian, namun perpisahan akan tiba jua. Haluan sendiri akan dibawa untuk karier. Selepas berkahwin, tumpuan kepada rumah tangga pula. Memang kita boleh berkumpul sesama kita lagi namun sekerap dahulukah? Selama dahulukah? Boleh bersama-sama ke sana sini seperti dahulukah? Buat yang jauh di sana, kami telah kehilangan kalian dan kalian telah kehilangan kami. Mungkin ada antara kalian akan pulang ke tanah air sewaktu cuti namun jadual kita semua samakah? Tiada jaminan kami dapat menyambut kalian dan menghabiskan masa bersama kalian.

Jangan dilupakan pada tanah air. Tempat yang akan kembali sejurus tamat pengajian nanti. Tempat lahirnya kalian, tempat tinggalnya ayahanda dan bonda kalian sekarang. Apa khabar mereka sekarang? Rindukah mereka pada kalian? Seseronok manapun kalian di sana, jangan pernah dilupa pada tanah air. Kalian telah menyambut Hari Raya Aidiladha 1432H di sana baru-baru ini, tidak sama bukan dengan kami di sini? Tahun lepas kalian bersama keluarga dan sanak-saudara di pagi raya, menziarahi kubur, bersalam-salaman namun bukankah sekarang kalian sudah kehilangannya buat sementara? Hanya yang ingin aku sampaikan, hargaialah detik yang ada bersama-sama kami di tanah air, tidak kira bersama keluarga, saudara-mara mahupun sahabat handai. Detik yang datang akan pergi dan tidak akan kembali sekalipun ditangisi.

Kami di sini, amat merasai 'kehilangan' kalian. Tidak kisahlah kami di sini merujuk kepada keluarga atau sahabat, namun yang pasti hidup kami tidak akan sama seperti sebelumnya dan akan terus berubah dari hari ke hari. Mungkin sewaktu kalian di sana, tiba-tiba pada suatu hari kalian mendengar berita kematian salah seorang dari kami di sini, termasuklah aku sendiri, kalian tidak akan berjumpa dengan si dia itu lagi. Hanya kenangan yang mampu diingati. Begitu juga kami, jika salah seorang dari kalian pergi dengan tiba-tiba, kami tidak akan berjumpa dengan si dia itu lagi. Maka, saling memaafkanlah dan buanglah sifat benci antara kita sebelum ia menjadi realiti. Di saat itu, kita takkan berjumpa lagi dan menyesallah kita kerana tidak pernah menghargai detik bersama.
Suatu kisah yang aku tinggalkan sebelum aku mengundur diri. Ambillah pengajaran dan iktibar yang ada dari kisah ini.
Di tanah Kurdistan, ada seorang raja yang adil dan shalih. Dia memiliki putra, seorang anak lelaki yang rupawan, pemberani, cerdas dan patuh. Detik-detik yang paling membahagiakan raja adalah, ketika dia mengajari anaknya itu membaca kalam ilahi Al-Qur’an Al-Karim. Sang raja juga menceritakan kepadanya kisah-kisah kepahlawanan para panglima dan tentaranya di medan pertempuran. Anak raja yang bernama Said itu, sangat gembira mendengar penuturan kisah ayahnya. Said merasa sangat jengkel jika di tengah- tengah ayahnya bercerita, tiba-tiba ada saja yang mengganggunya atau memutuskannya.
Tidak jarang, ketika sedang asyik menghayati cerita ayahnya, dengan tiba-tiba pengawal memberitahukan bahwa ada tamu penting yang harus ditemui oleh raja. Sang raja paham apa yang dirasakan anaknya.
Dengan bijak, ayahnya memberi nasihat kepada putranya, “Anakku Said, sudah waktunya kau mencari sahabat sejati yang setia dalam suka dan duka serta menjadi ubat bagimu. Seorang sahabat yang baik, yang akan rela membantumu untuk menjadi  orang baik dan berguna. Sahabat sejati yang kau ajak saling mencintai untuk surga.”
Said terkejut dan penuh tanya mendengar perkataan ayahnya yang bijak itu.
“Apa maksud Ayahanda dengan sahabat yang boleh diajak saling mencintai untuk surga?” tanya Said penuh penasaran.
“Dia adalah sahabat sejati yang benar-benar mahu bersahabat dengan dirimu, bukan karena derajatmu, akan tetapi karena kemurnian cinta itu sendiri, yang terbentuk dari keikhlasan hati. Dia mencintaimu kerana Allah. Dengan dasar itu, kau pun mencintainya dengan penuh keikhlasan; kerana Allah. Kekuatan cinta kalian akan melahirkan kekuatan yang luar biasa yang membawa manfaat dan kebaikan. Kekuatan cinta itu pula akan bersinar dan membawa kalian masuk ke dalam jannah atau surga.”
“Bagaimana cara mencari sahabat sejati itu, wahai Ayahanda?” tanya Said.
Sang raja menjawab, “Kamu harus menguji orang yang hendak kau jadikan sahabat sejati. Ada sebuah cara menarik untuk menguji mereka. Undanglah sesiapa pun yang kau anggap sesuai, untuk menjadi sahabatmu saat makan pagi di sini, di istana. Jika sudah sampai di sini, hulurkanlah dan pelawalah dia ketika di waktu penyajian makanan.  Biarlah mereka semakin lapar. Lihatlah apa-apa yang kemudian mereka perbuat. Saat itu, rebuslah tiga butir telur. Jika ia tetap bersabar, hidangkanlah tiga telur itu kepadanya. Lihatlah, apa yang kemudian yang mereka perbuat! Itulah cara yang paling sederhana bagimu. Syukur, jika kau boleh mengetahui perilakunya lebih dari itu.”
Said sangat gembira mendengar nasihat dari ayahandanya seorang raja yang shalih. Dia pun mulai melakukan apa yang dikatakan ayahandanya,d ia mempraktikkan cara mencari sabahat sejati yang cukup langka itu. Mula-mula, ia mengundang anak-anak para pembesar kerajaan satu persatu. Sebahagian besar dari mereka marah-marah karena hidangan tidak keluar-keluar. Bahkan, ada yang pulang tanpa izin dengan hati kesal, ada yang memukul meja, ada yang melontarkan kata-kata kesat dan mencaci maki karena terpaksa terlalu lama menunggu hidangan.
Di antara teman anak raja itu, ada seorang yang bernama Adil. Dia anak seorang menteri. Said melihat, sepertinya Adil anak yang baik hati dan setia. Maka, dia ingin mengujinya. Diundanglah Adil untuk sarapan pagi. Adil memang lebih sabar dibandingkan anak-anak pembesar sebelumnya. Dia menunggu keluarnya hidangan dengan setia. Setelah dirasakan cukup, said mengeluarkan sebuah piring berisi tiga telur rebus.
Melihat itu, Adil berkata keras, “Hanya ini sarapan kita? Itu tidak cukup mengisi perutku.”
Adil tidak mau menyentuh telur itu. Dia pergi begitu saja meninggalkan Said sendirian. Said terdiam. Tidak perlu meminta maaf pada Adil karena telah meremehkan hidangan itu yang telah direbus oleh Said. Dia mengerti Adil tidak lapang dada dan tidak cocok menjadi sahabat sejatinya.
Hari berikutnya, dia mengundang anak seorang saudagar terkaya. Tentu saja, anak saudagar itu sangat senang mendapat undangan makan pagi dari seorang pangeran. Pada malam harinya, sengaja dia tidak makan agar paginya bisa makan sebanyak mungkin. Dia membayangkan, makanan anak raja pasti enak dan lezat.
Pagi-pagi hari, anak saudagar kaya itu telah datang menemui said. Seperti anak-anak sebelumnya, dia harus menunggu waktu yang lama sampai makanan dihidangkan. Akhirnya Said membawa piring dengan tiga piring berisis tiga butir telur.
“Ini makanannya, saya ke dapur dulu mengambil air minum,” kata Said seraya meletakkan piring itu di atas meja.
Lalau, Said masuk ke dalam. Tanpa menunggu lagi, anak saudagar itu langsung melahap satu persatu telur itu. Tidak lama kemudian, Said keluar membawa dua gelas air putih. Dia melihat ternayata tiga telur itu telah lenyap.
“Mana telurnya?” tanya Said pada anak saudagar.
“Telah aku makan.”
“Semua?”
“Ya, habis aku lapar sekali.”
Melihat itu Said langsung tahu bahwa anak saudagar itu juga tidak bisa dijadikan sahabat setia. Dia tidak setia. Tidak bisa merasakan suka duka bersama. Sesungguhnya, Said belum makan apa-apa.
Said merasa jengkel kepada anak-anak di sekitar istana. Mereka semua mementingkan diri sendiri. Tidak setia kawan. Mereka tidak pantas menjadi sahabat sejatinya. Akhirnya ia meminta izin kepada ayahnya untuk pergi mencari sahabat sejati.
***
Akhirnya, Said berpikir mencari sahabat di luar istana. Kemudian, mulailah Said mengembara melewati hutan ladang, sawah, dan kampung-kampung untuk mencari seorang sahabat yang baik.
Sampai akhirnya, pada suatu hari yang cerah, dia bertemu dengan anak seorang pencari kayu yang berpakaian sederhana. Anak itu sedang memanggul kayu bakar. Said mengikutinya diam-diam sampai anak itu tiba di pondoknya. Rumah dan pondok anak itu menunjukkan bahwa ia sangat miskin. Namun, wajah dan sinar matanya memancarkan tanda kecerdasan dan kebaikan hati. Anak itu mengambil air wudhu’, lalu shalat dua raka’at. Said memerhatikannya dari balik pohon.
Selesai shalat, Said datang dan menyapa, ”Kawan, kenalkan aku Said. Kalau boleh tahu, namamu siapa? Kau tadi shalat apa?”
“Namaku Abdullah. Tadi itu shalat dhuha.”
Lalu, Said meminta anak itu agar bersedia bermain dengannya, dan menjadi temannya.
Namun, Abdullah menjawab, “Kukira kita tidak cocok menjadi sahabat. Kau anak seorang kaya, malah mungkin anak bangsawan. Sedang aku, anak miskin. Anak seorang pencari kayu bakar.”
Said menyahut, “Tidak baik kau mengatakan begitu. Mengapa kau membeza-bezakan orang? Kita semua adalah hamba Allah. Semuanya sama, hanya takwa yang membuat orang mulia di sisi Allah. Apakah aku kelihatan seperti anak yang jahat sehingga kau tidak mahu berkawan denganku? Mengapa tidak kita cuba untuk beberapa waktu dulu? Kemudian, kau boleh menilai, apakah aku sesuai atau tidak menjadi sahabatmu.”
“Baiklah kalau begitu, kita bersahabat. Akan tetapi, dengan syarat, hak dan kewajiban kita sama, sebagai sahabat seia dan sekata.”
Said menyertai syarat yang diajukan oleh anak pencari kayu itu. Sejak hari itu, mereka bermain bersama ; pergi ke hutan bersama, memancing bersama, dan berburu binatang bersama.  Anak tukang kayu itu mengajarkannya berenang di sungai, menggunakan panah, dan memanjat pokok di hutan. Said sangat gembira sekali berteman dengan anak yang cerdas, rendah hati, dan setia. Akhirnya, dia kembali ke istana dengan hati gembira.
Hari berikutnya, anak raja itu berjumpa lagi dengan teman barunya. Anak pencari kayu itu langsung mengajaknya makan di pondoknya. Dalam hati, Said merasa kalah, sebab sebelum dia mengundang makan, dia telah diundang makan.
Di pondok itu, mereka makan seadanya. Sepotong roti, garam, dan air putih. Namun, Said makan dengan sangat lahap. Ingin sekali rasanya dia minta tambah kalau tidak mengingat, siapa tahu anak pencari kayu ini sedang mengujinya. Oleh karena itu, Said merasa cukup dengan yang diberikan kepadanya.
Selesai makan, Said mengucapkan hamdallah dan tersenyum. Setelah itu, mereka kembali bermain. Said banyak menemukan hal-hal baru di hutan, yang tidak ia dapatkan di istana. Oleh sahabatnya itu, dia diajarkan untuk mengenali dan membezakan jenis daun dan buah-buahan di hutan; antara daun dan buah yang boleh dimakan, yang boleh dijadikan obat.
“Dengan mengenal jenis buah dan daun di hutan secara baik, kita tidak risau jika suatu ketika tersesat. Persediaan makanan ada di sekitar kita. Inilah keagungan Allah!” kata anak pencari kayu.
Seketika itu, Said bahwa ilmu tidak hanya boleh didapat di madrasah seperti di ibu kota kerajaan. Ilmu ada di mana-mana. Bahkan di hutan sekalipun. Hari itu Said banyak mendapatkan pengalaman berharga.
Ketika matahari sudah condong ke Barat, Said meminta izin kepada sahabatnya itu untuk pulang. Tidak lupa, Said mengundangnya makan di rumahnya pagi esok. Lalu, dia memberikan secarik kertas pada temannya.
“Pergilah ke ibu kota, berikan kertas ini kepada tentera yang kau temui di sana. Dia akan menghantarkanmu ke rumahku, “ kata Said sambil tersenyum.
Insya Allah aku akan datang,” jawab anak pencari kayu itu.
Pagi harinya, anak pencari kayu itu sampai juga ke istana. Dia sama sekali tidak menyangka kalau Said adalah anak raja. Mulanya dia ragu untuk masuk ke istana. Akan tetapi, apabila mengingatkan kebaikan dan kerendahan hati Said selama ini, dia berani masuk juga.
***
Said menyambutnya dengan dengan hangat, penuh rasa persahabatan dan senyum gembira. Seperti anak-anak sebelumnya yang telah diundang makan di ruang makan itu, Said pun menguji temannya ini. Dia membiarkannya menunggu lama sekali. Namun, anak pencari kayu itu sudah biasa lapar. Bahkan, dia pernah tidak makan selama beberapa hari. Atau, terkadang makan daun-daun mentah saja. Dia hanya berpikir, seandainya semua anak bangsawan boleh sebaik anak raja ini, tentu dunia akan tenteram.
Selama ini, dia mendengar bahwa anak-anak pembesar kerajaan, senang berfoya-foya. Namun, dia menemukan seorang anak raja yang santun dan shalih.
Akhirnya, tiga butir telur telah dimasak pun dihidangkan. Said mempersilakan sahabatnya untuk  makan. Anak pencari kayu itu mengambil satu. Lalu, dia mengupas kulitnya perlahan-lahan. Sementara Said mengupas dengan cepat dan menyantapnya. Kemudian, dengan senagaja Said mengambil telur yang ketiga. Dia mengupasnya dengan cepat, dan melahapnya. Sahabatnya selesai mengupas telur. Said ingin melihat apa yang akan dilakukan sahabatnya dengan sebutir telur itu, apakah ia akan memakannya sendiri atau…?
Anak pencari kayu itu mengambil pisau yang ada di dekatnya. Lalu, dia membelah telur itu menjadi dua; yang satu ditangannya, dan yang satunya lagi, dia berikan kepada Said. Tidak syak lagi, Said pun menangis dengan terharu.
Lalu Said pun memeluk anak pencari kayu bakar itu erat-erat seraya berkata, “Engkau sahabat sejatiku! Engkau sahabat sejatiku! Engkau sahabatku masuk surga.”
Sejak saat itu, keduanya bersahabat dengan sangat akrab. Persahabatan mereka melebihi saudara kandung. Mereka saling mencintai dan saling menghormati karena Allah Swt.
Karena kekuatan cinta itu, mereka bahkan sempat bertahun-tahun mengembara bersama untuk belajar dan berguru kepada ulama yang tersebar di Turki, Syiria, Irak, Mesir dan Yaman.
Bulan berganti bulan dan tahun, akhirnya keduanya menjadi dewasa. Raja yang adil; ayahanda Said, meninggal dunia. Akhirnya Said diangkat menjadi raja untuk menggantikan ayahandanya. Menteri yang pertama kali dia pilih ialah Abdullah, anak pencari kayu itu. Abdullah pun benar-benar menjadi sahabat seperjuangan dan penasihat raja.
Meskipun telah menjadi raja dan menteri, keduanya masih sering melakukan shalat tahajjud dan membaca Al-Qur’an bersama. Kecerdasan dan kematangan jiwa keduanya mampu membawa kerajaan itu menjadi maju, makmur, dan jaya; baldatun thayyibatun wa Rabbun Ghafur (Dipetik dari cerita sahabat syuga.)

Akhir kata, jangan lupakan kami di sini dan kami tidak akan sesekali melupakan kalian. Selamat hari jadi yang ke 18 buat Arif Arsyad Bin Suhaili yang kini jauh di Jordan. Semoga panjang umul dan maintain 'katang'. Jauh sambut birthday tahun ni. Hehe.. Buat semua, doakan aku yang akan berhijrah ke medan ilmu yang baru pagi esok. Assalamualaikum.

~tak berkemas apa lagi ni. Budak gemuk, thanks for care. Maaf neh, saya tak kemas lagi masa awak call tadi. Jangan marah tau! wish me good luck~

Hidup Atas Pilihan

Salam Aidiladha (terlambat ucap) dan selamat malam.


Dah lama agaknya tidak mengirim entri baru ke blog ini. Sibuk? Mungkin. Malas? Pun mungkin. Apa jua kemungkinan boleh berlaku kan? ^^,


Perasan atau tidak, lagu Pokok nyanyian M.U.H bersama Hazama sering kedengaran di corong radio kebelakangan ini. Lagu pun sedap. Slow dan gaya bahasa yang mudah. Eh, ada jugak ke yang belum mendengar lagi? Kalau begitu,luangkan masa sebentar untuk mendengar lagu ini (tolong 'pause' lagu yang dah ada dalam blog ini).





Meet Uncle Hussain Feat. Hazama - Pokok



Macam mana? Best tak? Terserahlah bagaimana anda menilainya. Mesti ramai yang fikir apa yang aku merapu ni kan? Macam sembang kosong je. Ok lah, perasan tak dalam satu rangkap tu, ada lirik ni:
''Tak Mudah Namun Tak Susah,
Terserah Atas Pilihan.''

Kalau tak jumpa, tengok minit 01:24. Lagu yang menjadi siulan anak muda tetapi fahamkah erti tersirat dalam liriknya? Bahkan mungkin ada yang hanya mengungkap tanpa menyedari. Apa maksud aku di sini? Hanya ingin mengatakan, sebenarnya dalam apa jua yang kita lakukan, apa yang kita terima, apa yang kita mahukan adalah terserah atas pilihan (kebanyakan perkara adalah begitu).

Sesuatu perkara yang kita hadapi, senang atau susah, juga terserah kepada pilihan kita. Perkara senang, jika pilihan kita untuk tidak menghadapinya, maka tiada hasil buat kita. Jika kita memilih untuk menghadapi, mungkin akan ada hasilnya walaupun tidak seberapa. Itu adalah lebih baik sebenarnya dari langsung tiada apa-apa.

Jikalau kita diberi satu tugasan, yang pada pengamatan kita adalah sukar, maka kita ada dua pilihan di situ. Membuatnya atau meninggalkannya. Hidup ini sentiasa ada pilihan kecuali perkara yang dalam ketentuan Tuhan seperti mati, syurga neraka, zuriat dan lain-lain seumpamanya. Berbalik kepada persoalan tadi, jika kita berbalik kepada lirik tadi dengan situasi yang aku berikan, memang tak mudah untuk melakukannya tetapi siapa tahu ianya adalah mudah. Pelik bukan? Kita mengatakan susah kerana belum mencuba. Telah membuat pilihan untuk tidak meneruskannya kerana pada pandangan kita ia adalah sukar namun siapa tahu jika ianya mudah bukan?

Persepsi yang pelbagai sering mempengaruhi kita membuat pilihan yang tidak tepat dan menjadikan kita dalam keadaan sukar untuk membuat pilihan. Selagi ia tidak melampaui batas kemampuan manusia, selagi itulah segala kemungkinan adalh tidak mustahil. Maka, mengapa sering berkata dan memberi jawapan TIDAK kepada pilihan kita? Semuanya atas pilihan kita sebenarnya. Sesuatu perkara, walaupun tidak mudah namun akan menjadi tidak susah jika sudah biasa.

Kita hanya membataskan kemampuan dan keupayaan diri dengan membuat pilihan yang tidak tepat. Contoh, kita belajar dengan tahap pembelajaran di aras 3. Aras 4 amatlah susah dan berisiko untuk gagal. Namun haruskah kita membuat pilihan, 'Oh, susahnya pembelajaran aras 4. Kalau begitu, aku tak nak lah ke aras 4.' Jika demikianlah pilihan yang kita buat, aras pembelajaran kita hanya statik di aras 3 tanpa ada kemajuan. Kita tidak akan maju ke hadapan dan hanya terperuk di sesuatu tahap sahaja. Bukankah rugi pilihan kita itu? Kita belum lagi mengalami dan melalui aras 4. Kita takkan pernah tahu adakah kita mampu menghadapi aras 4 itu kerana pilihan salah yang kita buat. Rugi bukan?

Hidup ini sebenarnya penuh dengan pilihan. Dari awal kita membuka mata sehinggalah menutupnya kembali. Bermula dengan pilihan untuk kita bangkit dari tidur atau meneruskan kembara mimpi sehinggalah pilihan untuk tidur ataupun berjaga malam. Kita selalu membuat keputusan sebenarnya, tetapi yang kita sering tidak sedari adalah tepatkah keputusan kita itu. Itu sahaja. Itulah kelemahan manusia sebenarnya. Bukan sering tepat membuat keputusan. Namun itu jugalah yang harus kita perbaiki dan mengurangkan kesilapan.

Dalam satu lagi contoh, kita ada pilihan untuk berpuasa atau tidak. Boleh sahaja kita tidak berpuasa atau sebaliknya. Namun pilihan kita itu juga harus rasional dan mempunyai sebab yang munasabah. Kita boleh membuat membuat pilihan untuk tidak berpuasa namun mengapa kita membuat pilihan itu? Apakah akibat dan kesan pilihan kita itu? Jika kita memilih untuk berpuasa, persoalan yang sama juga. Pilihan manakah yang sebaiknya? Tidak berpuasa kerana tak mahu menahan lapar dan berpuasa kerana menurut perintah Allah, menunaikan rukun Islam dan kewjipan seorang hamba Allah. Makanya, apabila sudah ada sebab-sebab untuk pilihan kita itu, maka kita bolehlah membuat pilihan sebenarnya.

Lihat, kita sentiasa ada pilihan. Setiap detik, pilihan sentiasa datang kepada kita untuk dipilih. Yang tinggal hanyalah diri kita. Kita yang memilih, maka bersedialah jua menerima kesan dan akibat dari pilihan kita itu. Sama ada baik atau sebaliknya. Kita yang membuat, kita harus menerima. Insya-Allah kebaikan dan manfaat akan selalu kita terima apabila membuat pilihan yang tepat. Mungkin setakat ini sahaja entri aku, dah tak tahu nak menaip apa. ^_^

Selamat malam semua dan doakan aku untuk 16 Oktober ni. Aduh, gabra lah pulak. Si gemuk, saya akan pergi! :) Tq for everything yek. Assalamualaikum....

~Memilih Si Gemuk adalah pilihan sukar yang pernah aku buat. Moga keputusan aku ini tepat dan dipermudahkan segala urusan. Bukan senang membuat pilihan melibatkan pasangan hidup~

Kronologi Mesyuarat Induk MAIT, Nostalgia Kicap dan Teruskan Perjuangan!!

Alhamdulillah, selesai jua mesyuarat lebih kurang setengah jam yang lepas. Aku sekarang di kelas lama aku, merenung diri, tak tahu nak buat apa. Fikiran kosong dan seolah-olah sudah mati. Pada yang dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing, aku doakan semoga selamat semuanya. Terima kasih atas kehadiran anda ke SM imtiaz YT Dungun (Atas) pada hari ini.

Mesyuarat induk kali pertama seakan-akan menjadi mimpi ngeri buat aku dan mereka yang berkenaan. Jelas, banyak lompong-lompong kelemahan dan kekurangan. Ketidakaturan organisasi menyebabkan aku ditegur oleh Tuan Pengarah Yayasan Terengganu sendiri kerana tiada Bendahari dalam struktur jawatankuasa. Tahniah kepada saudara Ahmad Hamizan dan Nur Amalina dari SM imtiaz YT Kuala Berang kerana dilantik sebagai Bendahari untuk penggal pertama ini. Teguran dari beliau ini aku ambil dengan positif untuk memantapkan jawatankuasa.

Mesyuarat yang dijadualkan sekitar satu jam hingga satu jam setengah meleret sehingga 3 jam lebih kurang. Alang-alang sudah berada di sini, kami cuba menutupi lompong-lompong kekurangan yang ada. Walaupun tidak sepenuhnya namun sudah memadai ada lompong yang sudah ditampung oleh kami dari tiada langsung lompong yang ditutup. Lompong ini agak luar biasa besarnya kerana masih tiada batu asas atau penanda aras. Maka kamilah perintis, kamilah pembuka haluan dan kamilah juga pemula perjalanan.

Mesyuarat yang dijadulakan bermula jam 10.30 pagi terlewat selama 15 minit (janji melayu, mungkinkah?) dan dimulakan oleh Cg Arida Suhana. Banyak titik kelemahan kami yang dibuka satu-persatu oleh beliau. Kami tidak berdendam kerana kami perlukan teguran dan bimbingan dari beliau yang jauh lebih berpengalaman dari kami. Aku sendiri secara peribadi mengakui kelamahan-kelemahan itu dan akan cuba untuk mengurangkannya kerana mustahil untuk 'zero error' dalam konteks begini.

Aku pula mengambil alih dan aku menjelaskan kepada ahli mesyuarat tujuan mesyuarat hari ini (aku pun tak pasti dyeorg faham ke tak ape yang aku cakap) dan usai bercakap, aku membahagikan surat pengesahan pelantikan dari Tuan Pengarah Yayasan Terengganu sendiri untuk kami (ahli perwakilan) kepada yang hadir pada hari ini. Surat yang 'besar' dan 'bukan main-main',kata Us. Sukri kerana ditandatangani sendiri oleh Tuan Pengarah Yayasan Terengganu, yang juga menandakan rasminya pemilihan kami dengan pengesahan khas dari beliau tersebut.

Agenda utama dimulakan dengan perangkaan aktiviti dan perancangan untuk tahun 2012. Pelbagai idea dilontarkan oleh ahli mesyuarat dan Cg. Arida sendiri. Akhirnya, 5 pelan telah dihasilkan dalam sesi perangkaan tersebut dan dimuktamadkan sebelum berpindah ke agenda yang seterusnya. Pelan tersebut bersifat 'secret' buat sementara ini dan akan diberitahu dari semasa ke semasa. Lima pelan yang pelbagai yang paling menarik adalah satu pelan dari wakil imtiaz Kuala Berang. Terima kasih atas cadangan anda dan saya akan mencuba untuk merealisasikannya. Kemudian Cg. Arida berundur diri kerana ada komitmen lain bersama pelajar SM imtiaz YT Kemaman. Terima kasih cikgu atas nasihat, cadangan, kritikan dan teguran yang saya sifatkan sebagai membina.


Kemudian giliran Us. Sukri ke hadapan dan bercakap serba sedikit (banyak sebenarnya) tentang hala tuju, tujuan, matlamat dan pelan srategik MAIT. Di sini semakin banyak terserlah lompong-lompong kekurangan dan kelemahan kami. Banyak yang masih kami perlu pelajari untuk meningkatkan prestasi dan kreadibiliti MAIT. 'Masalah itu biasa'. Itu kata-kata beliau yang masih terakam dalam ingatan. Beliau mencadangkan agar mesyuarat turut membincangkan tentang pelan srategik, matlamat, misi, visi dan pelbagai lagi yang masih belum lengkap pada kami. Masa bercakap tu, aku la yang paling banyak kena. Berapa kali beliau sebut nama aku. Kesian kat aku kan? Ngeee~ Dalam jam 12.30, beliau selesai bercakap dan aku mengambil alih lagi. Aku mengumumkan mesyuarat ditangguh sementara untu makan tengah hari dahulu. Mungkin ada yang terpinga-pinga kerana sepatutnya mesyuarat sudah berakhir namun memikirkan kata-kata Us. Sukri, 'Alang-lang semua dah ada, bincangkan selalu. Bukan senang nak berkumpul begini lagi sebab jadual masing-masing berbeza. Jadi, ambil masa sekejap membincangkan benda ni' So,aku fikir, apa salahnya kan? Aku juga mengumumkan bahawa sebentar nanti juga akan diadakan pemilihan Bendahari dek teguran dari Tuan Pengarah Yayasan Terengganu tersebut.


Makan tengah hari pula, mengingatkan kembali nostalgia makan sewaktu bersekolah dahulu. Makan makanan dewan makan, duduk di dewan makan, macam sama dengan dahulu. Apatah lagi adanya 'makanan asasi' iaitu KICAP! Hehe... Selepas makan, masuk bilik mesyuarat untuk bincang sedikit dengan perwakilan perempuan dan online! Laju pulak wifi dalam tu. Orang lain pun khusyuk je layan internet.After that, going to musolla and pray Zohor. Berjemaah lagi tu. Bagus betul ahliperwakilan ni kan? Ish3~


Masuk semula bilik mesyuarat, lepak-lepak dulu sebab tiada lagi wakil perempuan yang masuk. Macam-macam gelagatlah mereka ni. Aku pun sempat je ambil gambar guna Acer Crystal Eye Webcam sahaja sebab Cyberlink YouCam tak boleh bukak. Apa masalah pulaklah. Kecewa betul. So, tak cantik la gambar tu.
 Amir Semangat Sekali!
Then, perwakilan perempuan masuk beramai-ramai dan sambung balik agenda tadi. Selepas Bendahari baru telah dipilih, bermula pula perangkaan visi, misi dan pelan srategik MAIT. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun yang perempuan lebih banyak berusaha dari yang lelaki. Sempat jugak perwakilan dari Kuala Berang 'menyound' perwakilan lelaki ni. Garangnya, takutlah awak eh. Hehe~


Last sebelum bersurai, kami memuktamadkan perbincangan pada hari ini dan mungkin benar apa yang dikatakan Us. Sukri, akan ada banyak perjumpaan lagi selepas ini. Aku akui kerana hari ini sahaja, banyak yang belum 'dicover' oleh kami kerana kekangan masa dan ketidak kemasan (betul tak aku eja ni) organisasi. Mungkin akan ada satu lagi mesyuarat menyusul, cuma tarikhnya sahaja belum diketahui. Jarum jam sudah melebihi pukul 3 petang sewaktu aku menutup mesyuarat tadi. Bermakna kami telah bermesyuarat melebihi 3 jam. Satu tempoh yang agak lama kerana sasaran kami hanya satu jam hingga satu jam setengah sahaja.


Alhamdulillah, semuanya telah selesai dan aku juga merasakan beratnya tugasan ini. Rasa seolah-olah dah tak sanggup lagi. Tapi kuatkan semangat irfan yek. Ambil semuanya dengan positif. Ramai lagi sokongan di belakang. Si gemuk pun ada (jangan marah awak neh <3). She's always behind you (behind ke beside?). They also behind you. Don't give up! Jangan kecewakan mereka yang mengharap. Semangat2x!!


Dengan surat dari dengan rujukan 008/600/4/4(12) dari Tuan Pengarah Yayasan Terengganu, En. Zakaria Bin Yusof, bertarikh 24 Oktober 2011 diterima pada 25 Oktober 2011, maka rasmilah MAIT sebagai Alumni di bawah Yayasan Terengganu dan dengan surat itu juga, menauliahkan nama di dalam surat berkenaan sebagai Ahli Majlis Perwakilan MAIT Penggal Pertama berkuatkuasa dari 2011-2013. Semoga kami semua dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik. Insya-Allah. Doakan kami..

Need to rest, nak kosongkan fikiran. Dah malas nak fikir apa-apa buat masa sekarang. Wassalam...

-duk nampak hantu gemuk mengintai-ngintai. Ish3. Berat saya 42.3 kg. Mesti awak jeles kan? He333 :p :p -

Orang Yang Tidak Belajar Agama Lebih Baik Dari Yang Belajar Agama. Mungkinkah?

Assalamualaikum..

Malam ni entri aku akan berkisar tentang orang yang belajar agama vs orang yang tidak belajar agama. Lebih kepada perbandingan sahaja sebenarnya. Kenapa? Sebab ramai yang menghukum dari luaran. Pertamanya bukan ingin menghukum, menghentam mahupun mengata kepada golongan yang belajar agama. Minta maaf jika ada yang terasa. Baiklah, aku akan bangkitkan dua persoalan di sini...


"Orang yang belajar agama semestinya banyak amal ke seharian mereka?"
"Orang yang tak belajar agama ini semestinya banyak dosa ke seharian mereka?"


Semua orang boleh menjawab soalan ini. Cuma pendapatnya sahaja yang berbeza. Pandangan umum terhadap golongan yang belajar ini adalah baik, alim, menjadi ikutan dan contoh tauladan. Tetapi adakah golongan ini sempurna sangat sehingga tidak membuat dosa? Adakah golongan ini sentiasa membuat amal dalam hidupnya? Adakah golongan ini sentiasa cukup amal ibadatnya? Jawapannya, tidak sehingga mereka mengamalkan apa yang mereka pelajari.


Ramai yang belajar, ramai yang faham tetapi ramaikah yang melaksanakan? Seseorang itu, hatta hanya mengetahui hanya satu perkara tentang agama, solat contohnya, dia tahu bahawa solat itu wajib 5 waktu sehari, bermakna dia telah belajar dan faham tetapi persoalannya, adakah dia mengamalkan satu perkara ini? Aku petik kata-kata seorang ustaz, "Mereka yang belajar agama ini, jika melakukan sesuatu perkara yang salah sedangkan dia sudah mempelajarinya dan memahaminya, bergandalah dosa mereka". Wah, berganda~


Mereka belajar untuk menjaga aurat, belajar untuk menjaga perhubungan, belajar untuk melaksanakan amanah, belajar pelbagai lagi tuntutan agama tetapi setakat mana amalan yang dilakukan? Jika hanya belajar, tidak mengamalkannya, anda lebih teruk dari mereka yang tidak belajar agama. Lebih baik pula golongan yang tidak belajar ini kerana ada yang tidak tahu, ada yang masih belajar, ada yang masih belum faham. Tetapi jika sudah tahu, maka tidak termasuk lagi dalam golongan ini kerana sudah tahu. Maka, yang mana lebih baik? Yang belajar tetapi tidak mengamalkannya atau satu golongan lagi?


Golongan yang belajar agama juga belajar tentang 'Husnuzon'. Bersangka baik dalam bahasa melayu. Jika mereka melihat satu pasangan dating di taman, pasti ada yang dalam hatinya berkata 'Astaghfirullahalazim, maksiat tu'. Mereka sudah bersangka buruk tanpa mengetahui kebenaran kata hati mereka. Apatah lagi jika 'menyound' pasangan itu. Pasti tidak manis jika pasangan itu berkata kembali, "Belajar agama tapi suka pandang serong pada orang. Kami dah kahwin la!". Jika pasangan itu menceritakan kepada kawan-kawan mereka, "Budak agama sound kami tadi". Bukankah mendatangkan fitnah namanya? Menyabitkan orang yang belajar agama yang lain? Lebih baik orang yang tak belajar agama, mereka akan tengok macam tu sahaja tanpa berkata apa-apa. Bukankah lebih elok begitu dari membuat dosa dengan mengata orang lain?


Golongan yang belajar agama, ada yang di tempat mereka belajar itu menutup aurat dengan baik, menjaga tutur kata, memelihara kehormatan dan lain-lain tetapi apabila di tempat umum setelah tamat tempoh belajar, berubah dengan drastik. Ibaratkan seseorang itu mengenali kita sewaktu belajar dan berjumpa kembali dengan kita setelah kita habis belajar, dia mengatakan "Eh, dulu si Tipah ni tudung labuh, berbaju kurung, berstokin, pemalu tetapi sekarang kenapa tudung nipis macam kulit bawang, tudung kecik macam rudung paderi, seluar jeans ragged dengan t-shirt lengan pendek, kasut tumit tinggi tanpa stokin dan ketawa macam beruk di tempat awam?". Nah, walaupun ini contoh tapi jangan disangka ia tidak akan berlaku. Hipokrit bukan? Baik golongan yang tidak belajar agama, tidak perlu menipu diri sendiri dan jadi diri sendiri. Malah, ada sahaja mereka ini yang lebih baik dari golongan agama yang hipokrit di mana-mana pun.


Yang aku maksudkan di sini, bukan semua yang belajar agama mahupun yang tidak belajar agama. Hanya sebilangan dari kedua-dua golongan. Namun mereka yang sebilangan inilah yang mencorakkan pemikiran dan persepsi masyarakat terhadap golongan yang mereka wakili. Walaupun ada mereka dari golongan yang belajar agama jauh lebih baik dan mereka dari golongan yang tidak belajar agama yang jauh lebih jahat, ini adalah realiti yang terpaksa diterima. Hakikat tetap akan menjadi kebenaran dan tidak dapat disembunyikan.

Ilustrasi Seksaan Di Neraka. Mahukah Kita Tergolong??!

Aku akui, tujuan belajar agama adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah, merapatkan diri dengan Islam dan menghampiri Jannah selain ianya tuntutan agama. Namun apa gunanya belajar sekadar untuk memenuhi keinginan ibu bapa, untuk lebih kredit dalam peperiksaan atau mengikut syarat pihak sekolah/ipt tanpa mengamalkan ia? Seperti kita bermain-main dengan agama. Belajar tapi tidak beramal.Orang jenis apakah itu? Orang yang tidak belajar agama pun ada yang tidak berani bermain-main dengan agama, inikan orang yang belajar agama..!


Pokoknya, dari mana sekalipun kita ini, dari golongan yang belajar agama atau sebaliknya, semuanya terserah atas diri kita untuk melakukan yang terbaik. Hakimilah diri kita sebelum orang lain menghakimi dan sebelum Rabbul Jalil menghakimi. Dia tidak akan suka orang yang memainkan agamaNya. Sangat bagus belajar agama dengan syarat mengamalkannya. Yang tidak belajar, adalah lebih baik anda belajar sekarang. Nanti aku akan tulis fenomena bertaubat dan belajar agama apabila kubur sudah mula memanggil.


Setakat ini sahaja untuk malam ini, yang ingin aku katakan jadilah orang belajar agama yang lebih baik dari sekarang dan jadilah orang yang tidak belajar beragama yang baik,jauh dari kemurkaan Allah walaupun anda hanya menunaikan yang asas sahaja. Lebih baik dari orang yang belajar agama tetapi tidak menunaikan yang asas, apatah lagi yang tambahan walaupun sudah mempelajarinya. Yang penting, jangan hipokrit!


Selamat malam dan semoga entri ini dapat mengubah diri ini yang juga kekurangan dari banyak aspek. Insya-Allah. Sama-sama kita saling mendoakan antara satu sama lain. Wassalam~



Akhirnya..Aku Mengalah Jua.. =(

Assalamualaikum,Selamat Malam dan Salam Sejahtera..

Mesti ramai yang pelik, kenapa tajuk ni yang aku pilih. Sebelum ni duk pok pet pok pet cakap pasal jangan mengalah! Alih-alih, arini aku pulak yang mengalah. Salah ke nak mengalah ni? Soalan yang tak patut ditanya tetapi itulah persoalan yang bermain di fikiran aku ni.

'Kenapa dengan kau ni?'
'Jangan la wat camni'

'Jangan cepat lemah semangat'
'Tak yah letak jawatan la'


Ini je feedback yang aku ingat dari berpuluh-puluh yang aku baca. Nampaknya isu ura-ura aku untuk meletak jawatan dah menjadi kontroversi di Facebook dan jugak di fon aku. Letih la nak jawab. Maaflah kalau ada yang aku tak jawab tu. Dah la tu, dari banyak-banyak feedback, tak ada satu pun yang menyokong. Tak tahu la kalau selepas ni ada.


Dari hari sabtu (15/10/2011) lagi sebenarnya aku berfikir untuk letak jawatan. Aku dah ura-urakan kepada beberapa orang penting persatuan dan individu-individu lain. Anda semua tahu sebabnya bukan? Kalau ada yang tak tahu lagi, tengok entri aku sebelum entri ni. Ada aku ceritakan di situ. Beberapa jam yang lalu, akhirnya aku mengumumkan kemungkinan meletak jawatan dalam notis 72 jam ataupun 3 hari di Facebook buat pertama kalinya. Mujur satu je post yang aku update.

Printscreen Status FB

Komen yang aku highlightkan tu mungkin satu-satunya yang bersetuju tapi bernada ugutan. Yang paling kuat menentang, si dia. Pandai awak ugut saya erk. Yang lain pun sama, tengok je la komen-komen di atas tu. Bukan aku berniat untuk resign sangat, tapi yang anda semua rasa kalau orang lain buat salah tapi anda yang kena? Sebelum ada yang tak puas hati dengan aku, baik aku undur diri awal-awal. Tapi kalau dah macam ni, terpaksa aku fikirkan balik. So, .................

Saya dengan ini mengumumkan keputusan akhir saya, menarik balik hasrat untuk meletak jawatan dan meneruskan amanah dan tanggungjawab saya bagi jawatan berkenaan. Saya akan kekal untuk jawatan tersebut untuk penggal pertama, iaitu hingga tahun 2013. Saya juga tidak akan mencampur adukkan kepentingan persatuan dan masalah peribadi!

Puas hati semua?? Harapnya, selepas ini spekulasi ini dihentikan dan semua orang dapat tumpu tugas masing-masing. Jadi, tak salah jika aku mengalah, bukan? Jika difikirkan kembali, bukannya aku tunduk pada tekanan tetapi lebih kepada bertanggungjawab kepada organisasi dan ahli majlis perwakilan. Boleh saja aku tetap berkeras dengan keputusan untuk resign tetapi kadang-kadang kita perlu berfikir tindakan kita itu lebih kepada manfaat atau sebaliknya. Jika ia baik dan bermanfaat, fikirkan pula meanfaatnya itu untuk diri kita sahajakah atau orang lain juga. Jangan bersikap pentingkan diri dan membiarkan orang lain mendapat keburukan atas tindakan kita itu.

Satu sebab yang disedarkan oleh individu yang menentang adalah tiada siapa yang tahu selok-belok MAIT selain aku dan Che Lan. Che Lan sudah ditukarkan ke bahagian lain, sukar untuk berhubung dengan beliau kerana komitmen beliau untuk IMTIAZ sudah berkurang (mungkin). Menjadi kesukaran untuk aku terangkan satu persatu arah tuju, perjalanan lengkap atau apa-apa sahaja kepada yang akan menggantikan aku jika aku meletak jawatan. Biarlah pengganti di jawatan tersebut melihat terlebih dahulu corak perjalanan MAIT dan memahaminya sebelum mengambil alih. Maaf jika kedengaran riak, tetapi ini adalah satu hakikat yang menyumbang kepada keputusan penarikan balik meletak jawatan.

Sebut tentang MAIT, ini adalah Page Rasmi MAIT yang baru bermula kelmarin. Semua aktiviti yang berkaitan dengan Alumni akan diupdate di sini. Akhir sekali, aku harap keputusan yang aku ambil ini adalah yang terbaik untuk semua, adil untuk semua dan memuaskan hati semua pihak. Dalam hal ini, aku paling berterima kasih kepada Abg. Azwandi, iaitu Pegawai Bahagian Pengurusan Sekolah dan Pelajar di Bahagian Pengurusan IMTIAZ, Yayasan Terengganu yang telah banyak membantu hingga ke hari ini. Jazakallahukhairan Kathira.

Di mana pun anda berada, aku harap anda semua terus menyokong aku dalam mengharungi dugaan dan cabaran hidup. Hanya Allah yang boleh membalas.Akhir kata, tadi Terengganu menang 2-0 ke atas Selangor..! Peteh Ganu Peteh! ngeee~ Wassalam....

Jangan Nak Menyibuk Hal Orang Kalau Diri Sendiri Salah!!

Bismillah. Moga ditenangkan hati ketika menulis entri ini. Moga-moga terhindar dari sifat marah.

(Nama sekolah dirahsiakan!)

Hari ini aku nak tanya anda semua,apa pendapat anda tentang orang yang jenis suka menyabitkan orang lain bila dia ditangkap membuat kesalahan? Setuju? Tak setuju? Itu terserah kepada anda namun aku sendiri tidak bersetuju. Memang kebanyakan situasi kita kena menyabitkan orang seperti jika membuat jenayah, melanggar undang-undang ataupun sebagainya namun dalam hal aku ini, situasinya sedikit berbeza.

Kelmarin, aku diberitahu oleh si A bahawa ada kawannya si Z ni berkapel. Aku tak heran pun sebenarnya namun bila sampai kepada ayat 'Dia cakap nak bocorkan sekali rahsia kita (aku dan si A) kalau dia kena tangkap'. Ya, aku mengaku si A tu memang 'someone' dalam hidup aku tapi kami tak pernah buat apa-apa yang salah. Just berhubung sahaja. So?

Tak habis di situ sebenarnya, kerana itu ayat akhir. Maknanya, tergantung la ayat tu. Ayat awal berbunyi, 'Ada kawan saya ni,dia ni berkapel. Dia dengan kapel dia ni selalu dating dalam sekolah'. Harap anda faham dialog ni. Tak sangka kan, ada lagi manusia jenis macam ni. Oit, agak-agak la kalau nak dating dalam sekolah pun. Dalam sekolah, engkau ni pakai tudung labuh, tutup aurat dengan sempurna, hafal Quran, sembahyang lima waktu, pergi usrah tapi engkau pergi dating pulak ye? Dengan orang yang sama sifat pulak tu,cuma dia pakai kopiah dan jubah pergi musolla sebab lelaki. Dari engkau ni hipokrit, apa kata engkau pergi isi borang berhenti sekolah?!

Dah la buat salah, kemudian main ugut-ugut pulak. Banyak cantik muka engkau nak main report ni. Engkau yang bangang buat benda maksiat macam tu, kemudian nak sabitkan aku dengan si A yang tak pernah buat apa-apa pun. Wei minah, kami ni jumpa pun tak pernah tau tak?? Tak macam engkau ni yang selalu jumpa dalam sekolah! Engkau buat macam tu, memang la berisiko nak kena tangkap. Ada otak tak nak guna, ni la manusia yang tak reti bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.

Salah ke aku cakap dia ni jenis tak reti bersyukur?? Anda fikir, pada pagi hari dia bangun, Allah berikan nikmat hidup, nikmat bernafas dan nikmat oksigen tapi apabila sedang menggunakan nikmat tu, dia pergi dating. Aku tahu la sekolah tu,kalau dah namanya dating,takkan buat kat tempat terang-terangan dan terbuka. Mesti cari tempat yang tersembunyi jugak. Bila kat tempat tersembunyi tu, orang lain tak ada dan syaitan yang ada, macam-macam boleh jadi. Kalau kena tangkap la contohnya, boleh dikira berkhalwat tahu tak? Kalau kat sekolah engkau tu, kesalahan khalwat boleh dihukum gantung atau dibuang sebab katogeri 'A'. Kan??

 Siapa di tengah tu?

Yang aku tak puas hatinya, kalau kena tangkap, engkau nak sabitkan si A pulak? Kau mesti tahu kan kalau si A kena, aku pun terheret sekali. Atau engkau tak berani bagitahu aku tapi ugut si A je?? Kau tahu tak, kalau kau ugut si A tu, maknanya kau ugut aku sekali??! Aku tak takut lah weii, aku cuma kesiankan si A dan orang lain yang terheret sekali bila engkau kena tangkap walaupun dyeorang tak buat kerja jahanam macam kau buat tu!!

Bila aku tanya si B (kawan engkau jugak), dia cakap dia dah nasihatkan engkau banyak kali tapi engkau tak nak dengar. Si B ni cakap lagi yang engkau ni, dulu pernah wat macam ni tapi kemudian reda sekejap. Sekarang,engkau dah mula buat balik! Nampak sangat yang engkau ni tak pernah serik buat kerja macam ni kan?? Weiii, engkau jangan nak buat apa yang pernah berlaku dulu. Cukup dengan sejarah sekolah engkau beberapa tahun dulu. Jangan cemarkan nama baik sekolah engkau tu. Jangan kerana engkau sepasang, satu sekolah malu. Aku tak kisah sebab bukan sekolah aku tapi pandangan masyarakat pada sekolah engkau pulak??

Lagi satu, engkau ni orang agama. Beribu orang lagi belajar agama jugak. Ibaratkan tembelang bangang engkau tu dah pecah, habis masyarakat tahu. Bila dyeorang nampak orang lain, yang suci hati jiwa, yang berganda lebih baik dari engkau dan alim pulak tu, tetapi dikatakan masyarakat kepada orang ini 'Ala, orang alim ni bertudung labuh, berkopiah, mengaji, hafal Quran ni bukan baik sangat pun. Berkhalwat jugak. Buat jugak benda yang tak baik.' Kan tak pasal terjadinya fitnah?? Kau nak tanggung ke fitnah-fitnah tu??

So, engkau ni lah nila setitik yang merosakkan susu. Sebab engkau orang lain yang tak bersalah jadi mangsa. Aku teringat kata-kata pengetua aku semasa aku tingkatan satu dulu, 'Orang yang merosakkan agama adalah orang yang beragama juga'. Engkau termasuk ke? Nauzubillah...

Aku harap, engkau sedar balik apa yang kau dah buat ni. Stop it! Aku dah tak nak doa kau terima balasan tapi aku nak doa semoga engkau diberi kesedaran oleh Allah dan berubah. Kalau tak nak berubah, berambus dari sekolah tu. Anda semua yang membaca entri ini, tolong doakan budak ini dibuka pintu hatinya dan berubah. Bukan sebab aku nak selamat tapi aku memang tak boleh terima apa yang engkau buat, cara engkau ugut dan bila engkau ugut tu. Kalau engkau memang nak kenakan si A dan aku, lantak engkau lah. Tapi aku akan cari engkau kalau engkau pecahkan rahsia orang yang tak bersalah. Diaorang tak kacau engkau, tak susahkan engkau, tak sakitkan engkau, so jangan memandai nak khianati kawan-kawan engkau tu.

Kepada yang bersimpati, terima kasih banyak-banyak. Yang bagi rangsangan, nasihat dan kata-kata kepada aku, tak tahu macam mana nak cakap. Hanya Allah je yang mampu balas budi dan kebaikan kamu semua terutama yang sampai hari ini bagi perangsang kat aku. Syukran jiddan semua! Memang aku hargai sangat-sangat. Kepada yang aku cakap nak letak jawatan, ni la alasan utamanya. Aku memang akan letak jawatan dalam tempoh 24 jam selepas aku disabitkan. Aku tak nak sebab aku, orang lain dalam persatuan terkena tempiasnya. Biarlah aku kena atas dasar individu. Salam pengakhiran dari aku, mengharapkan ketenangan dan kesabaran sekarang. Wassalam..

~memang bengang dan jadi 'mikir' benda ni 24 jam. Insya-Allah aku akan cuba untuk melupakan~

Harry Potter - Golden Snitch