Ketika Jemari Menari Kembali & Jangan Mengalah!!~

Bismillahirrahmanirrahim..
Hari ini jari-jariku kembali ligat di atas 'keyboard' setelah sehari berehat tanpa entri. Aku pun manusia,ingin rehat dan kelapangan dalam hidup. Alhamdulillah,'comeback' aku dalam kancah blogging mendapat sambutan dengan statistik beratus kali page dalam blog ini dibuka dalam sehari. Majoriti dari Malaysia, diikuti Jordan dan Mesir. Paling mengejutkan adalah dari negara-negara lain (susunan mengkut jumlah) seperti United States, Germany, Indonesia dan Latvia. Yang aku perasan,peningkatan ini bermula sejak aku menulis entri yang bertajuk Revolusi,Komuniti SPM 2010 SMIYTD,Kronologi Group dan Kahwin/Jodoh. Terima kasih semua. Alhamdulillah..


Sebagai aspirasi buat semua, insyaAllah selepas ini aku akan terus bersuara melalui penulisan sebegini. Maaf jika ada kekasaran bahasa, menyerang individu atau persatuan, menimbulkan ketidak kesenangan bagi pihak-pihak tertentu ataupun apa-apa kesalahan dalam penulisan sebelum ini. Jika gaya bahasa aku ini dikritik,maaflah kerana aku tidak akan sesekali mengubahnya. Apa yang tertulis adalah pendapat, pandangan dan cadangan peribadi aku sendiri. Biarlah apa yang orang mahu kritik, aku tetap aku dan takkan sesekali mengalah dengan dugaan sebegini.


 
 -...Lihat Video Ini...-
(p/s: 'Pause'kan Music dahulu)
Yang aku pegang dalam hidup ini,"jangan mengalah,teruskan usaha dan kita akan mendapat hasilnya". Tak percaya? Kita lihat situasi ini "Aku ni tak bijak subjek Biologi,tak dapat score punye". Baiklah, jika kita mengalah, apa yang akan kita dapat? Apa yang kita dapat ialah nothing! Jangan nak mimpilah kita dapat score jika sudah mengalah awal-awal. Apatah lagi nak harap keajaiban dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang. Mungkin,Allah juga tidak akan membantu kita.

Kenapa? Sebab jika kita sudah mengalah,kita akan :
-Malas untuk berusaha
-Berfikiran negatif
-Bersikap ambil mudah terhadap sesuatu
-Badmood (mungkin)
-Tidak berkeyakinan

Lihat apa yang boleh berlaku jika kita mudah mengalah. Kebimbangan yang mungkin berlaku ialah keluarnya ayat sebegini dari mulut,"Aku tak boleh buat laa,asal kene jugak. Tak adil lah hidup ni!". Apa yang disalahkannya? Takdir! Eh,siapa yang menentukan takdir tu?? Allah kan?? So,Dia ni tak berkuasa ke untuk mengubah takdir tu?? "Habis tu,saya nak kena buat apa lagi?" Jawapannya mudah, usahalah terlebih dahulu. Bagaimana untuk membolehkan kita berusaha tu? Yakinlah kepada diri dan kemudian,jangan mengalah untuk menghadapi sesuatu. Apa kata kita hayati kisah di bawah....

Tidak mengalah biar pun cacat


RENJATAN elektrik bervoltan tinggi mengubah hidp Hairuman.

(Sumber: Utusan Malaysia)
"TATKALA pelupuk matanya terbuka, jauh di sudut hati anak muda ini menggambarkan bagaimana dia bakal menempuh 'alam baru' selepas tragedi menimpa hidupnya.
Kesempurnaan yang dimiliki selama ini berubah tiba-tiba setelah menjadi mangsa renjatan elektrik bervoltan tinggi dalam kejadian 26 November tahun lalu.
Ketika itu dia mengait buah kelapa sawit di sebuah kebun di Sungai Tengi Kanan Darat, Kuala Selangor. Siapa sangka rutin hariannya bertukar menjadi mala petaka.
Walaupun kejadian itu banyak meninggalkan kesan kekal tetapi Muhammad Hairuman Misnun, 22, yang lebih selesa disapa paman (pakcik dalam bahasa Jawa) menetapkan dalam kamus hidupnya bahawa itu adalah takdir yang diterimanya tanpa menoleh ke belakang.
"Mula-mula saya malu dan asyik memikirkan persepsi orang ramai dengan keadaan saya ini. Sampai bila saya harus pandang ke belakang.
" Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Lagipun di sini ramai juga kawan yang boleh menerima saya seadanya" jelas Hairuman dalam nada gembira ketika penulis sengaja memutarkan semula 'peristiwa' yang mengubah kehidupannya.
Kesempatan penulis bersama beliau di ambang Syawal di kediaman kakaknya di Kg. Kelan Slim River, Perak baru-baru ini bertujuan melihat dengan lebih dekat rutin sebagai insan 'istimewa' menjalani kehidupan baru.
Bertemankan kerusi roda, pergerakan Hairuman agak sedikit terbatas berbanding nikmat asal yang dikurniakan Allah.
Perit hanya Tuhan sahaja yang tahu. Disapa wajah yang penuh lirikan senyuman tatkala penulis muncul di pintu rumah kediaman beliau sambil 'lengan'nya memberi isyarat menjemput penulis masuk.
Saat memulakan penggambaran, kebetulan Hairuman ingin menunaikan solat Jumaat. Tentunya ia menjadi momen istimewa kamera penulis merakamkan kegiatan harian penuh beliau. Dibantu oleh abang ipar yang juga merupakan OKU penglihatan sedikit pun tidak menjejaskan penglihatannya untuk memandu ke masjid berhampiran.
"Saya sering membawa Hairuman setiap kali menunaikan solat Jumaat dan solat tarawih di Masjid Ehsaniah Kg. Kelan. Di sana ramai kenalan di antara jemaah yang hadir,'' bicara Muhammad Muzammier Taib sambil mengangkat kerusi roda pertama untuk dimasukan ke dalam bonet kereta.
Kecacatan
Beliau mengalami kecacatan penglihatan sebelah mata kanan akibat kemalangan motosikal enam tahun dahulu. Beliau jugalah antara teman setia Hairuman. Kebanyakan kerja membantu memudahkan pergerakan Hairuman, beliau jugalah yang meringankannya.
Aktiviti harian Hairuman tidak terbatas dengan adanya sokongan dari pihak keluarganya sendiri. Walaupun sudah 'berpindah' dari penempatan sebenar tetapi semangat anak muda ini tentang erti ketabahan tidak sekali luntur."

Lihat,mereka yang dalam keadaan tidak sempurna pun tidak pernah mengalah. Dia tidak pernah mengalah untuk meneruskan hidup. Tetapi kita yang lebih sempurna dari beliau, sesuka hati untuk mengalah sebelum mencuba. Tidak malukah kita dengan insan sebegini? Memang kita pernah mendengar kisah sebegini,kisah OKU yang berjaya, orang miskin yang berjaya, tentang ketabahan hidup tetapi pernahkah kita menghayati bagaimana golongan ini mengharungi hidup? Berusaha dalam keadaan kekurangan, tidak mengeluh ketika keperitan dan tidak menyalahkan takdir ketika kesusahan?? Nilaikan kembali, pernahkah kita menjadikan kisah-kisah sebegini sebagai semangat? Jika ya sekalipun,berapa lama 'semangat' itu bertahan? Seminggukah? Seharikah? atau hanya beberapa jam mahupun minit?

Fikirlah,apa yang kita manfaatkan dari anugerah Allah ini. Islam sendiri menyuruh kita berusaha sebelum tawakkal. Jika kita terlebih dahulu mengalah,bagaimana ingin berusaha? Sebilangan manusia hari ini,jika sedang bersukan, tahu sangat untuk tidak mengalah sehingga ke penghabisan tetapi adalah diaplikasikan ke dalam hidup seharian? Renunglah demi diri sendiri,apa gunanya anugerah Allah pada tubuh badan kita ini jika tidak digunakan sebaiknya? Pada hari pembalasan kelak, apa yang mahu dijawab jika ditanya apa yang sudah kita manfaatkan dengan Anugerah Allah ini? Pasti kelu untuk menjawab jika kita sudah mengalah sebelum mencuba.

Aku pasti,banyak yang akan kita dapat dan perolehi jika tidak mengalah. Selain keyakinan yang akan menguatkan diri ini, kita juga dapat melatih diri dengan ketentuan Tuhan. Kita tidak mengalah dengan sesuatu itu,kita mencuba sedaya upaya tetapi hasilnya tidak seberapa namun kita tahu apa yang telah kita lakukan (ada juga yang menyalahkan takdir). Selain itu,mungkin hasil yang kita dapat akan lebih baik dari sebelumnya. Manalah tahu kan? Aku rasa korang semua boleh fikir manfaat jika tidak mengalah. Gunakan akal fikiran kita ni,dan renunglah sejenak.

Akhir sekali,aku harap korang semua takkan mengalah sebelum mencuba. Walau berapa kali pun mencuba,janganlah mengalah selagi mampu. Jadikan percubaan kita itu sebagai latihan. "Practise Make Perfect". So,manalah tahu kesempurnaan tu akan hadir selepas banyak kali mencuba. Tetapi jika sudah mengalah awal-awal,kesempurnaan tu takkan datang. So,jangan mengalah dan teruskan perjuangan!!

~Entri bidang terjun ni aku maen taip je. Tiada idea sebenarnya tadi namun kerana desakan beberapa individu,aku tulis je la apa-apa pun. Thanks to someone that always be behind me. Semoga dirimu mendapat balasan yang setimpal dari-Nya,insya-Allah~


Harry Potter - Golden Snitch