Kesungguhan Mendahului Kehandalan 0_0

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah,malam (awal pagi secara tepatnya) ni masih diberi kesempatan untuk menaip satu entri yang bertajuk seperti di atas. Tadi tengah chat dengan seorang sahabat (boleh dikatakan sifu),maka tiba-tiba keluarlah perkataan tersebut di skrin chat. Maka,mengapa tidak ia dijadikan tajuk dan bahan entri pada malam ini.

Snapshot Chat Facebook

Ya,KESUNGGUHAN MENDAHULUI KEHANDALAN. Bermakana,sehandal mana pun seseorang itu,hebat lagi bagi insan yang berusaha lebih gigih untuk mendapatkannya. Sesungguhnya,Allah memandang usaha yang kita telah lakukan. Bagi aku sendiri secara peribadinya,orang yang susah untuk menjadi handal dalam sesuatu hal tapi berusaha gigih bagi menggapainya,adalah lebih baik dari insan yang sudah sedia handal dalam hal tersebut.

Dalam hal ini,aku terimbas kembali cebisan memori yang hampir dilupakan dari ingatan. Satu peristiwa pada 2006,ketika aku di tingkatan 1. Guru tasmi' aku pada masa tersebut adalah Ustaz Nazri. Halaqah C,halaqah yang menempatkan mereka-mereka yang rendah dari segi hafazan Al-Quran. Satu nasihat beliau yang amat bermakna kepada ahli halaqah ialah,'tidak mengapa awak tidak laju menghafal asalkan awak berusaha untuk menghafal. Mereka yang susah nak menghafal ni tapi tetap berusaha untuk menghafal,pahalanya adalah berganda dari mereka yang laju menghafal.'

Relavennya di sini kerana,andai kata orang yang laju menghafal membaca sebanyak 10 kali untuk mengingati satu ayat tetapi yang agak lambat ini 30 kali,siapa yang lebih untung sebenarnya? Satu huruf jika dibaca ada pahalanya,kita ibaratkan satu baris tu ade 50 huruf dan 50 pahala. Jika dibaca 10 kali,500 pahala tetapi jika dibaca 30 kali,1500 pahala! Aku bukan memandai mengatakan sebanyak itu pahala,tetapi ingin memberitahu bergandanya pahala yang 'agak kurang handal ini'. Maka,kata-kata sahabatku ini amat-amatlah relaven dan logik.

Satu faktor yang lain mengapa kesungguhan ini mendahului kehandalan ialah,seperti kata sahabatku tadi,Istiqamah dapat dizahirkan. Bukan ingin mengatakan yang handal tidak Istiqamah,tidak sama sekali,tetapi yang berusaha itulah boleh dikatakan Istiqamah. Malah sifat yang lain seperti Sabar,Rajin dan lain-lain yang positif dapat dididik dalam diri. Tetapi banyak juga yang kurang handal ini malas berusaha. 'Alah,aku kan tak berapa pandai,kenapa aku kena buat'. Sesuatu yang biasa dalam diri kebanyakan manusia. Habis tu kalau begitu,kenapa ada kata-kata 'Man Jadda Wajada,Waman Zara'a Hasoda?

Ramai yang tahu ertinya tetapi ramai mana yang mengaplikasikannya? 'Ye,aku tahu la tapi...',adanya perkataan tapi itu kebiasaannya adalah ALASAN! Jangan gunakan tapi sebelum berusaha! Adakah anda tahu yang anda memang tidak akan berjaya sebelum berusaha terlebih dahulu? Hanya anda yang mengenal diri sendiri. So,terakhir dari aku,yang aku fikir sesuai untuk mereka yang kurang handal ni (pendapat aku la,maaf kalau silap):
-Berusaha bersungguh-sungguh
-Buang sifat malas (aku ni pon malas jugak,hehe)
-Jangan cari alasan
-Mencari jalan dan cara untuk mencapai kehendak kita
-Cuba kita lengkapi diri kita dari apa-apa kekurangan. Bukan menjadi sempurna sangat-sangat (nobody perfect k!) tapi cuba tampung kekurangan diri.

Akhir kata,apa kata jika bermula hari ini,kita cuba suburkan dalam diri sifat berusaha walaupun dalam bidang yang kita kurang atau tak handal langsung. Manalah tahu,kita akan berjaya jika berusaha. 'Belakang Parang Diasah Lagikan Tajam'. Fikir-fikirkanlah yek. Selamat menjadi orang yang lebih berusaha selepas ini yek..Insya-Allah..

-TQ sahabat atas kata-kata yang bermakna dan memberi peringatan itu. 



Harry Potter - Golden Snitch