Orang Yang Tidak Belajar Agama Lebih Baik Dari Yang Belajar Agama. Mungkinkah?

Assalamualaikum..

Malam ni entri aku akan berkisar tentang orang yang belajar agama vs orang yang tidak belajar agama. Lebih kepada perbandingan sahaja sebenarnya. Kenapa? Sebab ramai yang menghukum dari luaran. Pertamanya bukan ingin menghukum, menghentam mahupun mengata kepada golongan yang belajar agama. Minta maaf jika ada yang terasa. Baiklah, aku akan bangkitkan dua persoalan di sini...


"Orang yang belajar agama semestinya banyak amal ke seharian mereka?"
"Orang yang tak belajar agama ini semestinya banyak dosa ke seharian mereka?"


Semua orang boleh menjawab soalan ini. Cuma pendapatnya sahaja yang berbeza. Pandangan umum terhadap golongan yang belajar ini adalah baik, alim, menjadi ikutan dan contoh tauladan. Tetapi adakah golongan ini sempurna sangat sehingga tidak membuat dosa? Adakah golongan ini sentiasa membuat amal dalam hidupnya? Adakah golongan ini sentiasa cukup amal ibadatnya? Jawapannya, tidak sehingga mereka mengamalkan apa yang mereka pelajari.


Ramai yang belajar, ramai yang faham tetapi ramaikah yang melaksanakan? Seseorang itu, hatta hanya mengetahui hanya satu perkara tentang agama, solat contohnya, dia tahu bahawa solat itu wajib 5 waktu sehari, bermakna dia telah belajar dan faham tetapi persoalannya, adakah dia mengamalkan satu perkara ini? Aku petik kata-kata seorang ustaz, "Mereka yang belajar agama ini, jika melakukan sesuatu perkara yang salah sedangkan dia sudah mempelajarinya dan memahaminya, bergandalah dosa mereka". Wah, berganda~


Mereka belajar untuk menjaga aurat, belajar untuk menjaga perhubungan, belajar untuk melaksanakan amanah, belajar pelbagai lagi tuntutan agama tetapi setakat mana amalan yang dilakukan? Jika hanya belajar, tidak mengamalkannya, anda lebih teruk dari mereka yang tidak belajar agama. Lebih baik pula golongan yang tidak belajar ini kerana ada yang tidak tahu, ada yang masih belajar, ada yang masih belum faham. Tetapi jika sudah tahu, maka tidak termasuk lagi dalam golongan ini kerana sudah tahu. Maka, yang mana lebih baik? Yang belajar tetapi tidak mengamalkannya atau satu golongan lagi?


Golongan yang belajar agama juga belajar tentang 'Husnuzon'. Bersangka baik dalam bahasa melayu. Jika mereka melihat satu pasangan dating di taman, pasti ada yang dalam hatinya berkata 'Astaghfirullahalazim, maksiat tu'. Mereka sudah bersangka buruk tanpa mengetahui kebenaran kata hati mereka. Apatah lagi jika 'menyound' pasangan itu. Pasti tidak manis jika pasangan itu berkata kembali, "Belajar agama tapi suka pandang serong pada orang. Kami dah kahwin la!". Jika pasangan itu menceritakan kepada kawan-kawan mereka, "Budak agama sound kami tadi". Bukankah mendatangkan fitnah namanya? Menyabitkan orang yang belajar agama yang lain? Lebih baik orang yang tak belajar agama, mereka akan tengok macam tu sahaja tanpa berkata apa-apa. Bukankah lebih elok begitu dari membuat dosa dengan mengata orang lain?


Golongan yang belajar agama, ada yang di tempat mereka belajar itu menutup aurat dengan baik, menjaga tutur kata, memelihara kehormatan dan lain-lain tetapi apabila di tempat umum setelah tamat tempoh belajar, berubah dengan drastik. Ibaratkan seseorang itu mengenali kita sewaktu belajar dan berjumpa kembali dengan kita setelah kita habis belajar, dia mengatakan "Eh, dulu si Tipah ni tudung labuh, berbaju kurung, berstokin, pemalu tetapi sekarang kenapa tudung nipis macam kulit bawang, tudung kecik macam rudung paderi, seluar jeans ragged dengan t-shirt lengan pendek, kasut tumit tinggi tanpa stokin dan ketawa macam beruk di tempat awam?". Nah, walaupun ini contoh tapi jangan disangka ia tidak akan berlaku. Hipokrit bukan? Baik golongan yang tidak belajar agama, tidak perlu menipu diri sendiri dan jadi diri sendiri. Malah, ada sahaja mereka ini yang lebih baik dari golongan agama yang hipokrit di mana-mana pun.


Yang aku maksudkan di sini, bukan semua yang belajar agama mahupun yang tidak belajar agama. Hanya sebilangan dari kedua-dua golongan. Namun mereka yang sebilangan inilah yang mencorakkan pemikiran dan persepsi masyarakat terhadap golongan yang mereka wakili. Walaupun ada mereka dari golongan yang belajar agama jauh lebih baik dan mereka dari golongan yang tidak belajar agama yang jauh lebih jahat, ini adalah realiti yang terpaksa diterima. Hakikat tetap akan menjadi kebenaran dan tidak dapat disembunyikan.

Ilustrasi Seksaan Di Neraka. Mahukah Kita Tergolong??!

Aku akui, tujuan belajar agama adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah, merapatkan diri dengan Islam dan menghampiri Jannah selain ianya tuntutan agama. Namun apa gunanya belajar sekadar untuk memenuhi keinginan ibu bapa, untuk lebih kredit dalam peperiksaan atau mengikut syarat pihak sekolah/ipt tanpa mengamalkan ia? Seperti kita bermain-main dengan agama. Belajar tapi tidak beramal.Orang jenis apakah itu? Orang yang tidak belajar agama pun ada yang tidak berani bermain-main dengan agama, inikan orang yang belajar agama..!


Pokoknya, dari mana sekalipun kita ini, dari golongan yang belajar agama atau sebaliknya, semuanya terserah atas diri kita untuk melakukan yang terbaik. Hakimilah diri kita sebelum orang lain menghakimi dan sebelum Rabbul Jalil menghakimi. Dia tidak akan suka orang yang memainkan agamaNya. Sangat bagus belajar agama dengan syarat mengamalkannya. Yang tidak belajar, adalah lebih baik anda belajar sekarang. Nanti aku akan tulis fenomena bertaubat dan belajar agama apabila kubur sudah mula memanggil.


Setakat ini sahaja untuk malam ini, yang ingin aku katakan jadilah orang belajar agama yang lebih baik dari sekarang dan jadilah orang yang tidak belajar beragama yang baik,jauh dari kemurkaan Allah walaupun anda hanya menunaikan yang asas sahaja. Lebih baik dari orang yang belajar agama tetapi tidak menunaikan yang asas, apatah lagi yang tambahan walaupun sudah mempelajarinya. Yang penting, jangan hipokrit!


Selamat malam dan semoga entri ini dapat mengubah diri ini yang juga kekurangan dari banyak aspek. Insya-Allah. Sama-sama kita saling mendoakan antara satu sama lain. Wassalam~



Harry Potter - Golden Snitch