Cabaran Ramadhan,IMTIAZ dan Alumni

Salam akhir Syaaban semua.. Apa khabar agaknya iman kamu semua hari ni?nampak mcm sakit teruk je..umm,sekarang,buat pertama kalinya,aku menulis entri blog di bumi imtiaz Dungun..yeah,di sini aku akan tidur malam ni..aku baru balik dari kuantan ni..tak balik umah lagi,terus singgah ke sini..mase kat kemaman lagi Ahnaf da telefon..ape laa...ehtengok tu,Daus,Syahir,Aiman,Pok Jak ngan Ahnaf da keras tidur tapi aku nak siapkan entri ni sikit lagi..
Ramadhan oh Ramadhan..bakal menjelma sebentar sahaja lagi..beberapa hari ibarat beberapa jam sahaja..ghairah menggunung dalam hati..thanks to 'awk' alias pingu sbb wish for the coming Ramadhan..buat kali pertamanya selepas lima tahun,aku menyambut ramadhan berseorangan,di dunia penuh pancaroba,menjanjikan tatapan insan yang fasiq..
Hari pertama Ramadhan,hari pertama jugak peperiksaan dalam semester 1 ni..mengikut jadual UTM,memang peperiksaan jatuh pada hari tersebut..ya,exam pada hari puasa..seribu satu cabaran namun tak siapa boleh menyangkal kuasa Allah..puasa memberikan kekuatan spiritual,so,insyaAllah semua akan jadi kuat dengan spiritual sebegitu..sebut pasal exam,seriously,aku tak prepare lagi..semuanya macam kabur je..kelas pon da ade yang miss,ceramah pon aku ponteng,Ya Allah,ape da jadi ngan aku ni..takkan stress+frust lagi kot...huhhh
 
The second one,insyaAllah,aku akan jadi imam terawih di IKIP selama 14 hari..aduhhh,macam mana ni..aku tak ready la..masa aku diberitahu tu,name da disubmit..eiiii,geramnye..gane ni,gane ni..mati la aku..bile ditampilkan imej alim,gini la jadinya..i don't mind la orang panggil aku ustaz,imam muda,tok imam,haji,aku tak pernah marah pon,even aku punye lecturer pon panggil aku ustaz,never mind la,tapi bab jadi imam terawih ni,,adoyaiiii,susah la skit..ternanti-nanti ape yang bakal terjadi Ramadhan ini..
Last subtopic aku malam ni,tentang Alumni IMTIAZ..minggu ni la paling sibuk bagi aku..Isnin malam,selepas habis ceramah kerjaya dan pengurusan emosi di IKIP 5,buka facebook dan that is,a message from Ketua Penolong Pengarah Yayasan Terengganu (Bhg. Pengurusan IMTIAZ),an order to begin the MAIT's registering activity..create form pendaftaran,kawal aturan penghantaran,modified ble ade yang down,n byk lagi la..n Alhamdulillah,group khusus untuk alumni dah dicreate dan bermula peranan sebagai penghubung kepada alumni.Pendaftaran pon berjalan dengan baik dan survey awal Majlis Perasmian Pelancaran Majlis Alumni Ulul-Albab IMTIAZ Terengganu (MAIT) & Jamuan Sambutan Hari Raya Alumni IMTIAZ da dibuat dan keputusan penuh akan disubmit bersama kertas kerja program..macam mana nak cakap ah,memang sibuk la minggu ni..susah3..website pon berterabur pulok doh..aihhh,susah jadi webmaster ni..
K la,no else..banyak nak cakap ni,tapi kene pendekkan je..ow,petang tadi ade majlis kat Vistana Hotel..best jugak makan..tapi siyes,aku x berminat dengan program camtu..majlis syaitan tu..nytez all..daa~to awk,tata,titi,tutu (the words u always use to me but no longer rite?)..Salam..

Menanti Detik Tibanya Ramadhan

Salam pengakhiran Syaaban kepada semua..Allahummaba Riklana Fi Syaaban Wa Baligna Ramadhan.. Bulan yang mulia hampir menjelma,masa semakin suntuk untuk menyambutnya datang.. Persiapan kita? Tiada siapa yang tahu tentang amalan individu yang lain melainkan tuan punya badan.. Jadi,jawab la sementara masih berkesempatan,selagi nyawa pinjaman tuhan masih ujud dalam diri.. Sempurnakah amalan kita untuk menyambutnya? Jika tidak,apakah usaha kita untuk menyempurnakannya??

Tidak malukah kita menyambut sesuatu yang mulia sedangkan kita dalam keadaan compang-camping,carik sini-sana dan menampakkan kecacatan yang jelas dek ketidaksempurnaan ibadat kita..mana mungkin,kita mengharapkan berkat Ramadhan sampai kepada kita sedangkan solat pon kita tidak laksanakan..sudah jelas di dalam hadis tentang 5 aspek terdirinya agama dan salah satunya adalah solat..jika tidak solat,tidaklah sempurna Islam kita..so,kepada yang mana-mana tak solat tu,anda bukan Muslim yang sebenar..anda hanya Islam pada nama..tak perlulah puasa kerana puasa anda itu ditakrifkan sebagai sah tetapi tidak diterima..hanya lapar dan dahaga yang anda dapat..kerana,anda telah kufur kepada perintah Allah di dalam Al-Quran yang menuntut anda menunaikan solat..

Dalam pengalamanku dan pengamatanku sendiri,hidup di sini banyak cubaan dan cabarannya.. dapat ku rasakan,di sini tidak 'ngam' dengan jiwaku..insyaAllah,jika ada rezeki,ku akan keluar juga dari tempat ini jika diizinkan Tuhan..jika tiada rezekiku di bumi IPTA,insyaAllah di sinilah aku terus berkelana sehingga tamat pengajianku di peringkat diploma..bercakap tentang di sini,nauzubillah,bumi ini juga adalah bumi jahiliah moden..bumi penuh dosa..bumi penuh noda sehingga menerbitkan bibit-bibit kebencian dalam diriku..ini bukan artikel fitnah,memprovokasi,serangan siber atau apa-apa sewaktu dengannya tetapi hanya luahan hati,nukilan rasa jiwa..jika ada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati,prove me wrong..

Dengan lelaki bersubang,berantai,bergelang tangan serta kaki,bukankah itu golongan yang dilaknat oleh tuhan kerana menyerupai wanita dan memakai perhiasan wanita?dan wanita yang menyerupai lelaki,kononnya ko boleh sembunyikan hakikat yang ko tu wanita??plis go to hell yep lau anda-anda semua berfikiran begitu..tak sanggup mata berdosa melihat banyak lagi 'orang-orang jahiliah' ni buat..orang yang macam ni,da tak boleh dididik sebab mereka bukan tak tahu hukum agama,bukan baru menjadi muslim,bukan baru belajar agama,bahkan mereka sengaja membutakan hati mereka dari mengikut jalan kebenaran..slogan 'tua nanti bertaubat dan buat amal banyak-banyak la' memang suka dipraktikkan orang jahiliah sekarang..lupa ke,antara soalan yang paling berat di akhirat adalah tentang masa muda kita..so,lau lu pikir macam tu,lu boleh tempah itu tiket,pergi masuk NERAKA free-free je..lu tak suka pergi itu surau atau masjid,nanti bila lu susah lu jangan pandai-pandai buat tak malu pergi ke sana mintak jemaah doakan dan wat solat hajat..sorry to say la bro,tengah lu enjoy lu mampus bodo cam sial,lu nak bawak apa sebagai bekalan kat akhirat nanti??answer me la lau lu pandai sangat nak enjoy dulu..

Umm,ape nak jadi la kan..nak kate bodoh,mustahil..boleh pulak belajar tinggi-tinggi..nak kata tak belajar,napok sangat menipunye~malu nak belajar agama,search kat internet je la..kalau hati tu tak nak,tak payah bagi alasan la..memang banyak alasan bodoh-bodoh lu olang sume kasi..nak tengok ramadhan ni ape cerita..kalau takde perubahan jugak,nak isytiharkan kamu semua yang berkenaan sebagai buta hati..salah?prove me wrong..!


Back to topic,bukan nak menyimpang dari tajuk sangat tetapi bila hati dah tak tahan dengan semua tu,memang la tak boleh nak tahan..ape-ape pun,sampai di sini dulu coretanku..jumpe di lain kesempatan pulak..insyaAllah..Assalamualaikum..

~mengharapkan bantuanMu Ya Allah dalam i'tiqadku dalam melengkapkan diriku menyambut Ramadhan Al-Mubarak..tolonglah aku Ya Allah~

Pertemuan Bersama KPP Yayasan Terengganu

28 Julai 2011 yang lalu,bersamaan dengan hari selasa,aku telah ke ibu pejabat Yayasan Terengganu..selain bertujuan mengambil duit saguhati Yayasan Terengganu kerana melanjutkan pelajaran dalam program diploma yang berjumlah RM 750.00,tujuan utama aku ialah ke Bahagian Pengurusan IMTIAZ,Yayasan Terengganu,kerana telah mendapat persetujuan Che Lan untuk diadakan pertemuan pada hari tersebut..turut serta bersamaku pada hari tersebut ialah seorang pelajar banat dari IMTIAZ K.Terengganu..
Selepas beratur menunggu giliran,akhirnya urusan tu selesai apabila hampir pukul 1 tengah hari..lepas selesai tu,ingatkan nak angkat kaki dah bla dari situ,tapi tiba2 dapat panggilan telefon,aku diminta ke bilik Che Lan..aduhhh,aku ingatkan urusan tu dapat banat tu selesaikan tapi dop lagi upenye..then aku gi la ke Bahagian Pengurusan IMTIAZ tu..masa aku masuk dalam bilik Che Lan,yang ade kat situ,Che Lan,banat tu,Abg Azwandi dan Abg Ijam..ade sedikit pembentangan bajet untuk robotik imtiaz dan kertas kerja..aku hanya memerhati dan mendengar..
ok,urusan tu dah selesai..sekarang,our turn..ouh,tak ingat nak cakap,perjumpaan hari tu ialah berkenaan MAJLIS ALUMNI ULUL-ALBAB IMTIAZ TERENGGANU atau singkatannya MAIT..hasil perjumpaan tu,beberapa dasar telah diubah dan ditambah untuk menjadikannya badan yang unggul di bawah Bahagian Pengurusan IMTIAZ..antara dasar yang telah diubah dan telah ditambah ialah :


1)keahlian dibuka kpd sume yg pernah belajar di imtiaz atas dasar pernah mengenali imtiaz
2)perwakilan mst ade dari semua imtiaz (kcuali kmaman)
3)Surat rasmi akan mggunapakai letter head YT seperti surat rasmi YT laen
4)Keahlian bagaimanapun bebas kepada pelajar sama ada ingin mendaftar atau tidak tetapi sebarang program tidak boleh melibatkan pelajar yang tidak berdaftar.
5)Yuran keahlian akan dikenakan (KPP mncadangkan RM1 atau RM2) sbgai dana tambahan majlis
6)Peruntukan untuk alumni adalah melebihi 20k tapi jumlah sebenar tidak boleh diberitahu
7)website alumni akan didomainkan dengan peruntukan dari YT
8)link akan diletakkan di website www.myimtiaz.com.my
9)aktiviti terdekat ialah Majlis Pelancaran Majlis Alumnni Ulul-Albab IMTIAZ Terengganu (MAIT) sekali dengan jamuan hari raya..tempat,dewan besar IMTIAZ YT KT atau IMTIAZ YT KB,tarikh dicadangkan KPP hari raya ke-3 atau ke-4,bergantung kepada keputusan KPP..
10)Para Alumni yang Hafiz dan Hafizah bakal mendapat peranan yang lebih besar dalam memantapkan Quran dalam insitusi IMTIAZ melalui banyak program yang akan diaturkan..

input yang paling di'highlit'kan pada akhir pertemuan adalah,penubuhan MAIT selaku badan alumni di bawah Bahagian Pengurusan IMTIAZ,Yayasan Terengganu telah DILULUSKAN dengan rasminya oleh Ketua Penolong Pengarah Yayasan Terengganu (Bahagian Pengurusan IMTIAZ)..setelah pertemuan yang memakan masa +/- sejam tersebut,nampaknya menunjukkan impak yang positif..sekarang,Majlis Perwakilan dalam proses menyiapkan kertas kerja Majlis Pelancaran Majlis Alumni Ulul-Albab IMTIAZ Terengganu (MAIT) dan Jamuan Sambutan Hari Raya MAIT 2011..

nampaknya,semua alumni imtiaz bakal bersatu di bawah naungan,di bawah satu badan yang lebih kukuh dan stabil kerana bernaung di bawah pengurusan induk IMTIAZ..doakan kejayaan kami semua para Alumni serta kami selaku Ahli Majlis Perwakilan MAIT..nantikan satu pengurusan yang agresif dan proaktif dari kami..insyaAllah...

p/s:para alumni patut menantikan program-program khusus untuk korang sebagai salah satu usaha kami dalam memartabatkan Alumni..^_^

Harry Potter - Golden Snitch