Pertemuan Bersama KPP Yayasan Terengganu

28 Julai 2011 yang lalu,bersamaan dengan hari selasa,aku telah ke ibu pejabat Yayasan Terengganu..selain bertujuan mengambil duit saguhati Yayasan Terengganu kerana melanjutkan pelajaran dalam program diploma yang berjumlah RM 750.00,tujuan utama aku ialah ke Bahagian Pengurusan IMTIAZ,Yayasan Terengganu,kerana telah mendapat persetujuan Che Lan untuk diadakan pertemuan pada hari tersebut..turut serta bersamaku pada hari tersebut ialah seorang pelajar banat dari IMTIAZ K.Terengganu..

Selepas beratur menunggu giliran,akhirnya urusan tu selesai apabila hampir pukul 1 tengah hari..lepas selesai tu,ingatkan nak angkat kaki dah bla dari situ,tapi tiba2 dapat panggilan telefon,aku diminta ke bilik Che Lan..aduhhh,aku ingatkan urusan tu dapat banat tu selesaikan tapi dop lagi upenye..then aku gi la ke Bahagian Pengurusan IMTIAZ tu..masa aku masuk dalam bilik Che Lan,yang ade kat situ,Che Lan,banat tu,Abg Azwandi dan Abg Ijam..ade sedikit pembentangan bajet untuk robotik imtiaz dan kertas kerja..aku hanya memerhati dan mendengar..
ok,urusan tu dah selesai..sekarang,our turn..ouh,tak ingat nak cakap,perjumpaan hari tu ialah berkenaan MAJLIS ALUMNI ULUL-ALBAB IMTIAZ TERENGGANU atau singkatannya MAIT..hasil perjumpaan tu,beberapa dasar telah diubah dan ditambah untuk menjadikannya badan yang unggul di bawah Bahagian Pengurusan IMTIAZ..antara dasar yang telah diubah dan telah ditambah ialah :


1)keahlian dibuka kpd sume yg pernah belajar di imtiaz atas dasar pernah mengenali imtiaz
2)perwakilan mst ade dari semua imtiaz (kcuali kmaman)
3)Surat rasmi akan mggunapakai letter head YT seperti surat rasmi YT laen
4)Keahlian bagaimanapun bebas kepada pelajar sama ada ingin mendaftar atau tidak tetapi sebarang program tidak boleh melibatkan pelajar yang tidak berdaftar.
5)Yuran keahlian akan dikenakan (KPP mncadangkan RM1 atau RM2) sbgai dana tambahan majlis
6)Peruntukan untuk alumni adalah melebihi 20k tapi jumlah sebenar tidak boleh diberitahu
7)website alumni akan didomainkan dengan peruntukan dari YT
8)link akan diletakkan di website www.myimtiaz.com.my
9)aktiviti terdekat ialah Majlis Pelancaran Majlis Alumnni Ulul-Albab IMTIAZ Terengganu (MAIT) sekali dengan jamuan hari raya..tempat,dewan besar IMTIAZ YT KT atau IMTIAZ YT KB,tarikh dicadangkan KPP hari raya ke-3 atau ke-4,bergantung kepada keputusan KPP..
10)Para Alumni yang Hafiz dan Hafizah bakal mendapat peranan yang lebih besar dalam memantapkan Quran dalam insitusi IMTIAZ melalui banyak program yang akan diaturkan..

input yang paling di'highlit'kan pada akhir pertemuan adalah,penubuhan MAIT selaku badan alumni di bawah Bahagian Pengurusan IMTIAZ,Yayasan Terengganu telah DILULUSKAN dengan rasminya oleh Ketua Penolong Pengarah Yayasan Terengganu (Bahagian Pengurusan IMTIAZ)..setelah pertemuan yang memakan masa +/- sejam tersebut,nampaknya menunjukkan impak yang positif..sekarang,Majlis Perwakilan dalam proses menyiapkan kertas kerja Majlis Pelancaran Majlis Alumni Ulul-Albab IMTIAZ Terengganu (MAIT) dan Jamuan Sambutan Hari Raya MAIT 2011..

nampaknya,semua alumni imtiaz bakal bersatu di bawah naungan,di bawah satu badan yang lebih kukuh dan stabil kerana bernaung di bawah pengurusan induk IMTIAZ..doakan kejayaan kami semua para Alumni serta kami selaku Ahli Majlis Perwakilan MAIT..nantikan satu pengurusan yang agresif dan proaktif dari kami..insyaAllah...

p/s:para alumni patut menantikan program-program khusus untuk korang sebagai salah satu usaha kami dalam memartabatkan Alumni..^_^

Harry Potter - Golden Snitch