Muhasabah 1432H-Banyak Amalan Atau Kemungkaran?


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, segala puji dipanjatkan kepada Allah kerana dengan RahmatNya, kita semua dapat melangkah ke tahun baru, waktu pengharapan baru, sebagai wadah ujian turun naiknya iman kita dan sebagai medan peperangan menentang nafsu dan bisikan syaitan.

Selamat tinggal 1432 Hijrah, Ahlan Wasahlan 1433H. Berlalu sudah satu tahun yang penuh cabaran, yang getir dalam memantapkan iman dan tahun yang memberi seribu satu makna kepada kita semua. Aku pasti dalam setahun itu, pasti ada pengalaman pahit dan manis dalam hidup semua orang. Tipu jika ada yang manis sahaja. Tipu juga jika semuanya pahit sahaja. Pahit mana pun hidup kita dalam setahun itu, pasti ada manisnya walaupun sedikit. Begitu juga dengan manisnya iman, manisnya menjadi seorang muslim dan manisnya beribadah. Dapatkah kita menggapainya? Dapatkah kita merasainya? Dapatkah kita mengalaminya?

Tidak perlu pergi jauh. Cukup diri aku sendiri dijadikan subjek. Aku sendiri tidak tahu adakah aku mendapat semua itu. Dengan iman yang tenggelam timbul, maka aku merasakan tahun yang sudah berlalu pergi ini adalah satu kegagalan mencapai objektif yang aku tetapkan pada minit-minit terakhir tahun 1431H di Surau At-Taqwa, SM Imtiaz YT Dungun (Bawah) pada ketika itu kerana masih dalam bulan peperiksaan SPM 2010. Maka, muhasabah ini adalah perlu bagi menilai diri sendiri. Tak perlu kita menilai diri orang lain seburuk mana pun seseorang itu. Nilailah diri kita, apa yang sudah kita perbuat sepanjang setahun itu, satu tempoh yang agak lama pada pandangan aku.

“Aku rasa aku OK je tahun ni, takde apa-apa yang salah kot”. Ayat yang biasa didengari apabila diminta muhasabah. Jangan disalahkan mereka ini. Mungkin mereka tidak tahu untuk muhasabah diri dari aspek yang mana. Pada pandangan aku, korang muhasabahlah diri dari aspek ni..

RUKUN ISLAM
Adakah kita ini mengucap syahadah?
Adakah kita ini solat 5 waktu sehari semalam?
Adakah cukup puasa kita di bulan Ramadhan?
Adakah kita mengeluarkan zakat jika berhak?
Adakah kita kita menunaikan Haji jika kita berkemampuan?

Mungkin ramai yang lulus di situ tetapi itu hanyalah asasnya. Jika sebuah rumah ada asasnya, iaitu tiang, tingkap, dapur dan sebagainya, namun kita tetap ingin menambah benda lain seperti frame gambar, cat dinding, kipas dan apa-apa tambahan lain yang melengkapkan lagi rumah kita. Sama seperti Islam, sudah ada tapak atau asasnya dalam diri kita namun untuk menaik taraf lagi yang sedia ada, perlukan penambahan aksesori lain. Lihat aspek yang aku tekankan di bawah...

WAATIULLAHAWAATIURRASUL
Ya, asas kita lengkap tapi bagaimana dengan aspek ini?
Adakah kita menurut segala larangan Allah dan Rasulallah?
Adakah kita menghindari segala larangan yang ditetapkan?
Disini ramainya yang terkandas. Islam melarang kita membuka aurat tetapi kita membuka aurat. Islam melarang kita berhias untuk mereka yang bukan muhrim, ada yang pakai cantik dan bersolek, ambik gambar dan upload dalam Facebook. Aku lah paling cantik. Bangganya aku orang dapat tengok muka aku ni cantik. Cantik la sangat kau tu yek. Nanti bila muka kau dah kena bakar dengan api neraka, agak-agak kau nak jaja tak lagi kat orang yang kau ni cantik??! Islam suruh kita pelajari ilmu, tuntut ilmu sebanyak mungkin tapi ada yang pergi belajar dengan artis Korea. Fanatik sangatlah kan? Habis semua pasal artis tu kau tahu tapi kalau ditanya tentang biodata sahabat Nabi, aku tak rasa semua boleh jawab. Artis dipuja-puja tapi sahabat Nabi dipandang sepi. Apa manfaatnya dari tuntutan Islam supaya engkau wahai orang Islam untuk menunutut Ilmu?? Kalau dikatakan engkau mempelajari bahasa Korea mungkin aku faham lagi tapi bahasa Korea yang kau dapat belajar tak sebanyak lirik lagu Korea yang kau hafal! Tafsir Quran tak nak hafal, lagu jugak yang dihafal. Agaknya artis tu bagi syafaat kat engkau kat akhirat kelak yek? Untung lah kau~
Next, Islam melarang bersentuhan antara mereka yang bukan muhrim. Selamba je kau pergi pegang-pegang. “Ni makwe aku kot, lantak la”. Hotak kau. Dah tak boleh tu, tak boleh la. Tak payah la degil sangat. Tapi ada jugak yang haram ni jadi ‘halal’. Berlakon contohnya, dibolehkan bersentuhan. Ini berlaku di mana-mana termasuk IPT dan sekolah-sekolah. Bila dah bersentuhan tu, korang ikut ke suruhan Allah dan Rasulallah? Korang boleh jawab sendiri persoalan ini. Kalau nak bagi contoh lain, memang terlalu panjang senarainya. Korang semua boleh fikir dan tahu apa yang kita disuruh dan apa yang kita dilarang. Semua ni ada kawalan kerana ada sebabnya. Betapa cantiknya Islam itu kerana aturannya telah dibuat sendiri oleh Allah tanpa perlu kita mencari sendiri apakah perkara yang disuruh dan perkara apa yang dilarang.

Usai di situ, aku teruskan dengan aspek yang terakhir iaitu...

AMAR MA’RUF NAHI MUNKAR
Kalau tadi korang rasa dah lulus kat aspek rukun Islam dan taat perintah Allah dan Rasulallah, bagaimana dengan yang ini? Adakah kita menyuruh dan mengajak ke arah kebaikan serta mencegah kemungkaran? Adilkah jika diri kita sahaja yang baik tetapi membiarkan orang lain terus hanyut? Di mana sifat persaudaraan sesama Islam kita? Jika kita sayang saudara-saudara kita, maka ajaklah mereka ke arah kebaikan dan cegahlah mereka jika melakukan kemungkaran. Jika mereka enggan, tidak mengapa kerana kita hanya menjalankan tugas kita sebagai Muslim dan tanggungjawab kita sesama saudara kita. Jika ada di antara korang yang lulus semua ini, aku memang tabik dengan korang.

Akhirnya, muhasabahlah diri sempena tahun baru ini. Tanamkan azam agar tahun baru yang telah memunculkan dirinya ini adalah lebih baik dari tahun yang baru sahaja berlalu pergi. Ketahui tahap iman kita dengan kita memuhasabah diri kita. Bukan orang lain, tetapi diri kita sendiri. Akhir kata, aku mengambil kesempatan ini bagi memohon ribuan kemaafan dan keampunan jika aku ada melakukan kesilapan kepada korang sama ada sengaja atau tidak sengaja. Aku hanya insan biasa, memang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Jaga Iman, Tingkatkan Taqwa, Tingkatkan prestasi Iman di tahun baru ini. SELAMAT TAHUN BARU 1433 HIJRAH!! Wassalam~

~tahun ni sambut tahun baru dengan orang tersayang. Terima kasih kerana jadi makmum saya. Ngee~

Harry Potter - Golden Snitch