Akhirnya..Aku Mengalah Jua.. =(

Assalamualaikum,Selamat Malam dan Salam Sejahtera..

Mesti ramai yang pelik, kenapa tajuk ni yang aku pilih. Sebelum ni duk pok pet pok pet cakap pasal jangan mengalah! Alih-alih, arini aku pulak yang mengalah. Salah ke nak mengalah ni? Soalan yang tak patut ditanya tetapi itulah persoalan yang bermain di fikiran aku ni.

'Kenapa dengan kau ni?'
'Jangan la wat camni'

'Jangan cepat lemah semangat'
'Tak yah letak jawatan la'


Ini je feedback yang aku ingat dari berpuluh-puluh yang aku baca. Nampaknya isu ura-ura aku untuk meletak jawatan dah menjadi kontroversi di Facebook dan jugak di fon aku. Letih la nak jawab. Maaflah kalau ada yang aku tak jawab tu. Dah la tu, dari banyak-banyak feedback, tak ada satu pun yang menyokong. Tak tahu la kalau selepas ni ada.


Dari hari sabtu (15/10/2011) lagi sebenarnya aku berfikir untuk letak jawatan. Aku dah ura-urakan kepada beberapa orang penting persatuan dan individu-individu lain. Anda semua tahu sebabnya bukan? Kalau ada yang tak tahu lagi, tengok entri aku sebelum entri ni. Ada aku ceritakan di situ. Beberapa jam yang lalu, akhirnya aku mengumumkan kemungkinan meletak jawatan dalam notis 72 jam ataupun 3 hari di Facebook buat pertama kalinya. Mujur satu je post yang aku update.

Printscreen Status FB

Komen yang aku highlightkan tu mungkin satu-satunya yang bersetuju tapi bernada ugutan. Yang paling kuat menentang, si dia. Pandai awak ugut saya erk. Yang lain pun sama, tengok je la komen-komen di atas tu. Bukan aku berniat untuk resign sangat, tapi yang anda semua rasa kalau orang lain buat salah tapi anda yang kena? Sebelum ada yang tak puas hati dengan aku, baik aku undur diri awal-awal. Tapi kalau dah macam ni, terpaksa aku fikirkan balik. So, .................

Saya dengan ini mengumumkan keputusan akhir saya, menarik balik hasrat untuk meletak jawatan dan meneruskan amanah dan tanggungjawab saya bagi jawatan berkenaan. Saya akan kekal untuk jawatan tersebut untuk penggal pertama, iaitu hingga tahun 2013. Saya juga tidak akan mencampur adukkan kepentingan persatuan dan masalah peribadi!

Puas hati semua?? Harapnya, selepas ini spekulasi ini dihentikan dan semua orang dapat tumpu tugas masing-masing. Jadi, tak salah jika aku mengalah, bukan? Jika difikirkan kembali, bukannya aku tunduk pada tekanan tetapi lebih kepada bertanggungjawab kepada organisasi dan ahli majlis perwakilan. Boleh saja aku tetap berkeras dengan keputusan untuk resign tetapi kadang-kadang kita perlu berfikir tindakan kita itu lebih kepada manfaat atau sebaliknya. Jika ia baik dan bermanfaat, fikirkan pula meanfaatnya itu untuk diri kita sahajakah atau orang lain juga. Jangan bersikap pentingkan diri dan membiarkan orang lain mendapat keburukan atas tindakan kita itu.

Satu sebab yang disedarkan oleh individu yang menentang adalah tiada siapa yang tahu selok-belok MAIT selain aku dan Che Lan. Che Lan sudah ditukarkan ke bahagian lain, sukar untuk berhubung dengan beliau kerana komitmen beliau untuk IMTIAZ sudah berkurang (mungkin). Menjadi kesukaran untuk aku terangkan satu persatu arah tuju, perjalanan lengkap atau apa-apa sahaja kepada yang akan menggantikan aku jika aku meletak jawatan. Biarlah pengganti di jawatan tersebut melihat terlebih dahulu corak perjalanan MAIT dan memahaminya sebelum mengambil alih. Maaf jika kedengaran riak, tetapi ini adalah satu hakikat yang menyumbang kepada keputusan penarikan balik meletak jawatan.

Sebut tentang MAIT, ini adalah Page Rasmi MAIT yang baru bermula kelmarin. Semua aktiviti yang berkaitan dengan Alumni akan diupdate di sini. Akhir sekali, aku harap keputusan yang aku ambil ini adalah yang terbaik untuk semua, adil untuk semua dan memuaskan hati semua pihak. Dalam hal ini, aku paling berterima kasih kepada Abg. Azwandi, iaitu Pegawai Bahagian Pengurusan Sekolah dan Pelajar di Bahagian Pengurusan IMTIAZ, Yayasan Terengganu yang telah banyak membantu hingga ke hari ini. Jazakallahukhairan Kathira.

Di mana pun anda berada, aku harap anda semua terus menyokong aku dalam mengharungi dugaan dan cabaran hidup. Hanya Allah yang boleh membalas.Akhir kata, tadi Terengganu menang 2-0 ke atas Selangor..! Peteh Ganu Peteh! ngeee~ Wassalam....

Harry Potter - Golden Snitch