Kronologi Mesyuarat Induk MAIT, Nostalgia Kicap dan Teruskan Perjuangan!!

Alhamdulillah, selesai jua mesyuarat lebih kurang setengah jam yang lepas. Aku sekarang di kelas lama aku, merenung diri, tak tahu nak buat apa. Fikiran kosong dan seolah-olah sudah mati. Pada yang dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing, aku doakan semoga selamat semuanya. Terima kasih atas kehadiran anda ke SM imtiaz YT Dungun (Atas) pada hari ini.

Mesyuarat induk kali pertama seakan-akan menjadi mimpi ngeri buat aku dan mereka yang berkenaan. Jelas, banyak lompong-lompong kelemahan dan kekurangan. Ketidakaturan organisasi menyebabkan aku ditegur oleh Tuan Pengarah Yayasan Terengganu sendiri kerana tiada Bendahari dalam struktur jawatankuasa. Tahniah kepada saudara Ahmad Hamizan dan Nur Amalina dari SM imtiaz YT Kuala Berang kerana dilantik sebagai Bendahari untuk penggal pertama ini. Teguran dari beliau ini aku ambil dengan positif untuk memantapkan jawatankuasa.

Mesyuarat yang dijadualkan sekitar satu jam hingga satu jam setengah meleret sehingga 3 jam lebih kurang. Alang-alang sudah berada di sini, kami cuba menutupi lompong-lompong kekurangan yang ada. Walaupun tidak sepenuhnya namun sudah memadai ada lompong yang sudah ditampung oleh kami dari tiada langsung lompong yang ditutup. Lompong ini agak luar biasa besarnya kerana masih tiada batu asas atau penanda aras. Maka kamilah perintis, kamilah pembuka haluan dan kamilah juga pemula perjalanan.

Mesyuarat yang dijadulakan bermula jam 10.30 pagi terlewat selama 15 minit (janji melayu, mungkinkah?) dan dimulakan oleh Cg Arida Suhana. Banyak titik kelemahan kami yang dibuka satu-persatu oleh beliau. Kami tidak berdendam kerana kami perlukan teguran dan bimbingan dari beliau yang jauh lebih berpengalaman dari kami. Aku sendiri secara peribadi mengakui kelamahan-kelemahan itu dan akan cuba untuk mengurangkannya kerana mustahil untuk 'zero error' dalam konteks begini.

Aku pula mengambil alih dan aku menjelaskan kepada ahli mesyuarat tujuan mesyuarat hari ini (aku pun tak pasti dyeorg faham ke tak ape yang aku cakap) dan usai bercakap, aku membahagikan surat pengesahan pelantikan dari Tuan Pengarah Yayasan Terengganu sendiri untuk kami (ahli perwakilan) kepada yang hadir pada hari ini. Surat yang 'besar' dan 'bukan main-main',kata Us. Sukri kerana ditandatangani sendiri oleh Tuan Pengarah Yayasan Terengganu, yang juga menandakan rasminya pemilihan kami dengan pengesahan khas dari beliau tersebut.

Agenda utama dimulakan dengan perangkaan aktiviti dan perancangan untuk tahun 2012. Pelbagai idea dilontarkan oleh ahli mesyuarat dan Cg. Arida sendiri. Akhirnya, 5 pelan telah dihasilkan dalam sesi perangkaan tersebut dan dimuktamadkan sebelum berpindah ke agenda yang seterusnya. Pelan tersebut bersifat 'secret' buat sementara ini dan akan diberitahu dari semasa ke semasa. Lima pelan yang pelbagai yang paling menarik adalah satu pelan dari wakil imtiaz Kuala Berang. Terima kasih atas cadangan anda dan saya akan mencuba untuk merealisasikannya. Kemudian Cg. Arida berundur diri kerana ada komitmen lain bersama pelajar SM imtiaz YT Kemaman. Terima kasih cikgu atas nasihat, cadangan, kritikan dan teguran yang saya sifatkan sebagai membina.


Kemudian giliran Us. Sukri ke hadapan dan bercakap serba sedikit (banyak sebenarnya) tentang hala tuju, tujuan, matlamat dan pelan srategik MAIT. Di sini semakin banyak terserlah lompong-lompong kekurangan dan kelemahan kami. Banyak yang masih kami perlu pelajari untuk meningkatkan prestasi dan kreadibiliti MAIT. 'Masalah itu biasa'. Itu kata-kata beliau yang masih terakam dalam ingatan. Beliau mencadangkan agar mesyuarat turut membincangkan tentang pelan srategik, matlamat, misi, visi dan pelbagai lagi yang masih belum lengkap pada kami. Masa bercakap tu, aku la yang paling banyak kena. Berapa kali beliau sebut nama aku. Kesian kat aku kan? Ngeee~ Dalam jam 12.30, beliau selesai bercakap dan aku mengambil alih lagi. Aku mengumumkan mesyuarat ditangguh sementara untu makan tengah hari dahulu. Mungkin ada yang terpinga-pinga kerana sepatutnya mesyuarat sudah berakhir namun memikirkan kata-kata Us. Sukri, 'Alang-lang semua dah ada, bincangkan selalu. Bukan senang nak berkumpul begini lagi sebab jadual masing-masing berbeza. Jadi, ambil masa sekejap membincangkan benda ni' So,aku fikir, apa salahnya kan? Aku juga mengumumkan bahawa sebentar nanti juga akan diadakan pemilihan Bendahari dek teguran dari Tuan Pengarah Yayasan Terengganu tersebut.


Makan tengah hari pula, mengingatkan kembali nostalgia makan sewaktu bersekolah dahulu. Makan makanan dewan makan, duduk di dewan makan, macam sama dengan dahulu. Apatah lagi adanya 'makanan asasi' iaitu KICAP! Hehe... Selepas makan, masuk bilik mesyuarat untuk bincang sedikit dengan perwakilan perempuan dan online! Laju pulak wifi dalam tu. Orang lain pun khusyuk je layan internet.After that, going to musolla and pray Zohor. Berjemaah lagi tu. Bagus betul ahliperwakilan ni kan? Ish3~


Masuk semula bilik mesyuarat, lepak-lepak dulu sebab tiada lagi wakil perempuan yang masuk. Macam-macam gelagatlah mereka ni. Aku pun sempat je ambil gambar guna Acer Crystal Eye Webcam sahaja sebab Cyberlink YouCam tak boleh bukak. Apa masalah pulaklah. Kecewa betul. So, tak cantik la gambar tu.

 Amir Semangat Sekali!
Then, perwakilan perempuan masuk beramai-ramai dan sambung balik agenda tadi. Selepas Bendahari baru telah dipilih, bermula pula perangkaan visi, misi dan pelan srategik MAIT. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun yang perempuan lebih banyak berusaha dari yang lelaki. Sempat jugak perwakilan dari Kuala Berang 'menyound' perwakilan lelaki ni. Garangnya, takutlah awak eh. Hehe~


Last sebelum bersurai, kami memuktamadkan perbincangan pada hari ini dan mungkin benar apa yang dikatakan Us. Sukri, akan ada banyak perjumpaan lagi selepas ini. Aku akui kerana hari ini sahaja, banyak yang belum 'dicover' oleh kami kerana kekangan masa dan ketidak kemasan (betul tak aku eja ni) organisasi. Mungkin akan ada satu lagi mesyuarat menyusul, cuma tarikhnya sahaja belum diketahui. Jarum jam sudah melebihi pukul 3 petang sewaktu aku menutup mesyuarat tadi. Bermakna kami telah bermesyuarat melebihi 3 jam. Satu tempoh yang agak lama kerana sasaran kami hanya satu jam hingga satu jam setengah sahaja.


Alhamdulillah, semuanya telah selesai dan aku juga merasakan beratnya tugasan ini. Rasa seolah-olah dah tak sanggup lagi. Tapi kuatkan semangat irfan yek. Ambil semuanya dengan positif. Ramai lagi sokongan di belakang. Si gemuk pun ada (jangan marah awak neh <3). She's always behind you (behind ke beside?). They also behind you. Don't give up! Jangan kecewakan mereka yang mengharap. Semangat2x!!


Dengan surat dari dengan rujukan 008/600/4/4(12) dari Tuan Pengarah Yayasan Terengganu, En. Zakaria Bin Yusof, bertarikh 24 Oktober 2011 diterima pada 25 Oktober 2011, maka rasmilah MAIT sebagai Alumni di bawah Yayasan Terengganu dan dengan surat itu juga, menauliahkan nama di dalam surat berkenaan sebagai Ahli Majlis Perwakilan MAIT Penggal Pertama berkuatkuasa dari 2011-2013. Semoga kami semua dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik. Insya-Allah. Doakan kami..

Need to rest, nak kosongkan fikiran. Dah malas nak fikir apa-apa buat masa sekarang. Wassalam...

-duk nampak hantu gemuk mengintai-ngintai. Ish3. Berat saya 42.3 kg. Mesti awak jeles kan? He333 :p :p -

Harry Potter - Golden Snitch