Hujung Minggu Alumni Imtiaz Bersama Pelajar SM Imtiaz YT Kemaman 2012

Subhanallahwalhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar,,

Alhamdulillah, pada 30-31 Ogos yang lepas, telah berjaya dilangsungkan satu program, fully di bawah Majlis Alumni Imtiaz, di Sekolah Menengah Imtiaz YT Kemaman. Saya sendiri telah mengetuai program, memandangkan program ini sepenuhnya di bawah tanggungjawab saya. Program ini dijayakan dengan bantuan sahabat-sahabat yang majoritinya (<90%) belajar di luar negara, yang pulang bercuti di tanah air. Kronologi perjalanan program agak kelam kabut dan banyak keputusan yang dibuat adalah di luar dugaan.

Pertamanya, keputusan penganjuran program itu sendiri. Sukacita untuk saya ceritakan, bahawa sebelum kata putus terakhir untuk meneruskan juga program, telah dibuat keputusan sebanyak 3 kali untuk membatalkan program. Sehingga 29 Ogos, hampir sah program tersebut dibatalkan. Saya sendiri hampir akur dengan keputusan tersebut sehingga pada petang tarikh tersebut, saya mendapat mesej dari seorang pegawai di Yayasan Terengganu merangkap penyelaras MAIT-YT bahawa bajet telah diluluskan dan laporan bergambar perlu dihantar. Maka ketika itu, keputusan adalah membatalkan program dan hanya digantikan dengan forum. Namun dek kerana mesej tersebut, maka saya berkeras untuk meneruskan jua program tersebut dan sedia mengambil alih jawatan pengarah program. Maka pada pagi 30 Ogos, pergerakan untuk melaksanakan program telah bermula. Kerana kekangan masa, semuanya agak kelam kabut, sehingga Cg. Juzaili dan Us. Jihad agak pening dengan status program sama ada berjalan atau sebaliknya. Tetapi dengan kehadiran saya dan seorang sahabat sebagai kehadiran awal dari pihak program, semuanya jelas bahawa program akan diteruskan.

Slot-slot dirangka secara kasar dan keseluruhannya, hanya 6 slot yang ada, dari malam 30 Ogos sehingga malam 31 Ogos, seperti yang dinyatakan di dalam modul program yang dihantar. Namun pada petang 31 Ogos, saya terpaksa mengambil keputusan menutup program lebih awal dan membubarkan 2 slot. Keseluruhannya, 4 slot berjaya dijalankan memandangkan kami menghadapi masalah yang tidak dapat dielakkan. Dari segi sasaran pelajar, 2 slot adalah kepada semua pelajar dan 2 slot lagi hanya kepada pelajar terpilih. Perlu saya menegaskan di sini, penglibatan sebahagian pelajar tersebut, bukan dipilih oleh kami, tetapi dari pihak pelajar sendiri melalui satu badan penting di sekolah.

Berikut adalah sedikit rangkuman program :-

Slot 1 - Forum Kemerdekaan
(Semua pelajar, 9.30-11.00 malam)







Slot 2 - Riadhah
(Pelajar terpilih, 8.30-10.00 pagi)









Slot 3 - Debat Kedai Kopi
(Pelajar terpilih, 11-12.30 t/hari)






Slot 4 - Debat Formal
(Semua pelajar, 2.30-4.30 petang)




Maka berakhirlah program ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang menjayakan program ini. Program yang hanya ingin meletakkan alumni bersama pelajar, bukan melalui program formal, saya sifatkan kejayaan dalam 62%. Ini sudah memadai bagi saya kerana perancangan dibuat pada hari program. Terima kasih sekali lagi.

Sukacita untuk saya umumkan bahawa, kelendar program alumni melalui pihak kami sudah ditutup dengan rasminya buat tahun 2012. Saya mewakili Bahagian Pengurusan Imtiaz selaku pihak majikan,mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua alumni-alumni yang menjayakan perancangan-perancangan program dengan jayanya. Terutama kepada pihak ExSIM dan HIM, kerjasama dari pihak kalian amat dihargai. Ini tahun pertama kami dan sebarang kekurangan kami mohon ribuan kemaafan.InsyaAllah pada tahun hadapan, kami akan merangka sebaik mungkin perancangan bagi menghidupkan fungsi dan pergerakan alumni Imtiaz. Kami akan membantu pihak kalian semampu kami. Terima kasih sekali lagi :-)

Majlis Alumni Ulul-Albab Imtiaz YT Terengganu, badan Alumni di bawah Yayasan Terengganu melalui Bahagian Pengurusan Imtiaz, mengucapkan selamat maju jaya kepada semua Alumni

p/s: tahun ini merantau ke Imtiaz Besut, Imtiaz Kuala Berang dan Imtiaz Kemaman bagi melihat pelaksanaan dan perjalanan program. Alhamdulillah semuanya adalah yang terbaik dan semua memberikan seoptimum yang mungkin.

Selamat Tinggal 2012, Kami Akan Kembali Pada 2013!


Harry Potter - Golden Snitch